Dimulakan dengan perlawanan pembukaan yang sepatutnya dilangsungkan minggu lalu, SRM menguasai bola dan setiap ruang inci padang. Hasilnya, SRM berjaya meledak 3 gol tanpa balas dengan penuh bergaya. Kemenangan tersebut membawa SRM maju ke peringkat suku akhir menentang pasukan 'foreigner' iaitu Gakerata FC.
Menentang Gakerata di mana rata-rata pemain mereka memiliki susuk tubuh dan kelajuan Usain Bolt, barisan muda SRM FC tetap berjuang bermati-matian tanpa kenal erti penat. Serang sini, serang sana, bertahan macam ini, bertahan macam itu, akhirnya perlawanan terikat seri 0-0 memaksa permainan ditentukan melalui sepakan penalti. Tuhan lebih menyayangi SRM dan dan memberikan SRM tuah memenangi sepakan penalti tersebut,4-2 keputusan akhir.
Pusingan separuh akhir minggu depan bakal menyaksikan SRM menentang sama ada Athletico Assassino atau pun Phlamze.
Rehat dan fokus untuk next game guys.
Update: Phlamze menang penalti. Jadi, kita bakal 'bermesra' dengan mereka nanti.

No comments:
Post a Comment