Ramadhan Al-Mubarak


Wahai manusia! Telah datang bulan Allah
(Sharu-Allah) yang penuh barakah dan maghfiroh
(pengampunan) Nya. Bulan ini di sisi Allah merupakan
yang terbaik dari segala bulan. Siangnya adalah yang
terbaik di antara siang, malamnya adalah yang terbaik
di antara malam, dan saat-saatnya adalah yang terbaik
di antara saat-saat. Ini adalah suatu bulan di mana
kamu diundang olehNya menuju ke dhiafatillah
(perjamuan) Allah. Dan dipermuliakan kamu di dalamnya.
Di dalamnya nafas-nafas kamu merupakan tasbih, tidurmu
ibadat, dan amalanmu dimakbulkan dan doa-doa kamu
mustajab.
Maka karena itu hendaklah kamu memohon kepada Allah
Rabbmu dengan niat yang benar dan hati yang suci agar
Allah menolong kamu untuk terus berpuasa, dan membaca
KitabNya.

"SELAMAT BERPUASA PLAYER2 SRM, POSE..JGN XPOSE."


Secebis Diari Misteri..

Mungkin sudah tiba masanya.. Haruskah kuluah segalanya?

Ahhhh.. Dilema melanda.. Hati bergelora, perasaan mula berbaur kesangsian..Lemas! Kekok! Sengsara!

Andai hati sudah memilih, kenapa mesti diragu?
Andai sayang sudah bertunas, kenapa mesti keliru?

Setiap saat berlalu..
Setiap detik berdetak..
Setiap minit sembilu..
Malahan setiap jam terasa tidak..

Buntu.. Aku buntu.. Haruskah ku turutkan fitrah kejadian ku?
Atau terus menerus bergelumang hipokrit mendustai jiwaku?

Hmmm.. Derita bila bedepan dengan mu namun bahagia bila menatap raut wajah manis mu dari jauh.

Kenneth, harus apa lagi yang perlu ku lakukan untuk menambat rohani mu?? Jawablah suara hatiku ini..


*Ini adalah secebis diari salah seorang pemain SRM yang dijumpai penulis semasa sedang sibuk mengemas bilik persalinan. Kandungan yang agak agresif dan mungkin mengganggu perasaan logik sesetengah orang, namun ini realiti. Siapakah pemilik cebisan diari tersebut??


Final Statistics..

SRM FC Fire&Phlamze FC
1 Goals 2
4 Shots 9
3 Shots off target 4

4 fouls 8

15 offside 2

2 Yellow card 0

0 Red card 0



Best Player: Pytah F&P

Top Scorer : Nisham SRM FC

Best Goalkeeper: Bobot F&P

Best Defender: Faris SRM FC

Best Midfielder: Mid F&P

Best Striker: Pytah F&P

Fair Play Award: SRM FC

Best Audience: Jerenk Pulang Petang

Most Sexiest Player: Kamarul SRM FC

Aduhai SRM....

SRM tewas tipis kepada Fire&Phlamze..

Final MMU World Cup Tournament 2010 berakhir semalam dengan kemenangan 2-1 Fire&Phlamze ke atas SRM FC. Sorakan dan tempikan lebih 73 000 orang penyokong daripada kedua-dua pasukan menggegarkan Stadium MMU. Cuaca pada petang tersebut yang agak panas dan keadaan padang yang kering dan berbatu seperti petanda awal bahawa SRM bakal tumpas di tangan F&P.

F&P akhirnya menunjukkan pemain kesebelasan utama mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan warganegara. Mereka mengimport beberapa pemain daripada benua Africa dan Arab Saudi. SRM pula seperti biasa membariskan pemain hingusan yang kerdil-kerdil belaka. Perlawanan ini bolehlah diibaratkan sebagai 'bapak-bapak 1 Malaysia' vs 'kanak-kanak riang Ribena'.

Perlawanan diadili oleh bekas pengadil EPL suatu ketika dahulu iaitu En. Shamsuri Maarof manakala Suhaimi Saad dan Jalaini Kamaruddin dipertanggungjawabkan sebagai penjaga garisan. Perlawanan bermula dengan agak rancak di mana F&P melakukan serangan awal namun gagal menemui sebarang gol. Selang empat minit selepas perlawanan bermula, F&P akhirnya berjaya membolosi gawang SRM menerusi pemain tengah veteran mereka, Mid melalui sepakan percuma dari sebelah kiri padang.Beliau dengan tenang melambungkan bola melepasi benteng SRM dan menewaskan penjaga gol Shawn.

SRM agak terkejut namun mereka bangkit dan berjaya menemui gol penyamaan hasil gerakan 'satu-dua' Usham dan Nisham lima minit sebelum separuh masa pertama tamat. Usham memperdayakan dua pemain F&P sebelum melorongkan bola kepada Nisham yang tidak diawasi pemain lawan. Lorongan cantik tersebut memberikan Nisham ruang untuk menolak bola menewaskan penjaga gawang F&P, Bobot. Penonton bersorak apabila Nisham membuka jersi dan memperlihatkan baju dalam beliau yang tertulis 'Hepi Bday Luqman' yang sememangnya ditujukan kepada mantan kapten, Luqman yang baru sahaja menyambut harijadi ke-20 beliau.

Separuh masa pertama tamat dengan kedua pasukan terikat 1-1. Kenneth, kapten inspirasi SRM memberikan arahan dan motivasi kepada anak-anak buah beliau melalui pelukan dan ciuman kasih sayang, sama seperti apa yang dilakukan oleh Maradona pada World Cup yang lepas. Kontroversi tercetus apabila tiba giliran Kamarul untuk dipeluk dan dicium Kenneth. Melalui kamera yang difokuskan kepada kamarul, penonton dapat melihat Kamarul 'blushing' sejurus selepas diberikan kasih sayang oleh Kapten Kenneth.

Separuh masa kedua bermula dengan pasukan F&P diberikan sepak mula. Perlawanan dikuasai sepenuhnya oleh F&P yang melancarkan serangan bertubi-tubi memaksa pasukan pertahanan SRM bertungkus-lumus menyelamatkan keadaan. Namun, pemain import dari Africa F&P, Pytah menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya setelah berlaku sedikit salah faham di antara pertahanan dan penjaga gol SRM. Gol tersebut dilihat meruntuhkan semangat SRM. Usham dan Nisham pula masing-masing bersaing 'mencuri ayam' apabila mereka berdua sering ditangkap ofsaid oleh penjaga garisan yang baik hati.

Perlawanan tamat dengan airmata kekalahan berpihak kepada pasukan SRM FC. Cuba lagi SRM FC!!

The End of The Season...




CONGRATE TO ALL SRM FC PLAYERS HAVING A GREAT PERFORMANCE UNTIL THE FINALE.
KEEP IT UP FOR THE NEXT SEASON.



Anchelotti: F&P akan menang petang nanti..

Pengurus pasukan Chelsea FC, meramalkan F&P bakal mengalahkan SRM sekaligus memenangi mahkota MMU World Cup Tournament 2010.

"Saya melehat itu pasukan F&P mempunyai banyak kelebihan ye berbanding pasukan SRM FC yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak yang belum baligh. Perlawanan ini bolelah diumpamakan sebagai perlawanan Chelsea bertemu Arsenal."

"Apabila pasukan 'bapak2' bertembung dengan pasukan kanak-kanak Ribena, anda sendiri boleh meramalkan kesudahannya. Ramalan saya, 3-0 untuk F&P."

Carlo Anchelotti dilihat begitu emosi ketika ditemuramah. Mungkin masih lagi kecewa dan terkesima melihat pasukan Chelsea beliau dibelasah 3-1 oleh Manchester United semalam.

Sementara itu, beberapa selebriti terkemuka antarabangsa turut memberikan 'prediction' mereka.

Lady Gaga: Alejandro..Alejandro..SRM 2-1..Alejandro..Alejandro..

Angelina Jolie: SALT..SRM Akan Lambung Tropi..

Adam Lambert: SRM ada Kamarul!! Yummy!!

