Exclussive: New 2011 Kit Revealed!

Finally, new official 'armour' announced by the club.


Fantastic choice!


Jersi baru kelab yang ditaja sepenuhnya oleh Persatuan Peminat Setia Kamarul ini, bakal diedarkan secara komersial ke seluruh pelusuk dunia pada penghujung bulan ini. Tempahan boleh dibuat melalui talian telefon atau pun 'email booking'.

Jersi ini bakal digunakan pada perlawanan menentang Nemesis minggu depan dan khabarnya rekaan dalaman dan luaran penuh seni jersi ini mendapat pujian wakil kedutaan Nike dan Adidas.

Dilengkapi dengan teknologi 'axillary cool', jersi ini menghalang sebarang perpeluhan terutamanya pada bahagian ketiak pemain. Sebelum ini, seringkali kita melihat ketiak para pemain kesayangan kita basah lencun selepas berlari dan ini sangat memualkan malah mencacatkan suasana terutamanya ketika 'photo-shoot session'.

Jangan ingat hanya dengan memakai deodorant berjenama seperti Body Shop, Rexona dan MawiWorld mampu mengelakkan masalah ketiak tengik anda. Tetapi jangan risau, tiada lagi masalah ketiak dengan pengenalan jersi terbaru ini.


Jersi 'special' Kamarul.



No comments: