SRM bakal bertemu Black Emperor

Persoalan mengenai siapakah yang bakal menjadi lawan SRM FC pada peringkat separuh akhir nanti telah terjawab.

Black Emperor menundukkan Yemen FC 2 -0, sekaligus melayakkan diri ke separuh akhir menentang tidak lain dan tidak bukan,
SRM FC, pasukan yang pernah mereka tewaskan melalui sepakan penalti pada suku akhir MMU Champions League musim lalu.

Jose Maurinho, jurulatih baru Real Madrid CF bahawa perlawanan di antara SRM FC dan Black Emperor
nanti sememangnya sesuatu yang epik dan beliau juga mengakui bahawa sukar bagi beliau untuk meramalkan pemenang
perlawanan tersebut. Beliau melabel perlawanan tersebut sebagai El Awesomico.

"Ianya perlawanan yang epik. Dua pasukan berlainan stail bertembung dan ia bakal menjadi pertemuan yang sangat sengit.
Jika di Liga Primera ada El Classico(Real Madrid vs Barcelona), di MMU pula kita bakal menyaksikan El Awesomico!"

Siapakah yang bakal berjaya merebut tiket ke perlawanan akhir MMU World Cup Tournament edisi 2010 nanti? Adakah gergasi Black Emperor? Atau si kerdil SRM FC?? Sama-samalah kita nantikan....

SRM FC 2-0 Bahrain

Sejarah tercipta buat SRM FC apabila mereka berjaya layak ke separuh akhir MMU World Cup Tournament edisi 2010 setelah menundukkan pasukan
Bahrain 2-0 dalam perlawanan yang agak baran Selasa lepas.

Bijak mendominasi perlawanan, SRM melancarkan serangan kilat bertubi-tubi namun gagal mencari sebarang gol akibat gerakan penyudah yang kurang berbisa.
Gol pertama SRM dijaringkan Nisham, terima kasih kepada pertahanan pasukan Bahrain yang kalut sekaligus gagal mengeluarkan bola sepakan sudut dari Shahrom.
Separuh masa kedua pula menyaksikan gaya permainan SRM agak kurang teratur namun itu tidak bermakna mereka buntu
melancarkan serangan demi serangan ke atas pasukan lawan. Berkat semangat teguh dan kesepaduan, akhirnya gol kedua SRM hadir selepas
pemain gantian Sany, bijak memperdayakan lawan kemudian melorongkan bola kepada Nisham untuk beliau menolak mudah ke dalam tiang gol Bahrain.
SRM mempunyai sekurang-kurangnya 8 peluang untuk menjaringkan gol tetapi sayangnya disia-siakan.

Kejayaan melangkah ke separuh akhir amat bermakna sekali bagi skuad SRM kerana ini merupakan separuh akhir pertama mereka sejak kelab ini ditubuhkan
6 bulan yangg lalu. Musim lalu mereka membuat kejutan dalam arena bola sepak MMU namun tersungkur pada peringkat suku akhir di tangan Black Emperor.
SRM bakal bertemu pasukan Yemen atau pun musuh tradisi mereka, Black Emperor dalam saingan peringkat separuh akhir yang bakal diadakan 2 minggu lagi.

Tahniah kepada semua!

MMUWCT SUKU AKHIR: SRM FC VS BAHRAIN!!

Perlawanan esok bakal menentukan sama ada SRM berjaya layak ke separuh akhir ataupun sekadar mengulangi sejarah terkandas di suku akhir seperti musim lalu.

Walaupun berjaya menang selesa ke atas Genki minggu lalu, tetapi persembahan SRM agak hambar dan kurang meyakinkan. Presiden SRM sendiri, Luqman tidak berpuas hati di atas gaya permainan SRM yang beliau katakan sedikit lambat dan kurang komunikasi dalam padang.

Lawan SRM di suku akhir nanti yang bakal berlangsung pada petang esok, adalah Bahrain yang sebelum ini menang mudah ke atas Kacang FC. Selepas membuat sedikit tinjauan dan intipan secara sulit, KK mendapati bahawa kebanyakan pemain-pemain Bahrain adalah bekas pemain pasukan finalis Champions League musim lalu iaitu Victory FC.

Perbezaan paling ketara antara SRM dan Bahrain pastinya dari segi fizikal yang mana Bahrain dilihat mempunyai sedikit kelebihan. Tetapi jangan dilupa, SRM mempunyai pemain-pemain yang berbakat dan sukacita juga dinyatakan di sini bahawa skil dan kehebatan tidak berguna sekiranya tidak disertakan dengan taktik yang betul dan tepat.

Kombinasi bakat para pemain dan taktik jitu merupakan senjata utama SRM FC. Namun, senjata tersebut juga pastinya kurang berkesan tanpa kerjasama dan perpaduan dalam permainan. Kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri harus dimanfaatkan SRM sebagai penyuntik semangat juang ke arah kemenangan.

Oh ya, kepada yang belum menjelaskan RM10 kepada KK, sila jelaskan esok! Jangan sampai KK mengamuk. Perlawanan akan bermula pada pukul 5.30 petang. Oleh itu, persiapkan diri anda secepat yang mungkin15 minit sebelum perlawanan dan berada di atas padang selewat-lewatnya bermula bagi tujuan atas panas(warm-up). Pesanan Presiden Luqman pula, silalah memakai stoking panjang dan shin guard bagi menunjukkan tahap keprofesionalan pasukan SRM. Lagipun, esok ada photoshoot.

Sekian, selamat maju jaya!


Transfer Talk: Ins & Outs..

Official

IN: Sany(free agent), Danny(Phlamze FC, €11M), Shawn,(Phlamze FC, €9M), Usam(free agent)

OUT: Chap(Spirullina FC, €9M), Acap(Nusantara FC, free transfer), Amir Hamzah, Raja and Zumi(retired ), Fathi(unknown).

Rumours

IN: Bobot(Dettol FC), Zul Saya Kapten(Fire&Flames), Pian(Seryes FC), Sanjiv(Phlamze FC), Mahen(Nemesis).

OUT: None.

Glamour: SRM Boys dan WAdS Mereka...(Bhgn. 1)

Sany yang comel.

Jika pemain dunia seperti Lampard, Gerrard, Buffon, Casillas, atau Schweinsteiger mempunyai WaGS(Wife and Girlfriends), pemain-pemain SRM pula ada WAdS(Wanita dan Skandal).

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan pemain SRM FC telah dimiliki dan buat pertama kalinya, penulis bakal mendedahkan identiti pasangan mereka. Ya, ini berita yang agak menyedihkan bagi peminat-peminat wanita ataupun mungkin segelintir peminat lelaki.

Enjoy everyone..=)

p/s: Ini hanyalah gurauan k.. Jangan ada pulak yang emo.. hehehe..=)

KK di zaman muda remaja.

Bravo Danny...

Aziwan diam-diam ubi berisi..

Eddy segak berbaju raya..

Ali Cafe??hahaha

Eddy Telah Ber'baby'??


Eddy merupakan antara pemain SRM yang paling pendiam dan senyap tanpa sebarang gosip-gosip liar. Tetapi, gambar kontroversi ini menimbulkan seribu pertanyaan kepada semua orang.

Anak beliaukah baby itu? Jika benar, bila pula beliau berkahwin? Tak masuk dek akal itu anak beliau kerana beliau sendiri mengaku dulu yang beliau masih solo. Kalau itu anak beliau, di mana gerangan ibunya? Atau mungkin saja anak kecil itu hanya diangkat? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran bukan sahaja orang ramai, malah penulis sendiri buntu mencaru jawapan.

Gambar ini mula tersebar 2 hari yang lalu tetapi baru sahaja disedari penulis pagi tadi setelah laman sosial paling popular, Facebook mengeluarkan kenyataan bahawa gambar ini merupakan gambar yang paling banyak di'muatnaik'(upload) oleh pengguna sepanjang sejarah penubuhan Facebook. Google pula mencatatkan lebih kurang 80 juta pengguna internet menaip 'Eddy's baby' pada engin pencarian Google sejak seminggu lalu.