Fabregas: I chose to stay with Arsenal because of Nisham. So, I hope his team will win.

MCA: Kami sokong pasukan KK!!

Ariel Peterpan: Nggak usah dipersoalkan lagi. Saya kangen 'ber-3gp' di samping Kamarul. SRm pasti menang!

Nur Afifah FOM MMU: Nak tengok Luqman maen!! Luqman hensem!!


Salam Khabar Angin: Luqman Hilang..

Luqman dijangaka tidak akan bermain petang ini!!
Tonggak tengah SRM, Luqman dikhabarkan tidak akan bermain pada petang ini. Semestinya ini menjadi
berita yang sangat baik bagi pasukan lawan Fire&Phlamze.

Status Luqman di laman web sosial Facebook beliau yang berbunyi " sometimes we need to sacrifice our passion.football is my passion."
mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong SRM.Luqman pula gagal ditemui sehingga sekarang bagi mendapatkan penjelasan
lebih lanjut.

Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada SRM FC!

p/s: Man, mainlah..we need you..=(

Salam Khabar Angin: Luqman Hilang..

Luqman dijangaka tidak akan bermain petang ini!!
Tonggak tengah SRM, Luqman dikhabarkan tidak akan bermain pada petang ini. Semestinya ini menjadi
berita yang sangat baik bagi pasukan lawan Fire&Phlamze.

Status Luqman di laman web sosial Facebook beliau yang berbunyi " sometimes we need to sacrifice our passion.football is my passion."
mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong SRM.Luqman pula gagal ditemui sehingga sekarang bagi mendapatkan penjelasan
lebih lanjut.

Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada SRM FC!

p/s: Man, mainlah..we need you..=(

MMU World Cup Tournament Final Match!!!

Debaran semakin hampir..

SRM FC vs Fire&Phlamze

9 Ogos 2010

5.45 petang(waktu tempatan)

Stadium MMU.

Sebanyak 73 000 tiket telah berjaya dijual. Datanglah beramai-ramai!!!

SRM 1-0 Balck Emperor

Final pertama menanti SRM....

SRM berjaya mengalahkan Black Emperor 1-0 hasil jaringan separuh masa kedua daripada Nisham menerusi sepakan sempurna Luqman.
Kemenangan ini telah melayakkan SRM ke perlawanan akhir pada hari Isnin nanti menentang musuh tradisi Fire&Phlameze yang diterajui
oleh Zul 'Saya Kapten'.

Perlawanan bermula dengan agak hambar walaupun SRM dilihat lebih bijak menguasai perlawanan. Barisan tengah SRM, Luqman dan Kenneth
terpaksa bekerja keras mematahkan serangan lawan dan pada masa yang sama mengatur strategi untuk mencari gol. Luqman bertindak sebagai
nadi utama pasukan manakala Kenneth berhempas pulas melindungi barisan pertahanan.Kesungguhan Kenneth dan kerja keras Luqman seharusnya
diberikan pujian melangit. Empat pemain pertahanan SRM pula, Aziwan, Faris, Shauqie dan Haniff mempamerkan persembahan yang cukup
mengagumkan di mana Aziwan, memperlihatkan kemampuan sebenar beliau menyekat gerakan penyerang lawan. Manakala jentera serangan SRM, Shahrom, Nisham,
Danny dan Usham dilihat kurang bertenaga selain gagal berkomunikasi sesama sendiri.Bola hantaran cantik sering dipersia-siakan dan kemampuan mereka membuat
keputusan juga dipersoalkan.

Walaubagaimanapun, perhatian 100% seharusnya ditumpukan kepada perlawanan akhir nanti menentang Fire&Phlamze, kelab gabungan Fire&Flames bersama Phlamze FC.
Danny, Shawn dan juga Kapten Kenneth bakal berhadapan dengan beberapa bekas rakan sepasukan mereka memandangkan mereka sebelum ini pernah berkhidmat dengan
Phlamze FC.

Pamerkan kehebatan anda semua wahai remaja-remaja berwawasan Rakan Muda!!! hahahaha...