Sembang-Sembang: Barca Tewas Kerana Iceland!

Punggung 'krem' 10 jam naik bas + referee 'adil' = Barca kalah...

Barca kalah. Walaupun menjaringkan gol terlebih dahulu, tetapi Inter bangkit kembali untuk menang 3-1, itupun hasil bantuan referee 'baekk punyaaaaa'.

Penulis bersorak gempita apabila Pedro menjaringkan gol pendahuluan buat Barcelon, terima kasih larian mantap Maxwell. Tetapi Inter berjaya membalas 3 gol menerusi Milito , Maicon dan Sneijder.

Penulis sedih melihat gaya permainan Barca mlm ini. Agak teruk. Kemungkinan disebabkan letih menaiki bas dari Spain trus ke Italy. Ditambah pula dengan kelibat waiters di JS yang selamba berulang-alik menghalang pandangan. Memang! Memang aku rempit datang JS semata-mata nak tengok mamak catwalk depan skrin!

Minta maaf. Penulis agak emosi. Messi bermain seperti manusia biasa semalam. Tiada larian ala-ala Avatar, dribble pun macam Lucas(Lucas, bakal legenda Liverpool). Memang ketara betul Barca kelesuan. 10 jam duduk dalam bas. Pengadil memang berat sebelah. Maybe sebab beliau adik angkat Maurinho?

Apa-apa pun, masih ada lagi 2nd leg. Kita tunggu dan lihat. Mungkinkah Messi bakal hattrik sekali lagi?

No comments: