Friendly Preview; Weekend FC?

Hari ini SRM FC bakal kembali memijakkan kaki dan 'boot' ke padang buat pertama kalinya selepas beberapa bulan berhibernasi.

Bak kata orang tua-tua, sedang ngantuk disorongkan bantal, kegianan bermain bola bakal terlunas petang ini. Pasukan lawan yang bakal bertandang ke Stadium SRMirates petang ini adalah tidak lain dan tidak bukan,pasukan bola sepak yang baru ditubuhkan, Hari Minggu FC atau secara internasionalnya dikenali sebagai Weekend FC.

Siapa Weekend FC ni? Siapa tok dalangnya? Apa definisi sebenar Weekend FC? Apa motif mereka? Bila disetubuhkan? Itu semua penulis sendiri tidak tahu. Sama-samalah kita siasat pada petang nanti.

Para peminat dan penyokong SRM FC terutamanya yang perempuan, silalah turun datang bersorak wei. Mesti budak-budak Weekend FC tayang awek-awek hot petang ni.



No comments: