Sembang-Sembang:Budak-Budak Kecik Dirotan Punggung 4x oleh MEssi



OOPPPSSSSS...ARSENAL KALAH ~!!!???.arsenal mengigit jari LAGI! Itu bukanlah satu keajaiban,tetapi itulah satu kebiasaan bagi arsenal.seperti sudah jatuh ditimpa tangga,itulah keadaan sebenar yang menimpa arsenal,apabila hanya mampu melihat penyerang Argentina ,Lionel Messi,membelasah arsenal 4-1. ini telah melayakkan Barcelona ke peringkat separuh akhir Liga Juara-juara buat kali ke-3 berturut. Messi umpana harimau yang kelaparan daging apabila merobek gawang gol arsenal sebanyak 4 kali.arsenal sayur hanya mmpu melihat tanpa berbuat apa-apa.

Penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner merumuskan prestasi Messi ‘luar biasa’ manakala Theo Walcott berkata, kadang kala anda hanya mahu duduk menonton Messi bermain.Bakat luar biasa Messi menyinar menerusi setiap gol yang dijaringkannya di Camp Nou.

Untuk gol terakhir, Messi merembat rendah dan bola melepasi kaki penjaga gol itu sehingga pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, hanya segelintir pemain yang mampu menjaringkan gol seperti itu.

“Yang terpenting ialah menjaringkan gol,” kata Messi.

Dia mendahului senarai penjaring Liga Sepanyol dengan 26 gol daripada 27 perlawanan.


No comments: