MMUPL: SRM FC 1-0 Cyberheat FC


Sabtu lalu menyaksikan 1 lagi kemenangan penting buat SRM dalam perlumbaan memenangi MMU Premier League. Perlawanan ini adalah ulangan semula setelah pihak Cyberheat mempertikaikan kontroversi pengadil yang memendekkan masa yang mana SRM FC berjaya mencuri tiga mata penuh dengan kemenangan 2-1 yang amat mengejutkan dan penuh dramatik bulan lalu.

SRM turun dengan semangat membara setelah menenggelamkan Spirulina 2-0 pada perlawanan liga sebelum ini. Penyerang tinggi lampai Nisham, kembali bermain setelah mengalami kecederaan hasmtring minggu lalu. Usam dan Ammar pula tidak dapat beraksi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Amir Hamzah juga tidak dapat hadir kerana komitmen terhadap kerja manakala Zumi, masih gagal dikesan sehingga kini.

Perlawanan dijadualkan bermula pukul 5.30 petang waktu tempatan tetapi terpaksa ditangguhkan setengah jam disebabkan oleh kelewatan para pengadil. Cyberheat membariskan squad terhebat mereka yang terdiri daripada pemain-pemain luar negara yang mana seperti diketahui umum, saiz badan mereka 2 kali ganda lebih besar daripada pemain cilik kerdil SRM.
Namun, perbezaan fizikal bukan penentu kemenangan.

Cyberheat memulakan permainan dengan asakan bertalu-talu ke atas barisan pertahanan SRM. Serangan mereka tertumpu di bahagian sayap kiri dan kanan padang. Aziwan dan Haziq dipaksa bekerja keras menahan asakan demi asakan daripada pemain berkelas tinggi Cyberheat. Syukur alhamdulillah, mereka berdua tidak cepat panik, sebaliknya tenang membentes dan mempertahankan kawasan mereka.

Faris dan Shauqie yang dibantu Kapten Kenneth berhempas pulas mematahkan gerakan berbahaya pemain Cyberheat. Luqman cekap mengintai dan mencari peluang mnyalurkan bola ke hadapan tetapi bahagian serangan sedikit mengecewakan.

Setelah menyerang bertali arus, Cyberheat hampir memperolehi gol pertama mereka menerusi sepakan padu daripada pemain sayap mereka yang malangnya dinafikan oleh kehebatan tiang gol. Serangan demi serangan terpaksa dihadapi pemain SRM, namun Shawn cemerlang menampan setiap bola yang datang kepadanya.

Secara fizikalnya, SRM ternyata telah tewas tetapi dari segi mental, hero-hero kita masih enggan mengaku kalah. Setelah Kamarul dirogol, maksud saya dikasari, pengadil menghadiahkan sepakan percuma untuk SRM. Luqman membuat umpanan cantik buat Nisham yang cuba menanduk bola tetapi kudrat beliau tidak kesampaian. Bola muntah bergolek kepada Kamarul yang seterusnya menendang bola ke gawang Cyberheat. Penjaga gol mereka tewas tetapi salah seorang pemain Cyberheat menunggu di depan tiang gol. nasiib menyebelahi SRM FC apabila bola sepakan Kamarul tidak gol sebaliknya terkena tangan pemain Cyberheat.

Pengadil pantas meniup wisel dan memberikan sepakan penalti kepada SRM FC. Nisham tidak mensia-siakan peluang keemasan tersebut dengan melorongkan bola ke bahagian kanan tiang gol. Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua masih dipegang oleh Cyberheat. Mereka menggandakan serangan namun sekali lagi, Shawn dan pertahanan beliau kebal menafikan semua cubaan pihak lawan. SRM pula hanya mencipta satu peluang gol apabila cubaan pakar sepakan sudut, Luqman mengenai tiang gol Cyberheat.

SRM memperoleh kemenangan mutlak dan tiga mata penuh setelah pengadil membunyikan wisel penamat. Kekecohan berlaku apabila beberapa pemain Cyberheat meluru mengkritik dan mempertikaikan pengadil. Walaupun ramai pihak mengatakan kemenangan SRM kali ini adalah nasib semata-mata, itu semua tidak penting kerana squad bimbingan Nasrul seharusnya menumpukan sepenuh perhatian untuk menghadapi 2 perlawanan akan datang menentang Genki Noob dan Phlamze FC.

SRM kini menghuni tangga teratas liga dengan 15 mata, 2 mata mengetepikan pencabar terdekat, Cyberheat. Tempat ke 3 liga, Fire&Flames bakal berkunjung ke Phlamze FC esok dan jika mereka menang, kedudukan selesa SRM bakal dirampas.

Majulah SRM untuk MMU.

Barisan Pemain: Shawn, Meegan, Faris, Shauqie, Aziwan(Haziq), Haniff, Luqman, Kenneth, Kamarul(Sany), Shahrom, Nisham(Ammar).

p/s: Please no rematch...............................again.


MMUPL Match 7: SRM FC vs Cyberheat

SRM FC vs Cyberheat
Sabtu
15 Januari 2010
5.30 petang
Padang Belakang MMU

p/s: Napa kita tak main dekat stadium a??

Pemain Tinggal Kenangan Part 1

Pejam celik, pejam celik, SRM FC sudah setahun bertapak di MMU. Ditubuhkan lewat tahun 2009, sememangnya usia SRM masih setahun jagung. Entri kali ini bakal mengimbau kembali bekas pemain-pemain SRM yang Beberapa pemain telah keluar mencari haluan baru meninggalkan SRM, diganti pula dengan bakat-bakat muda bertenaga.

Berikut adalah antara pemain yang pernah berkhidmat untuk SRM FC.

1. Raja

Masuk: 2009
Keluar: 2010
Kelab Sebelum: Spirulina FC
Posisi: Bek kiri/kanan

Antara orang lama dalam pasukan SRM, Raja menyertai SRM FC dari Spirulina dengan yuran perpindahan berjumlah RM10juta. Raja sentiasa tidak lokek memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain baru dan sentiasa memberikan komitmen 100% dalam apa jua yang beliau lakukan. Tahun 2010 menyaksikan beliau terpaksa meninggalkan SRM FC atas sebab kesibukan kerjaya yang membataskan waktu beliau bersama kelab.


2. Ali


Masuk: 2009
Keluar: 2010
Kelab Sebelum: SRM FC Youth Acxademy
Posisi: Bek kiri

Lahir daripada sistem akademi remaja SRM FC, pemain berasal dari Negeri Sembilan ini sentiasa dibelenggu kecederaan lutut. Akur dengan ketentuan Ilahi, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia bola sepak. Beliau kini aktif bermain bersama pasukan futsal SRM iaitu Oh FC.

Photo of the day

And the winner is.............................

Cuba teka apa pemain Spirulina tu buat dengan punggung Shahrom? Dan perhatikan arah pandangan beliau.

A. Test power.
B. Membersihkan kotoran debu dan rumput-rumput.
C. Mengambil kesempatan dalam kesempitan.
D. Tiada motif.

Mari kita sama-sama renungkan apa yang saya ingin cakapkan. Inilah antara faktor utama penyebab kepada kes-kes hamil luar nikah remaja negara kita sekarang. Di harap pihak berkuasa mengambil tindakan dengan seberapa yang pantas bagi mengelakkan gejala ini menular.

p/s: JFF(Just for fun) okay.=)


MMUPL Review: SRM 2-0 Spirulina


SRM FC meneruskan rekod kemenangan 3 kali berturut-turut selepas mengalahkan Spirulina dalam perlawanan MMU Premier League mereka yang ke 6 semalam.

Gol SRM dijaringkan Kapten Kenneth dan Si Seksi Kamarul, kesemuanya dijaringkan semasa separuh masa pertama. 'Lampu-tinggi' (highlight) terbaik adalah gol KK, di mana beliau melakukan aksi tendangan separa 'basikal' yang berjaya memperdayakan penjago gol lawan, hasil daripada lorongan bijak daripada arkitek Luqman.

Perlawanan bermula agak lambat disebabkan kelewatan seorang daripada 3 pengadil permainan. Selepas wisel permulaan ditiup, Nisham ditimpa kecederaan. Kecederaan tersebut bukan berpunca daripada terjahan atau perlanggaran agresif daripada pemain lawan tetapi lebih kepada faktor geseran angin. Sebelum sempat menyentuh bola, Nisham terpaksa dikeluarkan pada seawal minit ke 10 permainan. Ammar dipertanggungjawabkan masuk menggantikan beliau.

Gol pertama SRM hadir selepas pengadil menghadiahkan sepakan percuma setelah Kamarul di'gangbang' oleh pemain Spirulina. Luqman pantas melorongkan bola ke hadapan, disambut baik oleh Kenneth yang berlari melolosi garisan ofsaid Spirulina, Kenneth mengawal bola dengan tenang, beliau mencari ruang keselesaan untuk menendang, dan akhirnya mem'basikal'kan bola itu terus ke dalam gawang dan GOAAAAAAAALLLL!!!! Beliau menjaringkan gol pertama dalam sejarah karier beliau bersama SRM dengan penuh bergaya!

Gol kedua SRM, iaitu gol Kamarul, tercipta hasil tangkapan kurang kemas goalie lawan semasa tendangan sudut. Tidak mahu mensia-siakan peluang, Kamarul melorongkan ke dalam tiang gol. Kamarul kini mengumpul 2 gol daripada 6 perlawanan, satu rekod yang patut dibanggakan.

Perlawanan selepas itu menyaksikan tiada sebarang gol dijaringkan. Kedua-dua pasukan seimbang walaupun terdapat sedikit kekasaran terjadi namu syukur, tiada pergaduhan. Faris dan Aziwan dilayangkan kad kuning pertama mereka musim ini.

Untuk perlawanan seterusnya. SRM bakal berkunjung ke Genki Noob untuk perlawanan ke 7 mereka. Di harap semua pemain bersedia, zahir dan batin.

Barisan pemain: Shawn, Meegan, Faris, Shauqie, Aziwan(Haziq), Haniff, Luqman, Kenneth, Kamarul(Sany), Shahrom, Nisham(Ammar).