Barisan Perajurit SRM FC 2011/2012

GOALKEEPERS



DEFENDERS




MIDFIELDERS






STRIKERS





p/s: Susunan adalah secara random(rawak), bukannya mengikut susunan kesebelasan utama. Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk menjadi 'first eleven', sila bodek penulis seperti yang Aziwan buat.

Ringkasan Pasar Perpindahan SRM FC

Update terkini pemain masuk dan keluar SRM FC.




KELUAR
:
Sany(bersara), Meegan, Hanif dan Haziq(hilang tiba-tiba), Nisham(berkahwin, bini tak bagi kebenaran), Amir Hamzah(bekerja), Zumi(balik Johor).

MASUK:
Chap, Ameen dan Laxg(Spirulina FC), Danny(pembantu pengurus hebat, Phlamze FC), Bobot(Fire & Flames), Pop, Syafix, Ariff, Afiq(kelab lama tidak diketahui), Amiron(Noob FC), Aziwan Baru TegapSasaSeksiDadaBidangLenganBesarRajinWorkout(SRM FC).



Bobot sah 'menikahi' SRM FC!

Pernah dilamar Rajagopal semasa AFF Cup namun ditolak beliau kerana sibuk dengan pelajaran.

Siapa yang tidak kenal Bobot, memang patut berhenti main bola di MMU.

''Bobot? Siapa tu? Sorry tak kenal.'' << Sila gantung but bola anda, sedekahkan kasut futsal anda kepada pak guard dan sila duduk dalam bilik diam-diam main Dota.

Ahh Bobot. Bobot. Bobot. Remaja kegilaan pelajar-pelajar wanita di MMU tidak kira wanita tempatan atau pun luar negara. Sebut sahaja nama beliau, pasti ramai gadis mengepit paha. Anda tanya kenapa?

Tangan yang ''kuat'', pinggang yang ''fleksibel'', punggung padat ''berspring'' dan refleks umpama kucing keghairahan merupakan antara aset bernilai beliau yang menjadi pujaan ramai. Anda ada?

Sedikit selitan info skema mengenai beliau. Bobot merupakan Presiden MMUFA dan kapten pasukan MMU FC. Bermain sebagai penjaga gol, beliau sebelum ini bernaung di bawah kelab gergasi Fire & Flames sebelum berjaya diikat masuk ke dalam SRM FC.

Jika di EPL, mereka ada Fabregas sebagai 'transfer saga' paling lama diperkatakan. Di MMU pula kita ada Bobot. Selama 2 tahun 2 bulan pihak pengurusan SRM FC cuba mendapatkan tanda tangan beliau namun gagal. Namun, tuah menyebelahi SRM akhirnya apabila Shawn, pengurus baru kelab berjaya memujuk Bobot untuk berpindah masuk dengan yuran perpindahan yang bakal diumumkan nanti.

Oleh itu, Bobot bakal mengisi posisi penjaga gol nombor satu SRM FC di depan penjaga gol kedua(kecemasan), Faris.

Selamat datang Bobot.



Danny dan Chap ahli baru Lembaga Pengarah SRM FC!


Minggu lalu Danny dan Chap telah selamat ditabalkan menjadi ahli aka pemegang saham yang baru dalam Lembaga Pengarah SRM FC.

Perlantikan mereka berdua dipersetujui semua pihak setelah menilai reputasi dan kebolehan mereka yang sangat mengagumkan.

''Kebersihan jersi anda adalah tanggungjawab saya!!''

Danny atau nama gelaran beliau The Wiggle Man, dilantik menjadi pembantu pengurus pasukan Beliau diberikan amanah dan tanggungjawab yang sungguh besar iaitu menyediakan minuman ketika perlawanan berlangsung (Water Boy), memungut bola yang terkeluar dari padang (Ball Boy) dan mencuci jersi pasukan setiap kali perlawanan (Laundry Boy). Diharapkan beliau komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas yang digalas beliau kerana sekiranya beliau tiada, maka pincanglah SRM FC. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa beliau merupakan elemen terpenting dalam sistem dan keharmonian pasukan. Semoga berjaya Danny.

''Aku ada buku cek. Aku bagi cek kosong boleh?''

Kita lupakan Danny seketika dan beralih kepada Chap pula. Untuk pengetahuan semua, Chap merupakan CEO bagi sebuah syarikat besar di Cyberjaya iaitu tidak lain dan tidak bukan, Fahmi Fazreen Enterprise. Dilaporkan bahawa KRU Production dan Les Copaque Sdn Bhd mengalami kerugian terbesar mereka sejak Chap menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sebagai seorang yang merendah(memendek) diri, Chap sangat disenangi oleh kawan-kawan malah pekerja-pekerja tanpa permit beliau yang rata-ratanya berasal dari Bangladesh. Pendek kata, penyertaan Chap bakal menjanjikan kestabilan dan kekukuhan kewangan buat SRM FC. Tidak percaya? Di sini ada satu fakta benar; Jersi pasukan untuk musim ini secara SUKARELA DITAJA SEPENUHNYA oleh beliau. Cemburu?

Diharap kedua-dua insan terpilih ini dapat memberikan impak maksima dalam membantu misi untuk merangkul piala pertama buat kelab pada musim ini.

Shawn Who?

Who the f**k is Shawn?

Selepas pemergian Sir Nasrul Ferguson tahun lalu, kerusi pengurus SRM FC terbiar kosong. Pihak Lembaga Pengarah Tertinggi Kelab dan Presiden Luqman menemui jalan buntu dalam misi mencari pengurus pengganti yang berkelayakan. Beberapa orang calon ditemu duga termasuklah Pep Guardiola, Guus Hiddink, Rafael Benitez dan termasuklah Dato' K Rajagopal namun kesemua mereka gagal menepati ciri-ciri dan kualiti yang dikehendaki kelab.

Bekas pemain penyerang, pertahanan malah 'midfielder' UPG FC merangkap pengurus dan jurulatih kelab itu sendiri, Pai The Legend dikhabarkan menghantar borang permohonan menjawat posisi pengurus SRM FC. Walau bagaimanapun, khabar angin tersebut masih belum dapat disahkan benar.

Setelah berbincang dan ber'brainstorming', Presiden Luqman dan Kapten Kenneth telah sepakat melamar Shawn, bekas pengurus Phlamze FC beberapa tahun lepas. Ramai peminat ternyata terkejut dengan keputusan itu. Mengikut statistik Jabatan Pengurusan Peminat SRM FC, 14 023 daripada total 14 026 orang penyokong kelab langsung tidak mengetahui asal usul kewujudan Shawn.

Di sini penulis ingin memberi sedikit pengenalan mengenai Shawn, pengurus baru SRM FC. Shawn berumur 2* tahun dan dibesarkan di *****. Beliau pernah bermain sebagai penjaga gol, kadang kala bertindak sebagai penyerang pasukan Phlamze FC namun karier beliau agak kurang memberangsangkan dan tidak perlulah dijelaskan di sini. Beliau kemudiannya terjun masuk ke dalam bidang pengurusan apabila melantik diri beliau sendiri sebagai pengurus Phlamze FC 3 tahun lalu. Dipendekkan cerita, sepanjang berada di bawah penjagaan beliau, Phlamze FC bermain di bawah tahap sebenar mereka disebabkan taktik dan strategi kurang bernas yang diaplikasikan Shawn. Namun, pada tahun lalu, sebaik sahaja Shawn meletakkan jawatan setelah didesak para pemain beliau sendiri, Phlamze FC beraksi dengan sangat baik sehingga berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Presiden MMU.

Bagaimanakah masa depan SRM FC selepas ini? Adakah beliau bakal berjaya memenangi hati peminat dan penyokong kelab? Yang lebih penting, mampukah beliau menamatkan badi kemarau piala SRM FC? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.