2 Perlawanan, 2 Hari Berturut-Turut, 2 Kemenangan!

Dengan ini, secara rasminya SRM layak ke pusingan separuh akhir Piala Prof. Dato' Dr Muhamad Rasat 2011.

Dimulakan dengan perlawanan pembukaan yang sepatutnya dilangsungkan minggu lalu, SRM menguasai bola dan setiap ruang inci padang. Hasilnya, SRM berjaya meledak 3 gol tanpa balas dengan penuh bergaya. Kemenangan tersebut membawa SRM maju ke peringkat suku akhir menentang pasukan 'foreigner' iaitu Gakerata FC.

Menentang Gakerata di mana rata-rata pemain mereka memiliki susuk tubuh dan kelajuan Usain Bolt, barisan muda SRM FC tetap berjuang bermati-matian tanpa kenal erti penat. Serang sini, serang sana, bertahan macam ini, bertahan macam itu, akhirnya perlawanan terikat seri 0-0 memaksa permainan ditentukan melalui sepakan penalti. Tuhan lebih menyayangi SRM dan dan memberikan SRM tuah memenangi sepakan penalti tersebut,4-2 keputusan akhir.

Pusingan separuh akhir minggu depan bakal menyaksikan SRM menentang sama ada Athletico Assassino atau pun Phlamze.

Rehat dan fokus untuk next game guys.

Update: Phlamze menang penalti. Jadi, kita bakal 'bermesra' dengan mereka nanti.

Preview: SRM FC vs Nemesis


Perlawanan pertama SRM FC dalam saingan Piala Prof. Dato' Dr Muhamad Rasat esok bakal menemukan mereka dengan pasukan Nemesis tepat pukul 5.30 petang bertempat di Stadium of Nemes(padang belakang daaaa..).

Berformatkan 'kalah mati', perlawanan esok dijangka sengit di mana pasukan yang menang akan secara automatiknya layak ke 'winner pool' manakala yang kalah akan juga tetap layak untuk bermain lagi tetapi secara kurang ajarnya 'dibuang'(menurut kata penganjur) ke pusingan 'loser pool'.

Berita terkini mengesahkan bahawa 'centreback' Shauqie The Ong Bak Boy tidak dapat turun beraksi kerana mengalami kecederaan semasa bermain futsal minggu lalu. Sudahlah injured, terpaksa bayar RM13 pulak tu. Kesian sungguh beliau.

Apa-apa pun, Kapten Kenneth sangat-sangat mengharapkan komitmen penuh daripada setiap pemain supaya menunjukkan persembahan mantap, padu dan teratur. Namun katanya, perkara yang paling penting adalah menang. Mainan cantik, seksi dan menggiurkan tidak ada gunanya jikalau kalah.

"Saya mengharapkan kesemua rakan sepasukan saya berusaha bersungguh-sunguh pada perlawanan esok. Tiadalah bergunanya pun bermain seperti Barcelona jika akhirnya kalah tersingkir."

"Buat masa sekarang, hanya Shauqie yang tidak dapat diturunkan. Pemain-pemain yang lain syukur ke hadrat Ilahi dijangka bersedia untuk bermain."

Pengurus pasukan SRM FC, Wan Nasrul Ikhwan pula memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai perlawanan esok. Beliau kelihatan bersedih, mungkin kerana kontrak beliau bersama SRM FC bakal tamat pada bulan Mei ini. Bersabarlah bos.

Berikut merupakan 'prediction' daripada selebriti-selebriti terkenal tanah air untuk perlawanan SRM menentang Nemesis esok.

Lisa Surihani: Saya menghaghapkan Nisham berghmain esok. Seghonok tengok dia berlaghi-laghi. xoxo Nisham!!

Shaheizy Sam: Bagi chi'kama'rol gua main der. Wa baru 'pam' dia semalam. *auuuuummm!!*

Amal: Faris! Faris lebiu!!

Good luck SRM!

SRM 3-1 Spirulina FC


Hari itu, kapten Kenneth mengadakan perlawanan persahabatan mengejut menentang Spirulina tanpa pengetahuan penulis.

Semua pemain, tak kira yang baru dan lama turun kecuali penulis, yang tidak dijemput.

Main dalam hujan, sekali lagi tanpa memaklumkan penulis.

Semua orang menunjukkan persembahan mantap dan selamba walaupun tanpa menjemput penulis.

Kapten Kenneth, dibantu Presiden Luqman, merancang taktik baru 4-3-3 juga tanpa membabitkan penulis.

Pian, Kamarul dan Sharom mengepalai bahagian SRM di mana 2 kali Shahrom merobek gawang, dan ya memang betul, tanpa memberitahu penulis.

Shawn bolos 1 gol mudah namun berjanji untuk meningkatkan abiliti beliau tanpa pengetahuan penulis.

Akhir kata dari penulis, @#%@%@$@%#$@%%&*&*!!

p/s: Kesiankanlah diriku ini. Hari-hari bermain bola sendiri. =,(

Exclussive: New 2011 Kit Revealed!

Finally, new official 'armour' announced by the club.


Fantastic choice!


Jersi baru kelab yang ditaja sepenuhnya oleh Persatuan Peminat Setia Kamarul ini, bakal diedarkan secara komersial ke seluruh pelusuk dunia pada penghujung bulan ini. Tempahan boleh dibuat melalui talian telefon atau pun 'email booking'.

Jersi ini bakal digunakan pada perlawanan menentang Nemesis minggu depan dan khabarnya rekaan dalaman dan luaran penuh seni jersi ini mendapat pujian wakil kedutaan Nike dan Adidas.

Dilengkapi dengan teknologi 'axillary cool', jersi ini menghalang sebarang perpeluhan terutamanya pada bahagian ketiak pemain. Sebelum ini, seringkali kita melihat ketiak para pemain kesayangan kita basah lencun selepas berlari dan ini sangat memualkan malah mencacatkan suasana terutamanya ketika 'photo-shoot session'.

Jangan ingat hanya dengan memakai deodorant berjenama seperti Body Shop, Rexona dan MawiWorld mampu mengelakkan masalah ketiak tengik anda. Tetapi jangan risau, tiada lagi masalah ketiak dengan pengenalan jersi terbaru ini.


Jersi 'special' Kamarul.