Sembang-Sembang: Fabianski 'Hero' Baru Sekolah Sukan Kebangsaaan Wenger!


Orang tua-tua selalu cakap, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..

Terbaru, Arsene "Genius" Wenger mengejutkan dunia bola sepak dengan satu lagi 'masterpiece quote' beliau yang berbunyi "Sebodoh-bodoh Almunia, bodoh lagi Fabianski" sejurus selepas menyaksikan team kanak-kanak beliau dikalahkan pada saat-saat terakhir perlawanan menentang Wigan semalam..

"Saya sungguh berpuas hati dengan persembahan kanak-kanak tadika saya. Terutamanya Fabianski. Memang, memang saya beli dia untuk memberi gol percuma kepada pihak lawan. Saya sungguh teruja dengan persembahan beliau." komen beliau ketika ditanya tentang kekalahan membanggakan tadi.

Tambah beliau lagi "Memang dia lah yang saya tunggu-tunggu selama ini. Ya, tidak silap lagi. Saya sengaja memilih untuk berdiam diri setiap kali transfer window dibuka sebab saya nak kumpul duit untuk beli pemain seperti dia."

"Kepada kelab-kelab lain seperti Chelsea atau MU, awas! Fabianski milik Arsenal. jangan sesekali memasang impian untuk membeli beliau.! He is our next legend!" kata Wenger sebelum menamatkan ucapan beliau.

Arsenal leading 2 gol sebelum Wigan menyumbat 3 gol dalam 10 minit terakhir, terima kasih kepada sumbangan of the season daripada Fabianski. Oh, tidak lupa juga jutaan terima kasih daripada peminat Wigan kepada Sylvester di atas peranan yang beliau maenkan. Betul cakap nenek aku, kalau dah bebal tu, bebal la jugak. Sekali lagi, Arsenal berjaya membuktikan bahawa mereka merupkan pembeli sampah terbaik di dunia. Mungkinkah Wenger sedang mengumpul duit untuk membeli Berbatov?

Dengan kekalahaan tadi, maka lebur lah impian Arsenal untuk mencium Piala EPL musim ini 6 tahun berturut-turut, satu rekod yang boleh la dibanggakan. Tetapi, jangan berputus asa wahai The Gunners. Liga Malaysia masih ada untuk kamu.

Laporan terbaru mengatakan bahawa sejurus tamat perlawanan tadi, lebih kurang 50 ooo penyokong Arsenal berpesta meraihkan kejayaan terbaru kelab memecahkan rekod kempunan piala EPL 6 musim berturut-turut. Mereka beramai- ramai bangga menunjukkan sepanduk masing-masing yang berbunyi "In Fabianski We Trust." dan "We Love both Almunia & Fabianski."

p/s: Happy 25th birthday to Fabianski..................................Fool!

2 comments:

nazrihashim said...

in nisham we trust..hahaha

Anonymous said...

Ada khabar ribut taufan mengatakan Fabianski akan dibeli oleh Selangor. Apakah Mr Arsene akan melepaskan beliau? hua3