BEAUTY IS FOOTBALL...

Goodluck guys for the last game tomorrow.
Play as usual as a team.
Juara bukan segalanya yang penting kita telah buktikan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi untuk menjadi satu pasukan yang terbaik.
Tahniah dan syabas untuk 8 perlawanan yang telah kita tempuhi dengan 5 kemenangan dan tewas 2 kali.
We try our best to be champion for this semester, champion with the high respect.



Cerpen Pendek SRM FC


Petang itu cuaca sungguh baik. Angin sepoi-sepoi bahasa memberi seribu ketenangan. Gumpalan awan kumulus menari-nari malas di sisi bentangan langit. Pelangi pula hilang bersembunyi. Mungkin kerana belum tiba masanya 7 Puteri Kayangan turun ke Bumi bermandi-manda.

Selesai mengemaskan kasut bola, Kenneth memandu perlahan Proton Neo kesayangannya menuju stadium. Sesampainya dia di tepi padang, kelihatan Shahrom menimang bola berseorangan. Luqman dan Kamarul pula khusyuk berbual tentang program-program Sekretariat Rakan Muda yang bakal diadakan semester ini. "Ini senarai nama pemain kita untuk hari ini. Amir Hamzah minta maaf tidak dapat datang." kata pengurus Nasrul kepada Kenneth yang sekadar mengangguk kepala.

Setelah semua pemain sampai, mereka bersama-sama melakukan sedikit senaman untuk memanaskan badan. Nisham sempat meraba kasar punggung Faris sebelum lari ketawa bedekah-dekah. Hanafi dan Atook pula sibuk mengambil gambar daripada pelbagai sudut. Gelagat mereka berdua amat melucukan, di tambah pula dengan sorakan penonton di luar padang. Haniff dan Sany pula sedang asyik memerhatikan gelagat pemain lawan yang sedang asyik bersenda-gurauan sesama sendiri.

Selesai memanaskan badan, Ammar dan Haziq beredar keluar dari padang untuk meminum air.
Shauqie, seperti biasa mengikat rambut ikalnya seperti ala-ala pahlawan purba Muay-Thai. Aziwan pula sibuk berlari mencari kotak untuk dijadikan 'shin guard' sebagai pengabur mata pengadil yang sememangnya mementingkan disiplin dan keselamatan para pemain.

Pihak penganjur mengarahkan kedua-dua pasukan untuk masuk ke padang. Selesai bersalam-salaman antara satu sama lain, Shawn menyarungkan 'glove' kesayangannya. Meegan pula tunduk membetulkan ikatan tali kasutnya. Usam kelihatan baru sampai dan berlari-lari anak mengejar masa. Sebentar tadi, Ali datang membawa khabar buruk bahawa Zumi tidak dapat menghadirkan diri kerana sakit demam.

Seblum perlawanan bermula, semua pemain SRM FC membentuk satu bulatan di mana Kenneth merencanakan strategi dan memberikan kata-kata semangat. "Kita main 'simple' macam biasa. Kalau boleh, jangan buat 'silly mistake' la. Okay, 1,2,3 SRM!!"

Wisel permulaan dibunyikan!!

Repost: The Story Begin...

In late winter of 2009, a group of teenagers from the HB1 decided to form a football team. They called themselves SRM FC because they are fully sponsored by the Sekretariat Rakan Muda. The team is actually the original idea of the one and only Sir Jack M. Luqman(1990-2009) when he was inspired by the way the Spain played and win the Euro Cup 2008 and later dreams to build a team that play beautiful football like The Blaugrana.

A group of players from different team joined the squad. All of them are still young but very talented, thanks to Scout Division that work hardly night and day looking for the ‘quality’. After some windows shopping in Terengganu, the club had their first kit. Dipped in grey, they never looked back again.

The first manager of this club is Alex Wan Nasrul(1987-2010),the owner and also the Chairman of SRM FC. He is the coolest guy outside the pitch but once the whistle blow, the only voice that can be heard in the stadium is his lion-roar voice.

Simple but brilliant....


Skodeng Tingkap Perpindahan

Salah 1 insiden pencabulan Kamarul yang sempat ditangkap gambar.

Gosip dan Khabar Angin

Pemain sayap Fire&Flames, Eskandar dikhabarkan sedang diperhatikan rapat SRM FC dan pihak kelab telah bersetuju untuk memmperuntukkan dana perpindahan sebanyak RM16juta untuk membawa beliau ke Stadium SRMirates.

Kamarul dikatakan tidak gembira berada di SRMirates dan khabarnya telah meminta untuk dipindahkan keluar kerana tidak tahan dengan gangguan seksual daripada rakan-rakan beliau.

Skuad peninjau SRM FC mencadangkan agar penyerang berdarah campuran Melayu-India Spirulina FC, Sunan dibeli dengan kadar yang segera setelah melihat bakat terpendam beliau. Yuran perpindahan sebanyak RM11juta berkemungkinan sudah cukup memadai untuk memancing nafsu beliau.

Sumber mengatakan bahawa Shauqie mulai merasa kecewa dengan nilai gaji mingguan yang didakwa beliau tidak setimpal dengan mutu permainan beliau. Dikhabarkan juga, Shauqie bersedia untuk menerima tawaran kelab lain andainya tawaran gaji mereka tinggi melangit.

Meegan kononnya meminta untuk keluar daripada SRM FC musim depan beralasankan rindu dan 'homesick' dengan teman wanita beliau yang kini menetap di MMU HB3.

Meegan: Saya Sayang Awek Saya!

Meegan menangis setelah melihat Liverpool menang setelah asyik kalah.

Petang semalam, peminat dan penyokong SRM FC digemparkan dengan berita kurang enak yang kononnya menyatakan bek kanan Meegan meminta untuk keluar dari kelab kerana sangat merindukan buah hati beliau. Oleh itu, penulis cuba menghubungi Meegan semalam namun hampa kerana telefon bimbit beliau dimatikan. Akhirnya, penulis berjaya jua bertemu Meegan semasa beliau dalam perjalanan balik daripada dewan kuliah.

P: Penulis
M: Meegan

P: Hello Meegan. U dari mana? Saya call dari semalam tidak dapat. U mau lari mana??

M: Hello bro. Ala, sorilah. Semalam I tidur awal. Handphone I habis bateri la bro.

P: Ok2. Meegan, ni mau tanya sikit la. Boleh ka?

M: Tanya banyak pun boleh bro. I tarak kesa punya. Kawan punya pasal, I tak kesa sangat.

P: Begini Meegan, saya ada dapat laporan yang U mau keluar dari SRM FC. Aiyaa, ada betul ka itu cerita?

M: Ayoyoyoyo. Tarak betul la bro. Mana U dengar ini mengarut punya cerita? I masih setia sama itu SRM.

P: Bukan apa Meega, tapi semalam a ada orang cakap U tidak tahan tinggal jauh-jauh dari mata air U. Apa cerita?

M: Mana ada! Itu orang yang cerita a banyak tipu. Memang I ada awek tinggal jauh dari I, tapi itu perkara kecil. I selalu juga pigi jumpa awek I biar pun dia duduk HB3. Kami selalu duduk-duduk di kafe, cerita-cerita, ketawa sama-sama. Mana ada problem la.

P: Tapi kan Meegan, awek U tidak marah ka U main sama SRM? Maksud saya, U tiap-tiap hari turun latihan, tiap-tiap hari main bola. Dia tidak marah ka?

M: Small matter la bro. Dia faham I punya keadaan. Belajar di MMU mesti banyak pakai duit. Bayar itu bayar ini, bayar semua la. Jadi untuk dapt duit, I main bola sama SRM la. Gaji tinggi, elaun semua banyak best, hati saya senang. Awek I lagi suka I main SRM.

P: Kalau dia suka U main SRM, mana dia? Saya tidak pernah nampak U bawa awek U tiap-tiap game.

M: Bukan apa bro, awek I tu lawa macam Aishwarya Rai. Janagan kicik hati a kawan-kawan, tapi I yang tidak mau dia datang. Sebab apa a, kawan-kawan I banyak pantang tengok perempuan cantik. Dorang a suka curi-curi jeling. Selalu saya tengok a, kebanyakan diaorang, awek pasukan lawan pun diaorang bantai. Itu pasal la saya takut mau bawa I punya awek.

P:Biar betul??!!

M: Aiyoyoyo kawan. Meegan never lie la. U tengok saja la Kamarul, itu yang main itu sayap kiri. Itu budak-budak lain a selalu kacau sama dia. Saya banyak kesian bila tengok dia diraba berulang-ulang kali. Pantang itu peluang terbuka, mesti si Kamarul dicabul. Minta maaf cakap sedikit lucah a. Kalau tidak percaya, tanya sama Kamarul.

P: Okay Meegan. Saya rasa cukup sampai di sini. Saya sudah stim bila dengar nama Kamarul. Terima kasih Meegan.

M: No problem la bro. Anytime.

Janji Manis Presiden Luqman

Luqman ketika melancarkan buku autobiografi beliau 'Legenda Aku Anak Ganu'.

Sekiranya SRM FC memenangi gelaran juara Liga Perdana MMU pada musim ini, Presiden kelab Luqman berjanji untuk mengadakan majlis makan besar-besaran sebagai penghargaan kepada semua pemain dan staf kelab yang telah bersusah-payah selama ini.

Ditanya ketika sesi pelancaran buku autobiografi beliau yang bertajuk 'Legenda Aku Anak Ganu' semalam, Luqman baerpuas hati dengan persembahan mantap yang ditunjukkan barisan skuad SRM FC. Beliau juga sangat yakin SRM mampu menewaskan Phlamze dan seterusnya mengucup piala pertama dalam sejarah penubuhan kelab.

"Jika budak-budak saya menang, saya berjanji akan mengadakan parti secara besar-besaran buat mereka. Usaha keras dan pengorbanan mereka perlu dibalas."

"Keseluruhannya, saya amat berpuas hati dan bangga dengan pencapaian hebat anak-anak buah saya. 5 kemenangan daripada 6 perlawanan adalah luarbiasa. Saya yakin, kami mampu mengalahkan Phlamze Khamis nanti dan akhirnya menamatkan badi penantian piala selama lebih kurang satu tahun ini."

SRM FC memerlukan 3 mata penuh Khamis ini untuk memintas Fire&Flames daripada kedudukan teratas liga.

Pemain SRM dan Kelab Lama Mereka

Berikut adalah senarai para pemain dan kelab terdahulu mereka.

Dettol FC: Luqman, Shahrom, Nisham, Aziwan

Phlamze FC: Shawn, Meegan, Kenneth

Salsa FC: Haniff, Faris

Mantisz FC: Ammar

Aspalela FC: Shauqie

Tiada Kelab: Zumi, Amir Hamzah, Kamarul, Sany, Usam, Haziq

5 Tabiat Pelik Pemain SRM FC


Sebenarnya, pemain SRM mempunyai tabiat pelik mereka masing-masing sebelum masuk ke padang dalam setiap perlawanan. Mungkin tidak ramai yang perasan tetapi benda sebegini sebenarnya wujud dan berlaku di kalangan pemain.

Berikut adalah 5 tabiat pelik para pemain SRM FC.

1. Faris tidak pernah mengeluarkan stoking beliau dari dalam kasut kecuali ketika hendak bermain. Bau stoking terperap tersebut menaikkan semangat juang katanya.

2. Sebelum masuk ke padang, Shawn akan memastikan rambut beliau diletakkan jel dan disikat kemas. Jika waktu selain bermain bola, Shawn lebih suka membiarkan rambut beliau kusut masai tidak teurus. Katanya, rambut yang kemas semasa bermain bola, mencerminkan disiplin diri yang tinggi.

3. Nisham suka memungut rumput-rumput kering di padang kemudian mengigitnya berulang kali sebelum masuk ke padang. Walaupun selalu diingatkan bahawa anjing selalu berhadas kecil(kencing dan berak) di atas padang, beliau tetap meneruskan tabiat pelik tersebut.


4. Sebelum permainan bermula, Haniff akan mencabut sehelai dua bulu kaki untuk diletakkan di dalam seluar kecik beliau. Katanya, itu adalah petua zaman dahulu untuk berlari laju.


5. ****** mempunyai tabiat yang palik pelik sekali. Beliau akan berpura-pura berjoging jauh dari rakan-rakan yang lain dan apabila yakin tiada sesiapa memandangnya, beliau akan mengorek taik hidung dan memakannya serta-merta. Ya tuan-tuan dan puan-puan, anda tidak silap baca. Saya ulang, beliau akan mengorek pantas hidung beliau kemudian memakan hasil korekan tersebut secepat yang mungkin. Tidak dapat dipastikan apa tujuan beliau berbuat demikian tetapi yang pastinya beliau jelas menikmatinya.


p/s: Benda di atas ni semuanya rekaan sahaja okay. Sekadar untuk suka-suka. 100% rekaan. Just for laugh..=)

Pemain Tinggal Kenangan Part 2


Eddy
Eddy bermain sebagai penyerang, bergandingan bersama Nisham.
Berimejkan rambut panjang diikat stail 'ponytail', Eddy bermain selama lebih kurang satu semester bersama kelab sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke kelab baru Divisyen 1, Athletico Assasino.

Acap
Mengisi posisi sayap kanan dan kadang kala ditugaskan menjadi penyerang, Acap yang bertubuh agak kecil memiliki teknik menggelecek ala-ala Cristiano Ronaldo. Beliau mengambil keputusan keluar dari kelab setelah berselisih faham dengan pihak atasan kelab.

Chap
Chap merupakan antara orang lama dalam arena bola sepak MMU. Selain mempunyai pengalaman yang luas tentang selok-belok bola sepak, Chap juga terkenal dengan kesungguhan dan kerajinan beliau mengejar bola tanpa mengenal erti penat. Akhirnya terpaksa meninggalkan SRM apabila ditawarkan wang berjuta-juta ringgit oleh kelab lama beliau, Spirulina FC.

Skodeng Tingkap Perpindahan

Mungkinkah ini pemain baru SRM FC? Tidak mungkin.

Gosip dan Khabar Angin.

Penyerang Black Emperor sedang dalam proses mengikat kontrak bersama kelab setelah pasukan beliau Black Emperor FC digantung kerana ber'ongbak' dengan pasukan toky minyak Victory FC.

Kenneth bakal bersara sepenuhnya sekiranya SRM gagal lagi mengucup piala semester ini.

Aziwan dilihat keluar minum kopi semalam bersama pemilik dan pengurus musuh seteru kelab Fire&Flames yang dipercayai sedang mengumpan beliau keluar daripada SRM FC.

Nasrul, pengurus kelab sedang cuba memikat Sean, pemain tengah pasukan Salsa menyertai kelab dengan yuran perpindahan dipercayai sebanyak RM10juta.

Official(Rasmi)

****** dan ********* telah bersetuju dan memeterai perjanjian kontrak seumur hidup bersama kelab dengan yuran perpindahan berjumlah RM50juta. ****** sebelum ini bermain untuk **** FC manakala ********* sebelum ini menyarung jersi ***** FC.

Sekian terima kasih.

p/s: Takyah la nak kira bintang2 tu sangat..HAHAHAHAHAHAHA!!

Fakta Menganjing

SRM FC mampu menguruskan anda. - Dr Rozmey

SRM FC sebuah kelab yang kaya. Itu fakta benar. Bukan auta atau cakap besar Dr Rozmey rambuthuduhsakitmatatengoknasibbaikkaukaya.

Mahu bukti? *senyum sinis*

Presiden kelab, Luqman memperuntukkan RM10k untuk tujuan membeli bekalan air buat para pemain bagi memberi mereka kesegaran sebelum dan selepas perlawanan. Menurut sumber, purata gaji pemain SRM FC adalah agak kecil iaitu RM100k 'sahaja'. Figos, penaja baru jersi kelab setelah kontrak tajaan Adidas ditamatkan atas sebab menyokong kempen kerajaan Cintai Produk Tempatan, dikhabarkan memeterai jutaan ringgit.

Belum lagi cerita pasal tajaan individu. Currently, kelab di'sponsor' oleh 3 orang kenamaan MMU. Identiti mereka tidak dibenarkan untuk didedahkan tetapi percayalah, mereka kaya. Jika tidak percaya, tanya setiap pemain SRM. Kelab melaporkan bahawa lebih 10 permohonan individu poket tebal yang ingin menaja SRM FC telah selamat diterima. Mengikut resume yang dikirim, kebanjiran pemain anak ikan merupakan salah satu sebab utama mereka tertarik dengan SRM FC.

Mahu bukti lagi? Okay. *senyum kambing*

Sebelum menyertai SRM FC, kebanyakan pemain hanya berjalan kaki ke padang. Bagi pemain yang sedikit beruntung, motor kapcai pemberian ibubapa merupakan pengangkutan utama untuk mereka turn latihan atau pun perlawanan. Tetapi selepas berkhidmat bersama SRM FC, lihat peningkatan mendadak mereka. Faris, Kenneth, Aziwan, Shahrom dan yang paling terbaru Kamarul telah mampu membeli kereta sendiri. Fikirlah sendiri.

Kesimpulan artikel ini adalah, sertailah SRM. Masa depan terjamin, taraf hidup pun meningkat.

Pot Pet Pot Pet Liga Perdana MMU

MMU Premier League atau dalam Bahasa Melayunya Liga Perdana MMU semakin hampir ke penghujungnya. Minggu ini tamatlah perjalanan suka duka 10 pasukan bertarung kemampuan merebut kemenangan 3 mata penuh dalam masa singkat 60 minit dalam setiap perlawanan. Oh, terdapat sedikit pembetulan di sini.

Selepas pergaduhan besar di antara Black Emperor dan Victory FC minggu lalu, pihak MMU Football Association(MMUFA) telah mengambil kata sepakat menggantung penglibatan kedua-dua pasukan tersebut daripada arena bola sepak selama 3 bulan bermula semester ini. Perlawanan mereka yang sebelum-sebelum ini dibatalkan dan ini bermakna hanya tinggal 8 buah pasukan sahaja yang masih kekal berentap dalam Liga Perdana MMU.

Pembatalan kedua-dua pasukan tersebut bermakna kekalahan 2-3 SRM FC kepada Black Emperor dan kemenangan penuh bersejarah 1-0 ke atas Victory FC tidak diambil kira. Kiraan jumlah mata setiap pasukan turut berubah di mana SRM FC secara automatiknya merampas takhta kedudukan liga dengan jumlah mata sebanyak 15 mata daripada 6 perlawanan. Fire & Flames pula yang sebelum ini menang ke atas Black Emperor dan seri menentang Victory FC terpaksa berpuas hati dengan jumlah pungutan baru mereka iaitu 14 mata daripada 6 perlawanan.

Petang ini bakal menyaksikan Fire & Flames turun menentang Seryes FC dalam perlawanan terakhir mereka menentang Seryes. Sekiranya mereka menang, mereka bakal mengambil alih kedudukan pertama liga daripada SRM FC dengan jumlah mata sebanyak 17 mata.

Perlawanan terakhir SRM FC pula bakal berlangsung Khamis ini 27hb Januari, setelah ditunda pihak penganjur. Mereka bakal menerima kunjungan Phlamze FC, sebuah team veteran yang telah lama bertapak di MMU di mana rata-rata pemain mereka memiliki pengalaman yang tinggi dalam dunia bola sepak.

Hanya kemenangan sahaja yang mampu melayakkan SRM FC menjunjung Piala Liga Perdana MMU, piala pertama mereka dalam sejarah kelab. Itupun kalau menang. Kalau seri, atau pun kalah, bakal mencium tanah, mengesat airmata lagilah jawabnya. Almari kabinet Muzium SRM khabarnya semakin berhabuk tanpa isi.

Oleh itu, bermain bersungguh-sungguhlah kamu semua. Kata orang putih, 'all out'. Sekian.

Update: Pasukan peninjau SRM melaporkan bahawa Fire&Flames diisytiharkan menang tanpa bermain setelah lawan mereka, Seryes FC hanya mampu menghantar 3 orang pemain sahaja.

Shawn: Saya Tidak Akan Meraihkan Gol Saya

Gambar di atas tidak diedit dan adalah original!

Goalie Shawn menegaskan sekiranya beliau berjaya menjaringkan gol ketika menentang Phlamze nanti, beliau tidak akan sama sekali meraihkan gol tersebut.

"Tidak mungkin sama sekali saya akan meraihkan gol jaringan saya menentang Phlamze, kelab 'childhood' saya. Tidak sama sekali."

"Jikalau ditakdirkan saya 'terobek' gawang Phlamze, saya akan berpura-pura tenang dan terus kembali mengambil posisi saya semula. Cinta saya terhadap Phlamze masih tebal."

"Tetapi sekiranya ahli pasukan saya yang menjaringkan gol, sayalah orang pertama yang akan melompat-lompat kegembiraan."

Majulah SRM untuk MMU.

Trivia: SRM FC vs Phlamze FC

Selasa ini SRM bakal berkunjung ke Phlamzey Road menentang Phlamze FC dalam perlawanan ke 9 dan terakhir mereka untuk kempen MMU Premier League musim ini.

Berbekalkan 18 mata daripada 8 perlawanan sebelum ini, SRM menduduki tangga teratas liga, 3 mata di hadapan musuh tradisi Fire&Flames yang mengutip 15 mata daripada 7 perlawanan, diikuti rapat oleh skuad antarabangsa Cyberheat dengan jumlah kutipan sebanyak 13 mata setelah mengharungi 7 perlawanan.

Sekiranya SRM berjaya menewaskan Phlamze minggu hadapan, secara automatiknya mereka berjaya mengisi 1 slot Tiga Pasukan Teratas. Tetapi andainya mereka kalah ataupun sekadar seri, mereka perlu mengharapkan keajaiban terjadi untuk kekal berada di tangga Top Three.

Sedikit pengenalan mengenai pasukan Phlamze FC. Pasukan ini telah bertapak kukuh di MMU selama lebih kurang 4 tahun dan banyak melahirkan pemain-pemain berkualiti tinggi.

Pertembungan ini bakal menyaksikan kepulangan semula Kapten Kenneth dan Shawn ke Phlamzey Road. Untuk pengetahuan semua, Kenneth dan Shawn merupakan bekas pemain penting Phlamze dan telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya bersama pasukan tersebut sebelum mereka bersetuju menyertai SRM FC.

Setelah buntu meng'google', penulis berasa sangat hampa kerana membuang masa mencari definisi 'Phlamze' yang mana Wikipedia sendiri pun asyik memberi komen 'Your search did not match any documents.".

Shawn dan Kenneth, sila sediakan strategi berkesan untuk menghadapi mereka nanti okay.

Majulah SRM FC untuk MMU.

Ekslusif: Foto Salah Seorang Pemain Baru SRM

Wikileaks mendedahkan sekeping gambar salah seorang 'signing' terbaru SRM FC. Menurut wikileaks, gambar kontroversi tersebut diperolehi daripada orang dalam kelab SRM FC sendiri.

Oleh kerana pihak pengurusan kelab melarang sebarang pendedahan mengenai pemain-pemain baru tersebut, penulis hanya mampu memberikan link foto tersebut.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sementara itu, jurucakap SRM FC, George Jerenk enggan memberikan sebarang komen atau ulasan mengenai pendedahan Wikileaks tersebut.

"Buat masa sekarang, pihak kami menolak untuk memberi sebarang ulasan tentang kebocoran tersebut. Sebagai langkah keselamatan, kami sepakat menggunakan pad bersayap demi mengelakkan sebarang kebocoran lagi. Sekian."

Akan Datang: Double Awards Ceremony!

SRM Menganjing Award dan Anugerah Penghujung Musim yang julung-julung kali akan diadakan hujung bulan ini bakal menyediakan pelbagai jenis anugerah sebagai 'penghargaan' kepada pemain-pemain, para staf dan juga mungkin untuk sesetengah pemain pasukan lain.

Pengiraan undi secara rasminya dimulakan hari ini manakala anugerah-anugerah yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

SRM Menganjing Award

Piala SRM Menganjing Award

Anugerah Lakonan Terburuk Dalam Sejarah
Anugerah Kaki Berat 100 Kilogram
Anugerah Pemuja Pengadil
Anugerah Mata Park Ji Sung
Anugerah 10 Peluang 15 Gagal Gol
Anugerah Tanduk Bola Badan Tegak
Anugerah Jersi Haruman Febreze
Anugerah Mati Berlari Mengejar Bola
Anugerah Penalti 'Terbaik'
Anugerah Kaki Hutan Belantara
Anugerah Penyokong Paling Berpengaruh

Anugerah Penghujung Musim

Piala Anugerah Penghujung Musim

Anugerah Penjaga Gol Terbaik

Anugerah Pertahanan Terbaik
Anugerah Midfielder Terbaik
Anugerah Penyerang Terbaik
Anugerah Super Sub
Anugerah Pemain Terbaik
Anugerah Staf Terbaik
Anugerah Penyokong Terbaik
Anugerah Pasukan Lawan Pilihan
Anugerah Pemain Lawan Pilihan

Para hakim terdiri daripada pengadil-pengadil berkarisma MMU. Oleh itu, segala keputusan adalah muktamad, bermakna sebarang rayuan meminta belas kasihan tidak akan dilayan.

Majulah SRM untuk MMU!

Imbas Kembali 2010


Seminggu sahaja lagi, kempen MMU Premier League 2011 bakal berakhir. SRM FC sedang berada di landasan terbaik dalam perlumbaan memburu kejuaraan pertama mereka sepanjang 3 musim penglibatan kelab dalam arena bola sepak MMU.

Tahun 2010 meninggalkan banyak kenangan manis, masam, pahit dan pelbagai perasaan buat semua pemain SRM FC.

SRM FC tewas pada suku akhir MMU Champions League menentang musuh tradisi Black Emperor menerusi penentuan sepakan penalti. Kemudian sekali lagi tumpas 1-2, kali ini di tangan satu lagi musuh tradisi kelab, Fire&Flames ketika final MMU World Cup Tournament. Kekecewaan masih lagi berbekas di hati setiap pemain sehinggalah sekarang.

Tahun 2010 juga menyaksikan Kenneth naik ditabalkan menjadi kapten baru kelab apabila Luqman, kapten lagenda pertama SRM melepaskan tanggungjawab tersebut setelah berjaya memenangi pilihan raya untuk jawatan kerusi Presiden kelab, mengetepikan Wan Nasrul Ikhwan yang kini berkhidmat sebagai pengurus pasukan.

Seterusnya, di bawah pengelolaan baru, SRM mengumumkan jersi serba oren baru mereka sebagai penambah semangat buat semua pemain dan staff kelab. Jersi lama berwarna kelabu pula kini disimpan baik di Muzium SRM sebagai pameran buat generasi akan datang.

Daripada skop taktik pula, pihak pengurusan kelab, setelah dipersetujui Presiden Luqman, Pengurus Nasrul Ikhwan dan Kapten Kenneth Tan, menukar strategi formasi 4-4-2 kepada 4-1-3-1-1 yang nyata membuahkan hasil yang sangat memuaskan.

Haniff ditukarkan daripada posisi bek kiri kepada posisi sayap kanan manakala Shahrom yang sebelum ini mengisi posisi sayap kiri dievolusikan menjadi penyerang bantuan di belakang Nisham yang berperanan sebagai penyerang tunggal yang sebelum ini memegang posisi penjaga gol pasukan. Kapten Kenneth juga menyesuaikan diri dengan posisi baru, midfielder defensif melindungi barisan pertahanan beliau.

SRM FC juga tidak ketinggalan bergerak aktif mingintai pemain baru dalam setiap tingkap perpindahan. Setelah kehilangan bek kanan berpengalaman Raja yang memilih untuk meninggalkan SRM demi kerjaya beliau, bek kiri Ali yang bersara awal kerana kecederaan, penyerang Acap, Eddy dan Chap yang mencari haluan baru bersama kelab baru mereka, dan akhir sekali penyerang Danny yang kembali menyertai pasukan lama beliau iaitu Phlamze FC, pihak pengurusan kelab berjaya merekrut 4 pemain baru.

Sany, Shawn, Usamah dan Haziq disambut oleh lebih daripada 50 000 penyokong kelab semasa sesi memperkenalkan mereka di Stadium SRMirates. Sany yang boleh ditempatkan di kedua-dua bahagian sayap kiri dan kanan menyertai SRM serentak bersama-sama Shawn, bekas pemain Phlamze FC dan bekas pengurus Salsa FC yang mengisi kekosongan posisi penjaga gol. Usamah, pemain import SRM, mengisi cemerlang posisi sayap kiri namun kelibat beliau semenjak dua menjak ini jarang dapat dilihat atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Haziq pula, rekrut terbaru SRM yang boleh bermain sebagai bek dan sayap kanan pula disambar Presiden Luqman sendiri semasa sesi orientasi pelajar baru MMU.

Tahun 2010 juga menyaksikan peningkatan mendadak jumlah WAGS para pemain SRM FC. Diketua oleh 'The 12th Player' Rinie, wanita-wanita menawan(saya ikhlas) seperti 'Super Go-Lucky' Huda, 'Tremendously Cute' Kema, 'Big Apple Donut Girl' Amal, 'Sweet Candy Smile' Afifah, 'Not So-Spice Girls' Fatin, Syaza, Shaniza, dan Lisa(hahahaha..Baba punya.=p) dan 'Gumiho@Nine Tail Fox' Siti Kamarul(auto-inserted by Google and cannot be deleted.) menceriakan suasana dan atmosfera perlawanan. Mereka sentiasa hadir(sebenarnya kadang-kadang) memberikan suntikan moral kepada setiap pasangan mereka. Thank you very much girls!

Kesimpulannya, daripada 2 musim sebelum ini, kita sememangnya telah 2 kali dikecewakan namun logiknya di sini, kita semakin meningkat. Jika pada musim pertama kita berjaya melangkah ke suku akhir menewaskan kelab-kelab veteran yang lain, pada musim kedua pula kita berjaya maju ke perlawanan final meskipun tewas.

Mungkinkah musim ke 3 ini milik kita? Sama-samalah kita berusaha. Sekian.

Bak kata karam Singh Walia, terbakar kampung nampak asapnya, terbakar perut, pergilah berak.

Majulah SRM FC untuk MMU.

Renungan: Bola itu Indah.

Minggu ini MMU Premier League digemparkan dengan insiden pergaduhan teruk semasa pertembungan klasik di antara Black Emperor dan Victory FC.

Entri ini bukannya bertujuan untuk mengulas atau pun menobatkan pemenang sejati pergaduhan tersebut sebaliknya sebagai peringatan kepada para pejuang SRM supaya mengelakkan apa jua sebarang bentuk provokasi yang boleh menimbulkan perbalahan.

Jika sekadar bertegang urat atau pun bermasam muka ketika permainan berlangsung, itu tidak mengapa kerana sememangnya lumrah di dalam dunia bola sepak. Tetapi tinggalkan semua itu di dalam padang. Jangan dibawa keluar.

Kau tidak semestinya layak digelar pemain bola sepak sepak sebenar jikalau hanya bersandarkan alasan yang kau penyokong sejati Manchester United.

Kau juga tidak semestinya layak digelar pemain bola sepak sebenar jikalau kau hebat menendang bola, menjaringkan banyak gol atau pun memiliki skil-skil mengagumkan.

Kau sekali lagi tidak semestinya layak digelar pemain bola sebenar seandainya kau mempunyai koleksi-koleksi jersi, key chain, kasut bola, boxer bola dan sebagainya daripada pasukan-pasukan ternama dunia di seluruh pelusuk dunia.

Akhir sekali, kau tidak semestinya layak digelar pemain bola sepak sebenar walaupun kau mendabik dada tidak pernah ketinggalan menyaksikan Piala Dunia, Europe Championship, Liga Perdana Barclays dan macam-macam liga lagi.(tidak termasuk Liga Malaysia.)

Kau sememangnya pemain bola sepak sejati apabila:

1) Kau sentiasa mengutamakan semangat berpasukan, bermain sebagai 1 kepala, 1 hati, 1 Malaysia.

2) Kau sentiasa menghulurkan tangan membantu lawan yang tersungkur jatuh kau kasari sambil meminta maaf dengan ikhlas.(Jangan senyum!)

3) Tatkala kau bertengkar kecil, sama ada sesama rakan sepasukan, pihak lawan dan pengadil tidak ketinggalan, kau meninggalkan perselisihan faham tersebut di dalam padang, tidak berdendam membawanya keluar.

4) Ketika kau menjaringkan gol, kau meraihkannya bersama-sama rakan sepasukan yang lain, berpeluk terima kasih, dan sekiranya terdapat penyokong menonton, kau senyum lebar menghargai kehadiran mereka.

5) Ketika pasukan kau dibolosi, kau tidak marah membabi buta menyalahkan rakan-rakan yang lain sebaliknya menepuk bahu mereka dan berkata 'Rilekla, pemain dunia pun kalau main Liga MMU, konpem nervous.".

6) Manusia tidak lari daripada kesalahan. Jika kau terlanjur bersalah, kau terlebih dahulu terang-terang mengakuinya sebagai anak jantan.

7) Kau mungkin mempertikaikan keputusan pengadil tetapi kau tetap menghormati mereka. Sebagai pemain, kau berhak mendapatkan penjelasan daripada mereka dan kau tahu keputusan mereka mesti kau turuti. Ingat, mereka juga manusia.

8) Kau menerima teguran daripada rakan-rakan ataupun pengadil dengan baik walaupun hati muda kau memberontak ingin menurut kemahuan dan nafsu sendiri.

9) Kau menghormati rakan-rakan seperjuangan terutamanya kapten kau, pihak lawan dan barisan pengadil perlawanan lebih daripada diri kau sendiri.

10) Selepas tamat perlawanan, kau akan bersalam-salaman dengan pasukan lawan, meminta maaf jika perlu dan sentiasa memberikan senyuman lebar di kala menang atau pun tewas. Kau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pengadil kerana sanggup datang mengadili perlawanan.

Hakikatnya, 10 perkara di atas sebenarnya bukan ukuran ataupun sukatan untuk menjadi pemain bola sepak. Banyak lagi benda yang boleh diterima akal yang kau sebenarnya boleh fikir sendiri.

10 perkara di atas sebenarnya merupakan antara perkara yang aku gagal lakukan sebagai pemain bola sepak. Oleh itu, jutaan minta maaf daripada aku.

Majulah SRM untuk MMU.

Official: RM50juta ikat 2 Pemain Baru SRM

Dua pemain baru SRM yang dirahsiahkan identiti mereka ketika menandatangani borang perjanjian seumur hidup di mana seorangbermain sebagai ** dan seorang lagi bakal mengisi posisi **.

SRM FC dengan bangganya mengumumkan bahawa pihak kelab telah berjaya mendapatkan tandatangan dua pemain muda MMU dari 2 kelab berasingan dengan jumlah yuran perpindahan yang dipercayai bernilai RM50juta.

Kedua-dua pemain tersebut bakal diperkenalkan kepda umum Selasa minggu depan selepas tamat perlawanan menentang Phlamze FC. Buat sementara waktu, identiti kedua-dua superstar tersebut masih dirahsiakan atas kemahuan pihak atasan. Apa yang pasti di sini, mereka berdua pastinya lelaki dan bukannya perempuan. Kelab tidak lagi berani menandatangani pemain 'perempuan' setelah Kamarul mencetuskan fenomena godaan di kalangan pemain SRM.

SRM FC mengalahkan kelab Manchester United dan Arsenal FC dalam perlumbaan memeterai perjanjian muktamad. Sir Alex Ferguson ketika ditemuramah mendedahkan kekecewaan beliau di atas kegagalan mendapatkan kedua-dua pemain tersebut.

"S**t. It was ridiculous to see both of them refused to sign with my team. Bloody hell."

Update: Khabarnya pasukan peninjau sedang memerhatikan seorang pemain F&F yang berkemungkinan besar bakal menyertai SRM musim depan.

Player Rating: SRM FC 4-1 Genki Noob

Man of the Match: Shahrom 'El Zapatos de Locura' Ermi Herman

Nasrul: 6.5 - Rating turun kali ini keran tiada lagi Gatorade. Sekian.

Shawn: 7 - Ex-Phlamze lebih banyak menghabiskan masa beliau mencabut rumput-rumput togel di hadapan tiang gol sambil menikmati pemandangan punggung tonggek 4 pertahanan beliau. Tersedar daripada lamunan namun semuanya telah terlambat apabila Genki Noob menjaringkan gol saguhati pada minit-minit terakhir permainan.

Meegan: 7 - Bermain dengan sangat baik tetapi kegagalan Meegan mengeluarkan bola dengan kemas menyebabkan SRM dibolosi dan perkara tersebut agak mencacatkan persembahan beliau hari ini.

Faris: 8 - Faris menjaringkan gol sulung beliau sepanjang setahun lebih berkhidmat di bawah naungan SRM FC. Gol pertama tersebut jelas menaikkan semangat dan kesungguhan Faris apabila beliau hampir merobek gawang lawan buat kali kedua namun cubaan tersebut berjaya ditepis keluar.

Shauqie: 7.5 - Buntu menunggu serangan lawan, Shauqie mengambil kata putus untuk menyertai skuad ofensif melancarkan asakan. Sering bersendirian kerana ditinggalkan teman seposisi beliau, Faris.

Aziwan: 6.5 - Persembahan Aziwan kali ini agak mengecewakan. Walaupun kawasan jagaan beliau jarang diceroboh lawan, Aziwan agak gopoh hari ini. Sangat bertuah tidak dilayangkan sebijik kad merah di atas terjahan tinggi beliau yang tepat menujah dahi pemain Genki.

Haniff: 7 - Persembahan yang bagus walaupun masih lagi dilanda demam panas. Pandai membuka ruang luas ke tepi dan melakukan hantaran-hantaran silang berkualiti tinggi. Perlawanan selepas ini memerlukan beliau berada dalam keadaan 100% sihat walafiat.

Kenneth: 7.5 - Boleh dilihat berlari di mana-mana bahagian padang memenangi bola dan membantu serangan. Sememangnya stamina beliau mengagumkan. Cuba mencari gol karier kedua beliau namun sering dinafikan nasib. Mengetua pasukan beliau dengan tenang dan berkarisma.

Luqman: 8 - Luqman.. Luqman.. Luqman.. Ternyata Luqman 2 tahun dahulu kini bangkit semula. Lorongan cantik beliau kepada Shahrom berjaya 'membelah' pertahanan lawan. Berjaya meledak bola masuk ke dalam longkang dan itu sememangnya peningkatan baik kerana sebelum-sebelum ini agak sukar melihat Luqman mendapat peluang melakukan cubaan.

Kamarul: 7 - Percubaan jarak dekat beliau dinafikan goalie Genki Noob yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan. Sering dikasari pemain lawan tetapi sentiasa bangun mengejar bola. Semakin bijak melengah-lengahkan bola sementara bantuan samapai. Syabas!

Shahrom: 8.5 - Diberi ruang yang mencukupi, Shahrom kembali mengganas. 1 gol dan 1 bantuan gol sudah cukup untuk menobatkan beliau sebagai 'Man Of The Match'. Apa lagi yang boleh diperkatakan tentang beliau?? What a classic performance lad.

Nisham: 6 - Persembahan yang kian merundum. Mengikut statistik perlawanan, Nisham mensia-siakan 5 daripada 7 peluang gol SRM FC. Perlu pulang dan ambil masa musahabah diri.

Subtitutions.

Haziq: 7 - Masuk menggantikan Aziwan. Sekali lagi beliau mempamerkan persembahan menggembirakan. Mempunyai 1 peluang menjaringkan gol malangnya volley beliau tersasar sedikit.

Ammar: 7.5 - Menjadi pengganti Shahrom, ternyata Ammar memberikan impak serta merta. Sentuhan pertama beliau merupakan gol ke 4 buat SRM FC. Menakjubkan.

Sany: 7 - Perkara paling ketara mengenai Sany adalah kesungguhan beliau merampas bola kembali. Masuk menggantikan Kamarul, Sany juga mempunyai 1 peluang menjaringkan gol namun sekali lagi goalie Genki cekap menampan percubaan tersebut.

MMUPL: SRM FC 4-1 Genki Noob


Gol daripada Faris, Shahrom Nisham dan Ammar memastikan SRM FC menang selesa ke atas Genki Noob. Ok. Itu sahaja. Malas nak cakap banyak. Masih kecewa walaupun menang besar.

MOTD: Shahrom(1 goal, 1 assist)

Trivia: SRM FC vs Genki Noob


Sedikit previu mengenai lawan SRM FC pada perlawanan ke 8 liga nanti.

Genki Noob ditubuhkan pada tahun 2008, berusia setahun lebih tua daripada SRM FC. Mengikut Pakcik Google, 'Genki' adalah sebuah kedai sushi terkemuka di KLCC manakala 'Noob' pula membawa maksud 'newbie' atau pun pendatang baru. Oleh itu, Genki Noob mungkin membawa maksud 'Kedai Sushi Pendatang'.

Tetapi, perlu diingat bahawa pemain-pemain Genki Noob tidak pandai sama sekali membuat sushi. Mereka juga bukan terdiri pendatang-pendatang asing.

Sebelum ini, SRM FC telah 2 kali bertembung dengan Genki Noob. Perlawanan pertama adalah semasa peringkat kumpulan Champions League 2009 di mana kedua-dua pasukan terikat tanpa gol. Pertembungan kedua pula adalah sewaktu MMU World Cup Tournament 2010 di mana SRM berjaya menundukkan Genki Noob 2 gol tanpa balas.

Pertembungan kali ini, apa pula kesudahannya? Sama-sama kita saksikan esok, pada pukul 5.30 petang di TV1.

Haziq: Saya Seperti Buah Cempedak.

Gambar klasik Haziq sewaktu masih bermain di bwah naungan kampung beliau.


Mungkin ramai yang tidak perasan kehadiran seorang permata baru SRM FC iaitu Haziq. Oleh itu, penulis mengambil kesempatan menemu ramah beliau sewaktu beliau sedang makan di Kedai Makan Macik Kelantan.

*P= Penulis, H= Haziq

P: Siapa kamu?
H: Saya Haziq. Nama Facebook saya Haziq Kama. Saya anak jati Minangkabau.
P: Bagaimanakah terdetik di hati Haziq untuk menyertai SRM FC?
H: Pada awalnya, saya telah tekad untuk tidak melibatkan diri dalam apa jua aktiviti selain belajar. Saya ingin jadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun, kehadiran Luqman di dalam hidup saya mengubah pendirian dan prinsip saya. Beliau banyak memberikan nasihat dan bimbingan yang berguna kepada saya. Beliau jugalah yang meyakinkan saya untuk masuk menyertai SRM FC.
P: Oh begitu. Sebelum bermain untuk squad SRM FC, Haziq pernah tak bermain untuk mana-mana pasukan bola sepak?
H: Ada. Dulu saya mewakili kampung saya ke Kejohanan Terbuka Piala Ketua Kampung dan syukur alhamdulillah, kampung saya menjadi juara 3 tahun berturut-turut. Medal-medal kemenangan masih lagi saya simpan elok-elok di dalam loker seblah tabung duit saya.
P: Jika dilihat daripada sambutan hangat yang ditunjukkan penyokong terhadap kedatangan kamu, majoriti daripada mereka peminat-peminat perempuan. Apa komen Haziq?
H: Oh minta maaf. Saya masih belum bersedia untuk memasuki dunia percintaan. Cukuplah sekadar kawan. Dan kepada peminat-peminat semua, terima kasih dan teruskanlah menyokong saya.
P: Persembahan kamu semakin lama semakin baik. Apakah rahsia peningkatan kamu Haziq?
H: *Gelak kecil* Saya rasa masih banyak yang perlu saya tingkatkan. Saya umpama buah cempedak di luar pagar. Perlu dijolok dahulu sebab saya masih belajar. Kalau ada salah silap tu, tolong tegur dan maafkan.
P: Ok Haziq. Soalan terakhir, apakah harapan Haziq? Maksud saya kepada pasukan SRM FC.
H: Pertama-pertama sekali, saya harapkan kita menang liga musim ini. Then, majulah SRM Fc untuk MMU. Kepada peminat-peminat saya, teruskan menyokong saya. Tanpa anda semua, siapalah saya. Terima kasih.
P: Terima kasih Haziq.
H: Sama-sama.

Untuk pengetahuan semua, Haziq dipancing masuk ke dalam squad SRM dengan yuran perpindahan berjumlah RM0juta. Sekian.

Aziwan: Saya sedih..=,(

Tidak akan sempurna seorang lelaki tanpa seorang perempuan di sisinya.- Aziwan


Bek kiri SRM FC, Aziwan melahirkan rasa sedih beliau di atas sikap sesetengah pemain bola sepak yang kurang menghormati pengadil. Ditemui ketika sedang membasuh kereta Myvvi putih beliau, Aziwan memberikan sedikit pandangan beliau mengenai insiden kontroversi tersebut.

"Memang saya sangat sedih. Pedih hati kecil ini melihat pengadil dimaki dan diherdik sebegitu rupa. Beliau hanya menjalankan tugas amanah beliau." tegas beliau penuh emosi.

Tambah beliau lagi,"Perlu diingat, pengadil juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan. Seperkara lagi, bukan salah beliau tidak dapat berbahasa Inggeris sebaliknya salah pemain-pemain luar yang tidak pandai berbahasa Melayu yang menyebabkan masalah komunikasi timbul."

"Sebagai pencinta pengadil, saya menyeru kepada semua agar lebih menghormati dan menerima sebarang keputusan mereka. Sekiranya tidak berpuas hati, salurkan di jalan yang betul. Jangan mengikut hawa nafsu amarah semata-mata. Be patience guys. Insya Allah, Insya Allah, you'll find the wayyyyyyyy.." kata beliau sebelum mengakhiri perbualan beliau dengan alunan merdu serangkap lagu Maher Zain.

Player Rating - SRM Fc 1-0 Cyberheat

MAN OF THE MATCH: FARIS 'THE BEAUTY BEAST' NASRUDIN

Nasrul: 8 - Pengurus SRM ini pastinya berkeringat jagung tidak senang duduk melihat anak-anak buah beliau berhempas-pulas menahan asakan bertali arus daripada Cyberheat. Walaupun begitu, Nasrul sentiasa memberikan kata-kata semangat buat squad kendalian beliau supaya terus berjuang memburu kemenangan. Sememangnya beliau layak digelar 'The Special Wan'. Menyumbangkan tenaga membawa lebih sepuluh botol Gatorade pelbagai perisa yang ditaja Cik Rasya. Terima kasih. =)

Shawn: 7.5 - Shawn membayar kepercayaan rakan-rakan beliau dengan memberikan persembahan yang sungguh cemerlang. Meskipun diuji bertalu-talu, beliau tetap tenang menampan segala percubaan pemain lawan. Wajar diberikan pujian tinggi di atas sumbangan beliau mengatur dan mempertahankan gawang pasukan. Perlu mengekalkan prestasi beliau sehingga ke akhir musim!

Haziq: 7 - Kecil-kecil cili padi taik burung, Haziq tidak gentar berhadapan pemain lawan yang 3 kali ganda lebih besar daripada beliau. Walaupun pendiam, Haziq berkomunikasi baik dengan pemain pertahanan yang lain. Dikeluarkan pada pertengahan permainan tanpa sebab yang diketahui. Ternyata mutu permainan beliau semakin matang perlawanan demi perlawanan. Tahniah!

Faris: 8 - Antara faktor pertahanan mantap SRM, Faris sekali lagi menunjukkan permainan yang penuh berkualiti. Berhadapan dengan pemain yang lebih besar daripada beliau, Faris tidak mengalah dalam setiap perebutan bola. Dominan di udara, beliau seringkali menghampakan hantaran tinggi pemain lawan, menanduk bola keluar dari zon berbahaya. Mempunyai satu peluang untuk menjaringkan gol semasa sepakan sudut SRM, namun nasib tidak menyebelahi 'Beauty Beast' apabila tandukan padu beliau tepat menuju ke tangan penjaga gol lawan.

Shauqie: 8 - Beliau membentuk persefahaman yang tinggi dengan Faris. Beliau berhempas-pulas mengejar bola lorongan berbahaya pihak lawan dan mengawal ketat pergerakan pemain Cyberheat terutamanya ketika sepakan sudut dan sepakan percuma. Sama seperti Faris, 'The Ongbak of Malaya' acapkali memenangi bola di udara. Memiliki kelebihan sepakan yang kuat, beliau juga sering membantu melancarkan serangan kilat. Aset berharga buat SRM FC!

Aziwan: 7.5 - Aziwan dilihat kerap meninggalkan posisi beliau menyebabkan pemain lawan mempunyai ruang dan peluang untuk melancarkan serangan. Namun, beliau tetap cekap membentes bola serangan pemain Cyberheat. Sedikit malang buat beliau apabila terpaksa berhadapan dengan beberapa pemain berkelas tinggi Cyberheat yang sentiasa melakukan taktik gerakan mengelirukan. Situasi ini sebenarnya penting sebagai pengalaman buat beliau. Keseluruhannya, El Bieber beraksi baik dan peningkatan beliau pada musim ini sangatlah ketara. Kekalkan!

Kenneth: 7.5 - Perisai jitu kepada barisan pertahanan SRM FC. Kesungguhan dan kecekalan beliau amat-amat mengagumkan. Mendapat nama jolokan 'The Chipmunk Golden Voice' kerana kecomelan suara beliau di dalam padang, Kenneth memimpin rakan-rakan beliau dengan sungguh baik. Pujian tinggi seharusnya diberikan kepada Kenneth di atas kesanggupan beliau melontarkan diri menahan setiap percubaan berbahaya lawan. Meskipun sering tersungkur dikasari, Kenneth sentiasa bangkit semula melindungi kawasan beliau. Contoh tauladan yang baik.


Luqman: 7.5 - Anak jati Terengganu ini merupakan nadi, jantung, peparu dan medula oblongata buat squad SRM FC. Sesuai dengan gelaran 'La Phenomenon Architecto', beliau menjadi perancang dan penggerak bahagian serangan pasukan. Kawalan bola dan sentuhan yang kemas adalah resepi visi beliau. Malangnya, Luqman sering dikecewakan oleh barisan serangan yang sering kali mensia-siakan peluang ciptaan beliau. Sekiranya SRM mempunyai seorang lagi pemain tengah bantuan, Luqman berpeluang cerah mengulangi kualiti permainan fenomena beliau seperti dua tahun yang lalu bersama Dettol FC.

Haniff: 6.5 - Bermain dalam keadaan kurang sihat ternyata membawa kesan besar terhadap persembahan beliau. Masalah demam mengejut dilihat sungguh ketara membataskan larian beliau. Semangat untuk tetap bermain walaupun kurang sihat membuktikan kesungguhan beliau dan inilah 'spirit' yang seharusnya dimiliki oleh setiap pemain bola sepak. 'Mini Fellaini'(lihat stail rambut beliau) digantikan oleh Meegan pada separuh masa kedua kerana kehabisan oksigen.

Kamarul: 7 - 'The
Sexy Incredible Pikachu' memainkan peranan penting dalam kemenangan SRM kali ini. Bola tendangan beliau terkena tangan pemain Cyberheat menyebabkan SRM diberikan sepakan penalti. Bukan sahaja bertindak sebagai simbol keseksian kemegahan SRM FC, Kamarul merupakan pemain squad yang paling banyak memenangi 'foul'. Beliau semakin pandai bertarung fizikal ketika di katil di padang. Hantaran lintang beliau juga semakin bermutu tinggi hari demi hari. Syabas Pikachu!

Shahrom: 7 - Shahrom agak tenggelam pada perlawanan kali ini. Kelajuan dimiliki beliau menyebabkan beliau sering dijadikan sasaran kekasaran. Pihak lawan seperti mengetahui yang mereka perlu mematikan pergerakan beliau kerana jika Shahrom diberi ruang dan masa untuk bergerak bebas, mereka seperti menempah kekalahan. Digelar 'El Zapatos de Locura', Shahrom sentiasa berusaha mencari ruang namun kudrat dan tenaga pemain Cyberheat mengatasi kesungguhan beliau.

Nisham: 6.5 - Sekali lagi, beliau mempamerkan prestasi permainan yang sedikit mengecewakan. Sentuhan pertama dan kawalan bola yang kurang baik, ditambah lagi dengan kemalasan beliau mengejar bola, mencacatkan mutu persembahan beliau kali ini. Walaupun menjaringkan gol tunggal perlawanan, 'Die Chamakh Nachahmer' dilihat perlu mempertingkatkan mutu dan kualiti beliau agar tidak mengecewakan rakan-rakan yang lain. Kecenderungan untuk menekan moral pemain lain juga merupakan kelemahan terbesar beliau. Anstieg junge steigen!!

Subtitutions.


Meegan: 7 - Masuk menggantikan Haniff ketika separuh masa pertama. Memberi ekstra pelindung kepada benteng pertahanan, Meegan mengawal dan mengawasi setiap pergerakan lawan meskipun kadang kala beliau berjaya dilepasi dengn mudah. Berhadapan situasi yang sama dengan Aziwan, beliau terpaksa bekerja keras membentes pemain sayap Cyberheat yang sungguh licik ala-ala Messi. Beliau juga melegakan penonton kerana sering mengeluarkan bola dari kotak penalti pada saat-saat mencemaskan. 'The Next Sivaji' dilihat semakin hampir mencapai potensi sebenar beliau. Keep it up!

Sany: 7 - Beliau menggantikan Haziq juga pada pertengahan separuh masa kedua. Kali ini beliau dilihat tertekan dengan begitu ketara ekoran desakan yang agak keras dari Nisham. Sememangnya tidak mampu menandingi fizikal pemain warganegara UAE dan benua Africa, Sany mengambil jalan selamat dengan menendang bola jauh dari zon kotak penalti. 'Bel Ragazzo' perlu bekerja lebih keras lagi. Tutti i migliori!


Entri ini bukan bertujuan untuk membodek atau pun mengampu sesiapa. Mereka yang beraksi bermati-matian demi untuk menang wajib diberikan pujian. Setiap komen adalah berdasarkan pemerhatian penulis memandangkan penulis kurang bergerak di atas padang sekaligus memberi peluang untuk penulis memerhatikan gaya permainan setiap pemain SRM. No hard feelings okay guys?

Majulah SRM FC untuk MMU.