Tumpuan dunia kini telah beralih arah. Bukan lagi mengenai kehangatan video panas Ariel Peterpan ataupun kehebatan psikik Paul The Octopus. Semalam, TV3 melaporkan tunjuk perasaan yang berlaku di beberapa negara seluruh dunia seperti Perancis, England, Sepanyol malah Indonesia yang mana rata-rata penunjuk perasaan inginkan penjelasan mengenai status Eddy dan baby tersebut. 'Mettre les pieds dans le Eddy's baby??!!', 'It's my baby with Eddy!!', 'Bravo Eddy!!' dan 'Ganyang Malaysia, selamatkan Eddy dan baby nya!' adalah antara papan-papan sepanduk yang diarak paa pnunjuk perasaan serata dunia.

Eddy pula gagal dikesan. Penulis cuba menghubungi nombor telefon beliau tetapi tidak berjawab. Kehilangan Eddy memarahkan lagi keadaan. Adakah Eddy hilang ataupun dihilangkan?? Sekiranya sesiapa yang ternampak kelibat Eddy, sila hubungi penulis secepat mungkin di blog ini.

Eddy, kembalilah........

Usham: SRM Rumahku, Syurgaku.


"Ianya seperti mimpi menjadi kenyataan. Saya masih tidak percaya SRM berminat mendapatkan tandatangan saya. Saya berterima kasih sangat kepada KK." jelas pemain baru SRM, Usham yang bermain sebagai sayap kiri selepas ditanya tentang perasaan beliau menyertai SRM dan membuat penampilan sulung semalam.

"Semasa kecil, saya sering mengumpul duit untuk membeli tiket semata-mata untuk melihat pasukan SRM beraksi. Tidak pernah terlintas sekali pun di fikiran saya yang saya akan bermain di samping pemain-pemain pujaan saya seperti Luqman, Shahrom ataupun
Faris. Buat pengetahuan semua, saya mempunyai sebuah poster gergasi pasukan SRM 2009-2010 yang masih terlekat kemas di dinding bilik sampailah sekarang."

"Saya sangat puas hati bermain perlawanan pertama saya. Rakan-rakan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan melayan saya seperti telah bertahun kenal. Saya rasa inilah keistimewaan SRM FC. Semua orang sama tanp mengira kedudukan ataupun kekayaan. Pilihan saya memang tepat!"

Kehadiran Usham memberikan saingan sengit buat Kamarul. Kedua-dua mereka semestinya akan berusaha meningkatkan skil dan kemahiran bagi merebut posisi sayap kiri.

Lawan SRM di peringkat suku akhir adalah di antara Bahrain atau pun Kacang. Mampukah SRM menamatkan 'Sumpahan Suku Akhir'
yang sering membelengu mereka? Sama-samalah kita nantikan.

Rating: Genki Noob 0-2 SRM FC


Shawn- 7: Petang yang agak selesa untuk penjaga gol baru SRM ini. Menunjukkan tahap ketenangan yang tinggi walaupun pertama kali beraksi mewakili SRM. Melakukan tampanan hujung jari bagi menafikan percubaan penyerang lawan.

Aziwan- 7: Agresif dan keras. Berhubung sangat baik dengan Shauqie walupun kadang-kadang lari daripada posisi beliau. Memperoleh kad kuning pertama untuk SRM selepas tidak sengaja melakukan kekasaran.

Shauqie- 8.5: Pertahanan terbaik perlawanan. Berjaya mematahkan serangan demi serangan Genki. Kerap dikasari namun masih mampu bertahan. Gandingan beliau bersama Faris boleh dikatakan merupakan duo pertahanan terbaik MMU.

Faris- 8: Tidak boleh dinafikan lagi, bola di udara adalah milik beliau. Sangat-sangat boleh dipercayai oleh rakan sepasukan yang lain. Laju dan bertenaga, beliau menjadi punca mengapa serangan Genki kebanyakannya tidak menjadi.

Haniff- 7: Tenang dan bersahaja, beliau berjaya membuktikan bahawa seorang pertahanan yang berkualiti, tidak semestinya perlu keras ataupun kerap melakukan bentesan. Bijak mencari kelemahan lawan dan tidak terburu-buru. Juga merbahaya semasa membuat serangan.

Kenneth- 7: Menggalas tanggungjawab sebagai kapten baru SRM tidak menjadi maslah buat beliau bahkan beliau berjaya mengatur permainan dengan begitu baik sekali. Cuma agak kurang berkomunikasi dengan Luqman, tidak seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini di mana mereka berdua bermain bagaikan Iniesta dan Xavi. Anyway, congrats boss!!

