Danny dan Chap ahli baru Lembaga Pengarah SRM FC!


Minggu lalu Danny dan Chap telah selamat ditabalkan menjadi ahli aka pemegang saham yang baru dalam Lembaga Pengarah SRM FC.

Perlantikan mereka berdua dipersetujui semua pihak setelah menilai reputasi dan kebolehan mereka yang sangat mengagumkan.

''Kebersihan jersi anda adalah tanggungjawab saya!!''

Danny atau nama gelaran beliau The Wiggle Man, dilantik menjadi pembantu pengurus pasukan Beliau diberikan amanah dan tanggungjawab yang sungguh besar iaitu menyediakan minuman ketika perlawanan berlangsung (Water Boy), memungut bola yang terkeluar dari padang (Ball Boy) dan mencuci jersi pasukan setiap kali perlawanan (Laundry Boy). Diharapkan beliau komited dan berdedikasi dalam menjalankan tugas yang digalas beliau kerana sekiranya beliau tiada, maka pincanglah SRM FC. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa beliau merupakan elemen terpenting dalam sistem dan keharmonian pasukan. Semoga berjaya Danny.

''Aku ada buku cek. Aku bagi cek kosong boleh?''

Kita lupakan Danny seketika dan beralih kepada Chap pula. Untuk pengetahuan semua, Chap merupakan CEO bagi sebuah syarikat besar di Cyberjaya iaitu tidak lain dan tidak bukan, Fahmi Fazreen Enterprise. Dilaporkan bahawa KRU Production dan Les Copaque Sdn Bhd mengalami kerugian terbesar mereka sejak Chap menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sebagai seorang yang merendah(memendek) diri, Chap sangat disenangi oleh kawan-kawan malah pekerja-pekerja tanpa permit beliau yang rata-ratanya berasal dari Bangladesh. Pendek kata, penyertaan Chap bakal menjanjikan kestabilan dan kekukuhan kewangan buat SRM FC. Tidak percaya? Di sini ada satu fakta benar; Jersi pasukan untuk musim ini secara SUKARELA DITAJA SEPENUHNYA oleh beliau. Cemburu?

Diharap kedua-dua insan terpilih ini dapat memberikan impak maksima dalam membantu misi untuk merangkul piala pertama buat kelab pada musim ini.

No comments: