Imbasan MMU Premier League.

MMU Premier League Best Player

Sedikit 'flashback' perjalanan SRM sepanjang kempen MMU Premier League 2010/2011.

Match 1: Perlawanan pertama menentang Seryes FC berakhir dengan kemenangan selesa 3 gol berbalas 1. Debut pertama Haziq bersama SRM FC.
SRM FC 3-1 Seryes FC (Shahrom-2 gol, Nisham-1 gol)
Man Of The Match: Shahrom


Match 2: Perlawanan kedua bagi SRM merupakan kekalahan pertama dalam liga menentang musuh paling tradisi, Fire&Flames. Penampilan pertama buat Sany selepas menyertai kelab.
SRM FC 0-1 Fire&Flames Man Of The Match: Kenneth

Match 3: 'Comeback' pertama buat kelab musim ini. Ketinggalan 1 gol, SRM berjaya bangkit untuk menang 3-1 ke atas Salsa FC. Debut pertama buat Zumi.
SRM FC 3-1 Salsa FC(Nisham-2 gol, Shahrom-1 gol)
Man Of The Match
: Nisham

Match 4: Turun menentang gergasi bola sepak MMU, SRM mensia-siakan kelebihan 2 gol awal apabila Black Emperor menyumbat 3 gol lewat untuk memenangi perlawanan.
SRM FC 2-3 Black Emperor
Man Of The Match: Faris

Match 5: Perlawanan pertama menentang pasukan 'foreigner', SRM membuat kejutan besar apabila menang 2-1 walaupun ketinggalan 1 gol pada awal babak permainan. Shauqie menjaringkan gol pertama(gol kemenangan SRM) buat kelab. Namun sayang, perlawanan ini dibatalkan penganjur atas alasan kesilapan pengadil.
SRM FC 2-1 Cyberheat(Ammar-1 gol, Shauqie-1 gol)
Man Of The Match
: Shauqie


Match 6: Sekali lagi turun beraksi menentang satu lagi pasukan foreigner dalam MMU iaitu Victory FC, SRM mempamerkan persembahan membanggakan apabila menang 1-0, terima kasih kepada Kamarul. Gol pertama beliau buat kelab.
SRM FC 1-0 Victory FC(Kamarul- 1 gol)
Man Of The Match
: Kamarul


Match 7: kembali menentang squad tempatan iaitu Spirulina, The Oranje semakin menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dari semua aspek. Keputusan akhir, SRM menang dengan 2 gol tanpa balas.
SRM FC 2-0 Spirulina FC(Kenneth- 1 gol, Kamarul-1 gol)
Man Of The Match: Luqman

Match 8: Perlawanan ulangan menentang Cyberheat. Go, tunggal perlawanan dijaringkan Nisham menerusi sepakan penalti, seterusnya memberikan kemenangan kedua SRM ke atas Cyberheat.
SRM FC 1-0 Cyberheat(Nisham-1 gol)
Man Of The Match
: Faris


Match 9: Kemenangan terbesar SRM dalam sejarah penubuhan kelab. Merupakan persembahan terbaik kelab dalam liga di mana SRM mendominasi daripada mula hingga tamatnya perlawanan.
SRM FC 4-1 Genki Noob(Shahrom, Nisham, Ammar, Faris)
Man Of The Match
: Shahrom


Match 10: Perlawanan penentuan sama ada SRM layak atau tidak ke final. Berakhir dengan kemenangan percuma untuk kelab setelah Phlamze FC kekurangan pemain.
SRM FC 3-0 Phlamze
Man Of The Match
: N/A


Match 11: Final menentang musuh paling pahit, Fire&Flames. Berkesudahan kalah 1-2 buat SRM. Cuba lagi. Shauqie dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.
SRM FC 1-2 Fire&Flames(Haniff-1gol)
Man Of The Match
: Shauqie

No comments: