5 Things We learned from SRM defeat against Salsa.

Writer has concluded 5 things from yesterday defeat of SRM FC in the hand of Salsa.

1. Nisham is getting old.
The tall hitman completely a disaster. His awful touch, weak finishing, bad positioning and no stamina let his teammates down. All these prove that SRM need to find a new striker where partnership between Pian and Shahrom could be the only solution. As for Nisham, please find another task, maybe as a goalie?

2. The defense line are arrogant.
Despite don't have to work hard to defend since Salsa failed to attack, the SRM back-four are clearly too cocky underestimating the game. Where is their humbleness that gained respect from the other teams before? But there is an exception for Haziq. He gave 100% commitment and efforts towards the match. Impressive performance! I, personally think that Aziwan need to take Haziq so seriously from now on.

3. Luqman needs a partner.
Too many tasks given for him to carry alone. He is the one who collect the ball, runs the attacking strategy, chasing the opponent and winning the possession back while most of his teammates are just standing, waiting for his delivery. Another central midfielder should be introduced to assist him and as the matter of fact, Kenneth is not the suitable one. Kenneth is a natural orthodox defensive midfielder where his strength and aggressiveness are most needed to protect the back-four. Sanjiv may be the ideal solution for this problem based on his good ball- delivery quality.

4. Change the 4-3-3 formation.
Before this, the 4-3-3 formation suits the team very well due to Nisham's advantage in height. All crosses targeted him but now, with Nisham is no longer his old self, SRM need to find the new formula for the formation tactic. Reduce crossing and use 4-4-1-1 new formation but some players need to be sidelined from their favorite position. Hmm, another problem occurred.

5. More investment from SRM MMU Cyberjaya.
The defeat against Salsa was clearly caused by lack of motivation in each SRM players. SRM FC main sponsor, SRM MMU Cyberjaya need to take risk and invest more money to develop the team. First thing to do is, form a group of hot and sexy cheerleaders. Come on board, Amal herself is not enough to cheer the squad. Find a few hot chicks and ask Amal to train them. Observe Salsa. They at least have Lisa shouting and 'vogue'ing in every game Baba played. Another suggestion is, find girlfriend for each of the still-single players. Believe me, they will play much much better in front of their lover.

51/2. Kamarul needs to be SRM seducer weapon back.
...............................................................................................................*ahhhhhhhh Marul.....*

Piala Prof. Dato' Dr Muhamad Rasat

Piala kejohanan berada di belakang Prof, kedua dari kanan.

Apa punya nama piala ni? Terlalu panjang. Tetapi apa-apa hal pun, musim baru bakal bermula. Berita yang paling ditunggu-tunggu oleh segenap penyepak-penyepak sejati MMU.

Piala Prof. Dato' Dr Muhammad Rasat telah diumumkan secara rasminya sebagai piala rebutan pada trimester ini. 16 pasukan terawal sahaja yang boleh menyertai kejohanan ini di mana format pertandingan belum dinyatakan secara terperinci. Kemungkinan besar peraturan 'kalah-mati' digunakan.

Pemain-pemain SRM FC sekalian, sila bersiap-sedia.

Word of The Week: 'Suap-Menyuap'

Etika 'suap-menyuap' yang salah!

Etika 'suap-menyuap' yang betul.

*gambar adalah ihsan dari Google.

Apa itu 'suap-menyuap'??

'Suap-menyuap' di sini bolehlah didefinisikan sebagai perbuatan 'memasukkan' makanan, contohnya kek, ke mulut seseorang, contohnya Aziwan, secara mesra pada hari-hari istimewa, contohnya hari jadi, dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. Perlu diingatkan bahawa 'suap-menyuap' mestilah dilaksanakan mengikut adab dan etika yang paling penting iaitu si penyuap mestilah berlawanan jantina dengan si 'disuap'. Jika bersamaan jantina, perlakuan tersebut bakal dipandang serong oelh masyarakat dan komuniti sekeliling.

Contoh ayat: Aziwan(bukan nama sebenar) saling 'suap-menyuap' kek dengan Zue(juga bukan nama sebenar) sempena hari jadi Aziwan(sekali lagi, bukan nama sebenar) bersaksikan kawan-kawan mereka di Oldtown.

Kenneth: Yup, Ada Dua Pemain Baru


Lanjutan daripada artikel perpindahan masuk dua pemain baru SRM minggu ini, kapten SRM FC Kenneth telah memberi pengesahan mengenai kesahihan berita tersebut.

"Ya, memang betul. Kita sudah selesai mengikat dua pemain pertahanan baru. Namun, nama mereka terpaksa saya rahsiakan dulu atas permintaan pengurus pasukan Nasrul bagi mewujudkan suasana 'saspen' gitu."

"Apa yang saya boleh katakan adalah, kedua-dua rekrut baru tersebut bermain sebagai bek sayap kanan dan kiri. Sekali lagi, nama dan butiran terperenci mereka tidak boleh saya dedahkan buat masa sekarang.''

"Mereka akan diperkenalkan kepada umum pada perlawanan persahabatan minggu ini atau pun minggu hadapan. Diharap semua bersabar. Jangan risau, kedua-dua pemain ini sangat berkualiti dan berbakat tinggi. Sekian."

Apa mereka buat?

Yang hidjau-hidjau itu Aziwannn, yang merah-merah djambu itu si *******. =)

Sementara menunggu musim baru bermula, mari kita skodeng apa yang budak-budak SRM buat sejak akhir-akhir ini.

Nasrul: Trimester terakhir beliau berada di MMU. Walaupun beliau agak sibuk sedikit namun tidak pernah sekali pun beliau alpa menyajikan rakan-rakannya dengan lekor 'original' dari Terengganu. Yup, season depan SRM terpaksa cari 'manager' baru. Good luck bro.

Atook: Insan paling bahagia sejak akhir-akhir ini. Tidak percaya? Sila lihat facebook beliau. Sentiasa statusnya di'update' dengan ayat-ayat manis belaka.

Hanafi: Abang kamera kini sedang giat mempromosikan Jus Mate 5 keluaran asli daripada DR Rozmey, penerbit filem pecah panggung RM40juta, Dua Alam. Ini fakta, beliau semakin kaya. Bukan tipu tapi benar.

Shawn: Sibuk dengan pelbagai aktiviti kampus seperti Sekolah@MMU lah, An Afternoon With President lah, MMu College Festival lah dan banyak lagi. Ini baru pemimpin! Well-played son!

Zumi: Abang JB(Johor Bahru) senyap tanpa khabar berita. Mungkin sedang dalam tempoh berkabung di atas kegagalan demi kegagalan pasukan pujaan Arsenal FC beliau. Takziah bang.

Faris: Baru pulang dari Bumi Kenyalang Sarawak mewakili MMU dalam MASUM Bola Sepak. Khabar gembira, beliau menjaringkan gol pertama beliau untuk MMU.............sebagai bek sayap kanan.

Shauqie: Baru sahaja membeli kamera berteknologi tinggipowersuperb DSLR. Seperti Faris, beliau juga baru pulang dari Sarawak mewakili MMU. Apa rasanya bila Muay Thai jumpa Muay Iban? hehe

Aziwan: Genap 21 tahun beliau hidup di muka bumi ini. Lupa nak wish, selamat harijadi Biebs. Kontroversi terbaru tentang beliau? Zou Mia.(Sila search dalam Facebook.) hehehe

Meegan: Selepas men'stalking' Facebook beliau, tidak banyak yang boleh diperkatakan. Beliau seperti biskut Oreo. Sekejap ada, sekejap tiada. Dan oh, panggilan manja beliau ialah 'Anna'. Anna Meegandranfali?? =\

Sanjiv: Jeng! Jeng! Jeng! Pemain baru SRM ini ligat meng'add' rakan sepasukan baru beliau. Jelas terserlah ketidaksabaran beliau untuk beraksi bersama yang lain. Nice!

Kamarul: Sudah tidak seksi lagi. Damn. =(

Hanif: Pemain paling rajin berlatih meningkatkan mutu keunggulan sepanjang cuti ini. Dia cakap ''Just wait for the new Haniff''. Bravo!

Kenneth: Kapten Kenneth lost in action. Siapa tahu dia di mana sekarang? Tak kan balik kampung lagi? Gong Xi Fa Chai kan dah lepas.

Ammar: Sunyi sepi. Mungkin masih kesedihan Arsenal di'triple' knockout dari 3 pertandingan. Jangan lupa lapor diri. Nanti nak timbang berat badan. Pastikan ko maintain dan tolong jangan bertambah lagi. =)

Luqman: Juga mewakili MMU untuk MASUM. Khabarnya, persembahan beliau dipuji coach. =)

Shahrom: Si Sabahan masih lagi hidup. Syukur alhamdulillah. Beliau baru pulang dari negeri di bawah bayu untuk bercuti bersama-sama keluarga. Dan sedang mencari kasut bola baru. =)

Nisham: Andai empangan sudah dibuka, mana kan dapat ditahan airnya.<<-- Masih terpengaruh dengan Hikayat Merongmahawagsa. Btw, movie tu not bad. Boleh tahan. Boleh tahan kualitinya, tapi bukan empangannya..=)

Pian
: Pun sama macam si Luqman, Faris dan Shauqie. Baru pulang dari rumah anak saudaranya, si Solimon. Di Banting. Dari menyelesaikan urusan kerjaaa. Kalau bisa dia ceritakan, pasti, PASTI, kalian tidak akan percayaaa!!

Dua Lagi Pembelian Baru Bakal Diumumkan

Penulis mendapat laporan terbaru mengenai tingkap perpindahan di mana kelab dikhabarkan sedang dalam proses menandatangani kontrak perjanjian bersama 2 orang pemain baru yang dijangka selesai hari ini.

Kontrak perjanjian dua hala itu bakal mengekalkan 2 orang rekrut baru tersebut bersama SRM sehingga 2016. Butiran lanjut masih belum diperolehi namun kedua-dua bintang baru tersebut masing-masing berusia 21 dan 20 tahun dan khabarnya telah memilih untuk bermain sebagai bek sayap kiri dan kanan.

Ini bermakna SRM FC telah berjaya mengikat 4 orang pemain baru setakat ini dalam misi merebut kejuaraan pertama buat kelab semester ini.



Nama: ?
Umur: 21 tahun
Posisi: Bek Sayap Kiri



Nama: ?
Umur: 20 tahun
Posisi: Bek Sayap Kanan


Damn!


Bila liga/cup nak start ni? Nak update blog pun takda idea.

Ada cadangan??

Pian and Sanjiv Rekrut Terbaru

Selamat datang ke SRMirates.

Petang tadi selesai sudah upacara menandatangani kontrak di antara pihak pengurusan kelab dengan dua bintang terbaru SRM, Pian dan Sanjiv.

Kontrak tersebut bakal menyaksikan mereka kekal bersama kelab untuk 5 tahun akan datang. Itupun kalau mereka tidak men'judas'kan diri berpindah ke kelab lain.


Pian, atau nama sebenar beliau Suffian, sebelum ini merupakan kapten Seryes FC di mana beliau bertindak sebagai penyerang tunggal. Pihak kelab sentiasa memantau perkembangan semasa beliau dan sebelum ini, telah 3 kali bidaan untuk membeli beliau ditolak mentah-mentah oleh Board Of Director Seryes. Berketinggian 160cm, pemain kelahiran Perak ini bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nisham selaku penyerang utama kelab. Welcome babe.


Dahulu Meegan, kemudian datang pula Shawn dan kini, seorang lagi pemain berbangsa India menyertai barisan pemain The Oranje. Beliau tidak lain, dan tidak bukan, rajnikanth Sanjiv! Meninggalkan kelab lama beliau, Phlamze bukan satu keputusan yang mudah namun demi masa depan dan wang, beliau tabah. Beliau memberi SRM dimensi baru dengan 'versatility' beliau yang boleh bermain di mana-mana posisi jua. Khabarnya beliau memilih untuk bermain sebagai bek kiri. Welcome mate!

Oh lupa nak beritahu. Perpindahan mereka berdua ini adalah percuma.

MMU Football Official Blog


MMU Football Association(MMUFA) telah mengumumkan blog rasmi mereka iaitu MMUsoccerZONE.

Sebarang berita merangkumi dunia bola sepak MMU akan di'update' secara terperinci dan secepat kilat di blog ini.

Harap maklum.

This is our season!

Wajah baru SRMirates Stadium

Musim baru bakal bermula lebih kurang 2 minggu lagi. Pedih kekalahan final musim lalu, kekalahan pusingan akhir kedua SRM FC masih terasa namun tumpuan perlu difokuskan kepada musim ini. Setelah berjaya mengikat kontrak dua pemain baru, kapten Kenneth kembali optimis mengenai masa depan SRM musim ini.

"Sebelum ini, kami sangat ketara kekurangan 2 perkara penting dalam bola sepak. Mentaliti untuk menang dan pengalaman. Tetapi syukur, pengalaman kalah di final 2 kali berturut-turut memberi seribu satu pengajaran berharga buat kami."

"Kehadiran dua pemain baru bakal menjadi pelengkap kelemahan pasukan kami. Kepada para penyokong, teruskan kekal bersama kami. Piala musim ini kita yang punya!"

Kebanyakan staf dan barisan pemain masih lagi sedang bercuti sekarang bersama keluarga. Stadium SRMirates pula telah dinaiktarafkan dengan pembinaan sebuah gimnasium serba canggih, lengkap dengan pelbagai modaliti berteknologi tinggi atas permintaan Aziwan.

SRC CUP

There will be SRC cup for the next season(semester). So for the next season the organization are plan to have group stage or knock-out phase tournament. According the rumors we are not sure with their decision. Will post next news after they have concluded.