Shawn Who?

Who the f**k is Shawn?

Selepas pemergian Sir Nasrul Ferguson tahun lalu, kerusi pengurus SRM FC terbiar kosong. Pihak Lembaga Pengarah Tertinggi Kelab dan Presiden Luqman menemui jalan buntu dalam misi mencari pengurus pengganti yang berkelayakan. Beberapa orang calon ditemu duga termasuklah Pep Guardiola, Guus Hiddink, Rafael Benitez dan termasuklah Dato' K Rajagopal namun kesemua mereka gagal menepati ciri-ciri dan kualiti yang dikehendaki kelab.

Bekas pemain penyerang, pertahanan malah 'midfielder' UPG FC merangkap pengurus dan jurulatih kelab itu sendiri, Pai The Legend dikhabarkan menghantar borang permohonan menjawat posisi pengurus SRM FC. Walau bagaimanapun, khabar angin tersebut masih belum dapat disahkan benar.

Setelah berbincang dan ber'brainstorming', Presiden Luqman dan Kapten Kenneth telah sepakat melamar Shawn, bekas pengurus Phlamze FC beberapa tahun lepas. Ramai peminat ternyata terkejut dengan keputusan itu. Mengikut statistik Jabatan Pengurusan Peminat SRM FC, 14 023 daripada total 14 026 orang penyokong kelab langsung tidak mengetahui asal usul kewujudan Shawn.

Di sini penulis ingin memberi sedikit pengenalan mengenai Shawn, pengurus baru SRM FC. Shawn berumur 2* tahun dan dibesarkan di *****. Beliau pernah bermain sebagai penjaga gol, kadang kala bertindak sebagai penyerang pasukan Phlamze FC namun karier beliau agak kurang memberangsangkan dan tidak perlulah dijelaskan di sini. Beliau kemudiannya terjun masuk ke dalam bidang pengurusan apabila melantik diri beliau sendiri sebagai pengurus Phlamze FC 3 tahun lalu. Dipendekkan cerita, sepanjang berada di bawah penjagaan beliau, Phlamze FC bermain di bawah tahap sebenar mereka disebabkan taktik dan strategi kurang bernas yang diaplikasikan Shawn. Namun, pada tahun lalu, sebaik sahaja Shawn meletakkan jawatan setelah didesak para pemain beliau sendiri, Phlamze FC beraksi dengan sangat baik sehingga berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Presiden MMU.

Bagaimanakah masa depan SRM FC selepas ini? Adakah beliau bakal berjaya memenangi hati peminat dan penyokong kelab? Yang lebih penting, mampukah beliau menamatkan badi kemarau piala SRM FC? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

No comments: