Semester baru menandakan tamatnya cuti musim tengkujuh bagi semua kelab bola sepak di MMU. Sememangnya belajar itu penting tetapi bola juga memainkan peranan yang penting dalam membina keyakinan diri untuk berjaya dalam jiwa seorang pelajar. Bola merupakan jalan terbaik untuk melepaskan tekanan belajar.
Sehubungan dengan itu, presiden FAMMU Bobot telah merasmikan pelancaran MMU Premier League 2010. Dijangka bermula pada minggu hadapan, liga ini bakal menjadi pentas bagi setiap kelab memperlihatkan kehebatan dan kehandalan masing-masing dalam merebut piala kejuaraan.
Lupakan EPL , lupakan Piala Malaysia. Tumpukan perhatian kepada MMU Premier League seketika. Untuk pengetahuan semua, arena bola sepak MMU sentiasa dipantau oleh bukan sahaja jurulatih-jurulatih pasukan tempatan seperti Wan Jamak Wan Hassan(Jang Oh Jang) dan B Sathianathan(Red Warrior), malahan turut mendapat perhatian daipada pihak pengurusan kelab-kelab ternama dunia seperti Alex Paguson, Arsene Wengga, Jose Morino dan tidak ketinggalan Rafael Banites. Betapa hebatnya dunia bola sepak MMU.
SRM FC, dalam musim kedua mereka berazam penuh untuk memenangi MMU Premier League setelah melakukan kejutan musim lalu apabila berjaya melangkah ke final MMU Champions League walaupun tewas tipis kepada pasukan berbilang kewarganegaraan, Fire & Phlamze.
Majulah bola sepak untuk MMU.
No comments:
Post a Comment