Secebis Diari Misteri..

Mungkin sudah tiba masanya.. Haruskah kuluah segalanya?

Ahhhh.. Dilema melanda.. Hati bergelora, perasaan mula berbaur kesangsian..Lemas! Kekok! Sengsara!

Andai hati sudah memilih, kenapa mesti diragu?
Andai sayang sudah bertunas, kenapa mesti keliru?

Setiap saat berlalu..
Setiap detik berdetak..
Setiap minit sembilu..
Malahan setiap jam terasa tidak..

Buntu.. Aku buntu.. Haruskah ku turutkan fitrah kejadian ku?
Atau terus menerus bergelumang hipokrit mendustai jiwaku?

Hmmm.. Derita bila bedepan dengan mu namun bahagia bila menatap raut wajah manis mu dari jauh.

Kenneth, harus apa lagi yang perlu ku lakukan untuk menambat rohani mu?? Jawablah suara hatiku ini..


*Ini adalah secebis diari salah seorang pemain SRM yang dijumpai penulis semasa sedang sibuk mengemas bilik persalinan. Kandungan yang agak agresif dan mungkin mengganggu perasaan logik sesetengah orang, namun ini realiti. Siapakah pemilik cebisan diari tersebut??


1 comment:

nasrulikhwan said...

sape sham...? cam dramatis gile je... hahaha