Luqman- 9: Apa lagi yang mampu saya katakan?? Sepakan sudut beliau melencong cantik masuk ke dalam tiang gol. Beliau adalah fenomena alaf baru. Simply brilliant!

Shahrom- 7.5: Menjadi mangsa kekasaran kerana kerap men'dummy' kan lawan. Larian yang tepat, ditambah lagi dengan hantaran yang cantik memningkan pertahanan lawan. Tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol pada awal separuh masa pertama. Khabar angin mengatakan beliau mempunyai satu penyakit pelik?

Usham- 7.5: Pemain baru yang tinggi lampai ini berjaya memikat hati penyokong dengan kelajuan dan skil menggelecek beliau. Sememang nya pembelian yang sangat berbaloi. Cuma agak kerap melakukan ofsaid. Apa-apa pun, tahniah!

Nisham- 6.5: Bermain sebagai striker, beliau dilihat lebih banyak berjalan daripada berlari mengejar bola. Sentuhan prtama yang kurang baik, tandukan yang agak lemah, dan lambat membuat keputusan merupakan antara kritikan yang beliau terima. Perlu meningkatkan lagi stamina.

Danny- 7: Berperanan sebagai 'feeder', striker baru SRM ini nyata memberi nafas baru kepada corak serangan SRM berbanding musim lalu. Bijak membuka permainan dengan melorongkan bola ke kiri dan ke kanan padang. Beliau dikecewakan dengan permainan kurang bertenaga daripada partner beliau, Nisham. Anyway, nice bro!

Subtitutions:

Kamarul- 7: Masuk menggantikan Usham tetapi serta-merta mendapat tepukan dan sorakan gemuruh penonton. Bermain dengan seluar yang sangat pendek sehinggakan menampakkan paha putih beliau, menyebabkan pemain lawan sukar memberikan tumpuan dalam padang. SRM memperoleh gol kedua hasil kebijaksanaan beliau memperdaya pemain lawan, sekaligus membuka laluan untuk Luqman melorongkan bola kepada Ammar.

Ammar- 7.5: Menjaringkan gol beliau yang pertama sepanjang bergelar pemain SRM. Menyempurnakan bola hantaran Luqman dengan tenang dan penuh keyakinan. Tahniah!

Eddy- 7: Menjadi pengganti kepada Nisham, beliau bermain dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Rajin berlari mengejar dan mendapatkan bola malah memberi tekanan kepada pertahanan lawan.

Sany- 7: Memiliki bola lintang yang agak bagus, pengganti Shahrom ini bermain seperti bersantai di tepi pantai. Jelas sekali beliau gemuruh mungkin kerana pertama kali beraksi di peringkat antarabangsa. Juga merupakan pembelian berbaloi SRM.

Genki terkulai lemas di tangan SRM..

Genki akhirnya terkulai layu di tangan SRM..

Perlawanan semalam menyaksikan hanya dua gol dijaringkan SRM tetapi jangan dilupa bahawa kedua-dua gol adalah luarbiasa. Genki pula menemui jalan buntu menembusi pertahanan kemas dan ketat SRM yang tidak memberi sebarang ruang kepada penyerang Genki untuk melakukan percubaan bahaya.

Bermula dengan agak laju, SRM mengasak melakukan serangan bertubi-tubi namun gagal menghasilkan sebarang gol sehinggalah separuh masa pertama tamat. Separuh masa kedua dikuasai SRM FC yang melancarkan serangan dari kiri dan kanan padang. Gol pertama SRM hadir melalui sepakan sudut yang terus sahaja menerjah masuk ke dalam tiang gol Genki yang pastinya membuat para pemain Genki terkesima seketika. Gol tersebut dijaringkan oleh tidak lain dan tidak bukan, Presiden Luqman yang sebelum ini pernah menjaringkan gol seumpama itu musim lepas. Manakala gol kedua pula dijaringkan oleh Ammar hasil komunikasi cemerlang antara beliau dan juga Luqman. Bola hantaran tepat Luqman ditambah dengan larian bijak Ammar berjaya menyebabkan barisan pertahanan Genki termakan pereangkap ofsaid mereka sendiri.

Wisel penamat dibunyikan menandakan SRM layak ke suku akhir yang bakal diadakan minggu depan. Lawan seterusnya adalah di antara Bahrain ataupun Kacang. Terima kasih semua!

MMUWCT: SRM FC VS GENKI NOOB!!

Petang ini bakal menyaksikan perlawanan pertama SRM FC dalam MMU World Cup Tournament di mana mereka bakal bertemu musuh tradisi Genki Noob. Sekiranya SRM menang, mereka secara automatiknya melayakkan diri ke peringkat suku akhir menentang
pasukan Bahrain ataupun Kacang.

Kapten Kenneth selaku ketua pasukan SRM yang baru telah mengambil langkah pertama dengan melancarkan perang psikologi ke atas lawan Genki. Kedua-dua pasukan ini pernah bertembung musim lalu dan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan di mana SRM dilihat lebih mendominasi perlawanan.

" Saya sula mengkaji itu team Genki Noob. Hasil penyelidikan saya, saya suda meleka sebuah taktik yang bakal saya beli nama 'Senyuman Malol'. KK suka buat itu kejutan dan sula pastinya taktik baru ini penuh dengan itu kejutan. Kepada semua pemain, main la bersungguh-sungguh. Tunggu dan lihat lorrhhh.."

Perlawanan yang berlangsung di Noobie Park ini akan bermula pada pukil 5.30 petang dan berakhir sebelum waktu maghrib masuk. Pengadil yang bakal mengadili perlawanan ini tidak lain tidak bukan adalah Howard Webb, pengadil final Piala dunia.

Dikhabarkan bahawa, pemain England Steven Gerrard yang sedang bercuti di negara ini mungkin akan datang menonton dan menyokong pasukan SRM FC. Sepuluh buah bas juga telah disediakan pihak pengurusan SRM berikutan permintaan penyokong yang sangat menggalakkan.

Pengulas terkenal, Hj Hasbullah Awang telah sukarelanya menawarkan diri untuk mengulas perlawanan ini nanti yang juga disiarkan secara langsung di TV9, tepat-tepat selepas kartun Wonderpet tamat.

Semua orang dijemput hadir.

SRM FC vs Genki Noob
Selasa, 5.30 petang.
Padang belakang MMU.

Akhir sekali, majulah sukan, mundurlah kemiskinan!

Meegan Sangat Suka SRM FC!


Meegan The Matador komited bersama SRM FC...

Bek kanan Meegan yang sedang dalam pemerhatian beberapa kelab elit akhirnya memilih untuk kekal bersama SRM FC untuk 4 tahun lagi. Beliau menandatangani kontrak yang menyaksikan beliau memperoleh pendapatan RM60 000 seminggu sekaligus menamatkan spekulasi masa depan beliau.

Meegan bermain dalam hampir kesemua perlawanan SRM musim lalu dan mempamerkan persembahan yang sangat baik sehinggakan kelab-kelab besar seperti Nemesis, Salsa dan juga Black Emperor dilaporkan berusaha mendapatkan khidmat beliu.

Ketika selesai menandatangani kontrak, Meegan memberikan sedikit ucapan terima kasih kepada SRM FC terutamanya KK yang banyak memberi tunjuk ajar kepada beliau.

" Vanakkam. Salam 1 Malaysia semua. Saya kaya! Ayyooo! Ini macam saya mau main sama SRM sampai tua la. Gaji manyak tinggi. Jutaan terima kasih kepada KK kerana banyak menolong saya dalam dan luar padang. I lobiu la KK! Terima kasehhh! "

Walaupun memiliki gaya permainan yang agak agresif, namun tiada siapa menyangka bahawa Meegan sebenarnya seorang yang hati lembut, jiwa klasik semasa berada di luar padang. Ini terbukti apabila beliau dilihat mengalirkan air mata sewaktu berpelukan bersama KK sejurus tamatnya majlis. Sebab beliau menangis masih lagi tidak diketahui sehingga sekarang.

Apa-apa pun, majulah sukan mundurlah kemiskinan.




Shawn, Sany, Usham dan Danny gembira dengan sambutan yang diterima mereka..

Persis majlis perasmian Piala Dunia bulan lalu, upacara memperkenalkan empat pemain baru SRM FC yang diadakan semalam mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Kehadiran lebih 50 000 penyokong SRM FC yang datang entah dari mana, menggamatkan Stadium SRMirates. Upacara dimulakan dengan persembahan yang mantap daripada Shakira yang merancakkan lagi suasana dengan lagu Waka-Waka beliau. Hadirin semua menari, bergelek dan bergelak ketawa riang ria sungguh gembira mengikut rentak Waka-Waka. Selepas Shakira, dikir barat bimbingan Tok Pijie mengambil tempat. Gemersik alunan bunyi gong dan gendang ibu, ditambah lagi dengan pergerakan unik awak-awak, berjaya menambat hati penonton sekaligus mengembalikan nostalgia kegemilangan dikir barat pada zaman dahulu.

Sebelum empat pemain baru dipersembahkan, Presiden Luqman terlebih dahulu menyampaikan ucapan ringkas beliau. Beliau mengharapkan agar SRM FC lebih berjaya pada masa akan datang dan menyeru para penyokong supaya sentiasa kekal bersama SRM FC tidak kira susah atau senang.

" SRM FC mempunyai banyak potensi tersembunyi. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk mengetengahkan bakat dan membuktikan kemampuan kita. Perlihatkan keupayaan kita kepada umum. Nescaya selamat dunia akhirat. Para penyokong sekalian, sentiasalah bersama kami. Jatuh bangunnya kami, kami tetap memerlukan anda. Sekian."

Upacara ditamatkan dengan kesemua pemain-pemain SRM FC kecuali Nisham naik ke pentas mennyanyikan lagu tema MMU. Semangat dan keazaman yang teguh jelas terpampang pada muka setiap pemain. Ketiadaan Nisham menimbulkan seribu satu pertanyaan di kalangan penyokong-penyokong yang hadir.

Akhir sekali, majulah sukan mundurlah kemiskinan.

Official: Four New Players For SRM FC!

SRM FC berjaya rekrut 4 pemain baru...

Sebagai mengotakan janji beliau, Presiden Luqman telah berjaya mendapatkan tandatangan daripada 4 orang ahli pasukan baru SRM FC hasil pantauan ketat dan berterusan daripada kapten Kenneth tengah hari tadi. Shawn, Sany, Usham dan Sany masing-masing bersetuju untuk terus kekal di SRMirates sehingga 2015. Yuran perpindahan mereka berempat masih belum didedahkan tetapi menurut satu sumber yang bole dipercayai, sejumlah RM90k telah dibelanjakan untuk mendapatkan mereka.

Bekas penjaga gol Phlamze FC, Shawn, menyertai SRM setelah dipujuk rakan senegara beliau yang juga merupakan kapten SRM, Kenneth. Shawn tampil 112 perlawanan mewakili Phlamze dan mempamerkan aksi yang mengagumkan. Paling dingati adalah aksi akrobatik beliau menyelamatkan bola rembatan kencang Dollah Salleh tidak lama dulu. Sany, pemuda beperwatakan malu-malu kucing pula disambar SRM semasa sesi ujibakat bersama KK bulan lalu. Anak kelahiran Johor ini mengakui bahawa kemahiran beliau dalam seni kuda kepang banyak mempengaruhi stail dan cara permainan beliau sebagai pemain sayap. Sebelum menyertai SRM, Sany berlatih bersama pasukan Salsa FC dan hampir mengikat kontrak bersama kelab tersebut namun mujurlah beliau berjaya dipujuk Nisham melalui pendekatan psikologi, seperti yang kita maklum, merupakan salah satu kepakaran Nisham.

Usham dan Danny pula bersetuju menjadi pemain SRM setelah mengadakan 'open discussion' bersama KK. Kewibawaan KK merupakan faktor utama memikat hati duo panas ini. Pada mulanya, mereka ragu-ragu untuk menyertai SRM tetapi selepas berjumpa dan bersemuka KK, mereka yakin bahawa SRMirates adalah pentas yang tepat untuk mencurahkan bakti kepada bangsa dan negara.
Tidak banyak yang diketahui tentang mereka tetapi yang pastinya mereka lelaki tulen, satu rahmat buat Kamarul.

Upacara memperkenalkan mereka berempat sebagai ahli baru SRM FC bakal diadakan malam ini bertempat di Stadium SRMirates. Presiden Luqman telah mengesahkan bahawa penyanyi Latin terkenal, Shakira bakal hadir membuat persembahan lagu waka-waka.
Selepas upacara tamat, sidang akhbar akan diadakan sebagai langkah merapatkan hubungan silaturrahim antara pemain-pemain baru dengan para wartawan.

Akhir sekali, majulah sukan undurlah kemiskinan.

Sembang-Sembang: Paul betul lagi!




Sepetang Bersama Kapten Kenneth(KK)

Walaupun sibuk mengatur strategi dan taktik baru sebagai persediaan SRM, Kapten Kenneth atau lebih senang dipanggil KK, masih sudi meluangkan masa bersama penulis di perkarangan banglo beliau malah menyediakan minum petang di mana limau mandarin sebagai juadah utama. Berikut adalah sedikit bual bicara penulis bersama KK.

P: Terima kasih la KK. KK mmg baik hati. So, apa perasaan menjadi kapten baru SRM??

KK: Talak ada lasa apa2 pung..lasa sayang-sayang hey saja..haha..saya gulau2 lagi.ahaks..

P: Hmmm.. Adakah KK rasa tugas sebagai kapten SRM mencabar ataupun senang goyang kaki je?

KK: Mana itu mencabul. Ini tugas sibagai kapten a, manyak senang wa ckp sm lu. ini macam senang sy cakap ouh. lagipun,saya ini sangat2 la memalui diri.

P: Bagaimana hubungan KK dengan Presiden Luqman?? Is it okay?

KK: Hmmm.. Alhamdulillah, buat sementala ini a, kami olang belum lagi menjalin itu hubungan. belum ada juga benda lua tabii' yang kami pena lakukan..So far so good la. Tapi masa depan kita talak tau kan?ahaks.

P: Apa pendapat KK tentang potensi ataupun bakat pemain SRM FC yang kebnyakan masih muda?

KK: Yang muda-muda lagi la saya manyak suka! masi mentah..ahaks..gulau saja a..KK suka gulau2. Hmm.. Meleka mmg bole pigi
jauh. tapi need more time to jadi lagi hebat. Insyaallah, saya akn give full tunjuk aja kepada mereka supaya jadi kuat mcm saya!hoho

P: Ok! soalan terakhir dan agak panas untuk KK. Siapakah pemain SRM yang paling KK minati??

KK: Misti la Kamalol lorrhh. lagi mau tanya. Ini KK ada sikit pantun. Bole a?? Masak telol dalam kuali, Kamalol manyak seksi!!hohoho

P: Thanks KK. I'm looking forward to meet you again. Thanks for the limau mandarin also. Bye.

Ternyata, KK seorang yang peramah dan mudah didekati. Tetapi jangan terlalu dekat. Agak merbahaya. Perlawanan pertama beliau sebagai kapten SRM FC pada Selasa depan menentang Genki Noob bakal menjadi pentas untuk mempamerkan kepimpinan sejati beliau. Sekian, majulah sukan, mundurlah kemiskinan.

3 bersara, 1 membelot, 2 melepas.

SRM FC mengesahkan bahawa 6 pemain bakal meninggalkan SRMirates sebelum MMU World Cup Tournament bermula. Zumi, Raja dan Amir Hamzah mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan kerjaya mereka. Bimbang tidak dapat memberikan nafkah zahir dan batin yang cukup kepada keluarga di samping sukar untuk mengikuti jadual latihan yang padat, trio veteran ini telah sebulat suara membatalkan kontrak 4 tahun mereka bersama SRM FC.

Penyerang 'tiredless' Chap mengejutkan para peminat dengan mengambil keputusan untuk menerima tawaran musuh tetangga Spirulina FC yang bakal menggaji beliau RM700k seminggu berbanding RM4.75 seminggu bersama SRM. Yuran perpindahan masih belum diketahui tetapi media MMU khabarnya melaporkan bahawa Spirulina FC menawarkan RM40m bagi membawa pulang Chap ke Old Spiruford.

Lain pula halnya dengan Acap. Setelah dikaji para jurulatih, pihak kelab bersetuju melepaskan beliau disebabkan masalah sosial beliau yang sukar dibendung. Pesaing Cristiano Ronaldo ini, yang juga merupakan duta Gatsby sering menjadi bahan pampangan utama akhbar-akhbar kerana sering menimbulkan kontroversi panas sehebat BONOporn. Fathi, seorang lagi pemain yang dicanangkan bakal menggantikan Zinedine Zidane, turut dilepaskan setelah gagal dikesan sehingga kini. Misteri kehilnagan beliau msih belum terjawab. Adakah beliau diculik?? Atau mungkinkh ini hanyalah propaganda pencuri pasir yang semakin berleluasa memamah dengan lahapnya pasir-pasir negara kita? Tiada jawapan sehinga kini.

Apa-apa pun, majulah sukan dan undurlah mundurlah kemiskinan.

Revenge of the Fallen Sir Nasrul!

Nasrul membantah perlantikan Luqman sebagai 'The New President' menggantikan beliau..

Kontroversi melanda. Mantan presiden SRM FC, Nasrul akhirnya bersuara setelah kian lama menyepi dan menghilang setelah digulingkan secara mengejut minggu lalu melalui buku karya dan terbitan beliau sendiri yang bertajuk "Penderitaanku".

Menurut beliau, perlantikan Luqman tidak mengikut adat dan istiadat malah melanggar pantang larang dunia bola sepak. Beliau mendakwa bahawa terdapat skandal yang membabitkan pihak atasan termasuklah Presiden FiFA Sepp Blatter dan juga President MMUFA, Adli Bobot yang menjadi dalang utama penggulingan beliau.

Terdapat banyak lagi kontroversi-kontroversi panas dalam buku beliau tersebut yang dijual RM99 senaskhah di kedai-kedai buku utama negara. Malah pihak pengurusan Seven Eleven juga khabarnya bakal menjadi pengedar sah buku beliau. Tempahan melalui internet juga turut disediakan dan kepada sesiapa yang berminat boleh melayari www.penderitaankunasrul2010.com untuk proses tempahan dan penhantaran terus ke pintu depan rumah anda adalah percuma!

Apa-apa pun, majulah sukan dan mundurlah kemiskinan.

Official: Kenneth The New King!


Secara rasminya, Kenneth dipertanggungjawabkan sebagai kapten baru pasukan SRM FC.....

Persoalan terjawab jua. Kenneth sah diijab kabulkan mengepalai SRM FC menggantikan Luqman yang sekarang ini menjawat jawatan presiden kelab.

Ketika berucap dalam sesi memperkenalkan beliau semalam, Kenneth menegaskan bahawa tiada pengalah kerana semuanya pemenang. Beliau juga mengambil kesempatan untuk memberi galakan kepada calon-calon kapten yang lain supaya tidak berputus asa dan mencuba lagi di masa hadapan.

" Semua olang itu pemenang. Tiada pengalah. Tapi kenapa saya mole menang? Sebab saya hebat dali kamu maa.. Kepada itu Nisham a, itu Salom juga, jangan putus harapan. Kamu olang mole cuba lagi. Itupun kalau saya mau lepas ini jawatan lorrhh.. Itu sapa nama, ermm, oh ya Kamalol..kamu lebih baek jangan cuba lagi. saya menci kamu..maaf, saya gulau saja.."

Luqman sebagai presiden baru kelab juga turut menyampaikan sepatah dua kata beliau buat kali yang pertama. Ringkas tetapi padat, ucapan beliau membangkitkan semangat semua hadirin ketika itu.

" Saya akan kotakan segala janji-janji saya sebelum ini. Kemudahan fasiliti yang baru dan canggih, dana perpindahan yang lebih besar, kenaikan gaji, menaiktaraf stadium dan tidak ketinggalan membekalkan bola baru. Saya berjanji akan berjanji lagi. There's more to come." kata beliau sebelum mengakhiri ucapan dengan mengenyitkan mata kiri beliau, sesuatu yang tidak pernah kita lihat dilakukan oleh seorang insan bernama Luqman.

Apa-apa pun, semoga SRM FC berada di landasan yang betul pada musim ini. Ribuan penyokong mengharapkan SRM FC menyerlah pada musim ini. Majulah sukan, mundurlah kemiskinan.