Dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang pelajar universiti, pelbagai kenangan manis, pahit, masam dan masin pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri kita.
Dari hari pertama mendaftarkan diri pada minggu orientasi, berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru bermacam ragam, memonteng kelas, berlakon belajar di library sedangkan niat sebenar untuk mencuci mata, jatuh cinta 'layar' pertama kepada Cybertracker sehinggalah tamat bergraduasi dengan jayanya, kesemua perkara ini amat penting sebagai bekalan kita menghadapi peringkat hidup yang seterusnya.
Namun, tidak ada moment yang lebih menggembirakan daripada menghadapi saat-saat berkonvokesyen. konvokesyen menjadi simbolik penamat, pemutus, pengakhir dan penyimpul segala macam urusan dalam kehidupan seorang pelajar universiti.
Hari konvokesyen merupakan bukti kukuh seorang pelajar universiti untuk diiktiraf masuk ke dunia baru yang lebih matang, cepat dan mencabar. Dugaan baru bakal menunggu untuk menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.
Malas untuk menaip lebih panjang, di sini penulis mewakili seluruh warga SRM FC ingin mengucapkan
Semoga lebih berjaya pada masa hadapan. Sekian.
No comments:
Post a Comment