SRM 1-0 Balck Emperor

Final pertama menanti SRM....

SRM berjaya mengalahkan Black Emperor 1-0 hasil jaringan separuh masa kedua daripada Nisham menerusi sepakan sempurna Luqman.
Kemenangan ini telah melayakkan SRM ke perlawanan akhir pada hari Isnin nanti menentang musuh tradisi Fire&Phlameze yang diterajui
oleh Zul 'Saya Kapten'.

Perlawanan bermula dengan agak hambar walaupun SRM dilihat lebih bijak menguasai perlawanan. Barisan tengah SRM, Luqman dan Kenneth
terpaksa bekerja keras mematahkan serangan lawan dan pada masa yang sama mengatur strategi untuk mencari gol. Luqman bertindak sebagai
nadi utama pasukan manakala Kenneth berhempas pulas melindungi barisan pertahanan.Kesungguhan Kenneth dan kerja keras Luqman seharusnya
diberikan pujian melangit. Empat pemain pertahanan SRM pula, Aziwan, Faris, Shauqie dan Haniff mempamerkan persembahan yang cukup
mengagumkan di mana Aziwan, memperlihatkan kemampuan sebenar beliau menyekat gerakan penyerang lawan. Manakala jentera serangan SRM, Shahrom, Nisham,
Danny dan Usham dilihat kurang bertenaga selain gagal berkomunikasi sesama sendiri.Bola hantaran cantik sering dipersia-siakan dan kemampuan mereka membuat
keputusan juga dipersoalkan.

Walaubagaimanapun, perhatian 100% seharusnya ditumpukan kepada perlawanan akhir nanti menentang Fire&Phlamze, kelab gabungan Fire&Flames bersama Phlamze FC.
Danny, Shawn dan juga Kapten Kenneth bakal berhadapan dengan beberapa bekas rakan sepasukan mereka memandangkan mereka sebelum ini pernah berkhidmat dengan
Phlamze FC.

Pamerkan kehebatan anda semua wahai remaja-remaja berwawasan Rakan Muda!!! hahahaha...

No comments: