Sembang-Sembang: Ada apa dengan Tevez??

Manchester City 0-3 Arsenal FC.

Mungkin duit boleh beli Tevez, Silva, Ade'traitor'bayor. Memang betul ada duit bole beli mana-mana player Mancini nak. Tapi duit tidak dapat belikan Man City gol. Tidak sama sekali.

Pak Sheikh kaya gila babun tepuk dahi. Duit dah juta-juta terbang, tapi tetap tewas tersungkur. di mana silapnya? Pak Sheikh pening. Bila tanya sama Mancini, dia cakap sambil tepuk dada "Kami kurang seorang pemain. Sekiranya Boyata tidak di'kadmerah'kan, semestinya kami menang.".

Bangun Mancini. Ini bukan Itali, bukan Serie A. Arsenal main cantik dan sememangnya berhak menang. Tutup cerita.

Sementara itu, ManU menang 2-1(setelah asyik seri). Tandukan belakang kepala Chicarito gila. Neville, baik kau bersara la. Sudah-sudah la tu. Berbatov tak score tapi dalam diam dia pandang Rooney di luar padang. Sambil senyum dia bermonolog "HEHEHE. Sampai suda giliran ko Rooney. Rasalah apa yang aku rasa selama ini. HEHEHE."

You'll Never Walk Alone. Torres scored untuk memberikan kemenangan untuk Liverpool. malas nak komen apa-apa tapi semoga menang lagi Liverpool. Tolong jangan ikut Leeds United.