Friendly Preview; Weekend FC?

Hari ini SRM FC bakal kembali memijakkan kaki dan 'boot' ke padang buat pertama kalinya selepas beberapa bulan berhibernasi.

Bak kata orang tua-tua, sedang ngantuk disorongkan bantal, kegianan bermain bola bakal terlunas petang ini. Pasukan lawan yang bakal bertandang ke Stadium SRMirates petang ini adalah tidak lain dan tidak bukan,pasukan bola sepak yang baru ditubuhkan, Hari Minggu FC atau secara internasionalnya dikenali sebagai Weekend FC.

Siapa Weekend FC ni? Siapa tok dalangnya? Apa definisi sebenar Weekend FC? Apa motif mereka? Bila disetubuhkan? Itu semua penulis sendiri tidak tahu. Sama-samalah kita siasat pada petang nanti.

Para peminat dan penyokong SRM FC terutamanya yang perempuan, silalah turun datang bersorak wei. Mesti budak-budak Weekend FC tayang awek-awek hot petang ni.



Musim baru bakal bermula!!



Setelah sunyi sepi bercuti selama beberapa bulan, SRM FC akhirnya bakal beraksi kembali di padang untuk musim ini yang mana akan bermula tidak lama lagi.

Format pertandingan untuk kempen kali ini masih belum dapat dipastikan kerana pihak penganjur MMU FA masih lagi dalam proses perbincangan sesama mereka. Mungkin liga, mungkin juga 'knock-out' atau pun tidak mustahil juga sem ini tidak ada apa2. Itu semua, penulis di luar pengetahuan penulis.

Perpindahan keluar masuk SRM FC bakal di'update' di masa hadapan di mana khabarnya pengurus baru kelab, Shawn yang menggantikan Sir Nasrul Wan Ikhwan telah berjaya mengikat penjaga gol Fire&Flames, Botbot(bukan nama sebenar). Tunggu dan lihat.

Sekian. Majulah bola sepak untuk SRM.

Happy Convocation Day Sir Nasrul!


Dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang pelajar universiti, pelbagai kenangan manis, pahit, masam dan masin pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri kita.

Dari hari pertama mendaftarkan diri pada minggu orientasi, berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru bermacam ragam, memonteng kelas, berlakon belajar di library sedangkan niat sebenar untuk mencuci mata, jatuh cinta 'layar' pertama kepada Cybertracker sehinggalah tamat bergraduasi dengan jayanya, kesemua perkara ini amat penting sebagai bekalan kita menghadapi peringkat hidup yang seterusnya.

Namun, tidak ada moment yang lebih menggembirakan daripada menghadapi saat-saat berkonvokesyen. konvokesyen menjadi simbolik penamat, pemutus, pengakhir dan penyimpul segala macam urusan dalam kehidupan seorang pelajar universiti.

Hari konvokesyen merupakan bukti kukuh seorang pelajar universiti untuk diiktiraf masuk ke dunia baru yang lebih matang, cepat dan mencabar. Dugaan baru bakal menunggu untuk menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

Malas untuk menaip lebih panjang, di sini penulis mewakili seluruh warga SRM FC ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU SELAMAT BERKONVOKESYEN kepada bekas pengurus merangkap sugar daddy SRM FC, Sir Wan Nasrul Ikhwan.

Semoga lebih berjaya pada masa hadapan. Sekian.