Preview: SRM FC vs Nemesis


Perlawanan pertama SRM FC dalam saingan Piala Prof. Dato' Dr Muhamad Rasat esok bakal menemukan mereka dengan pasukan Nemesis tepat pukul 5.30 petang bertempat di Stadium of Nemes(padang belakang daaaa..).

Berformatkan 'kalah mati', perlawanan esok dijangka sengit di mana pasukan yang menang akan secara automatiknya layak ke 'winner pool' manakala yang kalah akan juga tetap layak untuk bermain lagi tetapi secara kurang ajarnya 'dibuang'(menurut kata penganjur) ke pusingan 'loser pool'.

Berita terkini mengesahkan bahawa 'centreback' Shauqie The Ong Bak Boy tidak dapat turun beraksi kerana mengalami kecederaan semasa bermain futsal minggu lalu. Sudahlah injured, terpaksa bayar RM13 pulak tu. Kesian sungguh beliau.

Apa-apa pun, Kapten Kenneth sangat-sangat mengharapkan komitmen penuh daripada setiap pemain supaya menunjukkan persembahan mantap, padu dan teratur. Namun katanya, perkara yang paling penting adalah menang. Mainan cantik, seksi dan menggiurkan tidak ada gunanya jikalau kalah.

"Saya mengharapkan kesemua rakan sepasukan saya berusaha bersungguh-sunguh pada perlawanan esok. Tiadalah bergunanya pun bermain seperti Barcelona jika akhirnya kalah tersingkir."

"Buat masa sekarang, hanya Shauqie yang tidak dapat diturunkan. Pemain-pemain yang lain syukur ke hadrat Ilahi dijangka bersedia untuk bermain."

Pengurus pasukan SRM FC, Wan Nasrul Ikhwan pula memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai perlawanan esok. Beliau kelihatan bersedih, mungkin kerana kontrak beliau bersama SRM FC bakal tamat pada bulan Mei ini. Bersabarlah bos.

Berikut merupakan 'prediction' daripada selebriti-selebriti terkenal tanah air untuk perlawanan SRM menentang Nemesis esok.

Lisa Surihani: Saya menghaghapkan Nisham berghmain esok. Seghonok tengok dia berlaghi-laghi. xoxo Nisham!!

Shaheizy Sam: Bagi chi'kama'rol gua main der. Wa baru 'pam' dia semalam. *auuuuummm!!*

Amal: Faris! Faris lebiu!!

Good luck SRM!

No comments: