Nisham dibeli Arsenal FC.


Penyerang 'tiang lampu' SRM FC, Nisham telah memecahkan Malaysia Book of Record apabila menjadi warganegara Malaysia yang pertama bakal bermain di English Premier League setelah pasukan gergasi hebat gila Arsenal FC membeli beliau daripada SRM FC.

Dengan yuran perpindahan dipercayai berjumlah RM20 juta, Nisham bersetuju untuk menandatangani kontrak 5 tahun bersama The Gunners yang bakal menyaksikan beliau digaji RM500k seminggu.

Berita ini merupakan satu tamparan besar kepada SRM FC kerana kini mereka tidak mempunyai sebarang penyerang lagi. Kapten Kenneth melabelkan perpindahan Nisham sebagai satu konspirasi pengkhianatan.

"ribut tiada, taufan tiada, tiba-tiba beliau berpindah. Beginikah kawan?? Saya didik beliau, saya bagi kasih sayang secukupnya tetapi ini yang beliau balas. Dengan ini terbukti, beliau sama sahaja dengan Adebayor dan Rooney. Money minded punya orang. Ini pengkhianatan yang paling tidak boleh diterima."

"Kepada Nisham, 'terima kasih' la banyak-banyak. Lepas ini, jangan haraplah boleh tumpang kereta aku lagi. Aku haramkan ko pinjam motor Luqman, Pijie, Kamarul ataupun Nasrul. Haram!" kata Kenneth sambil menghentak meja belajar beliau.

Pihak SRM sedang cuba menghubungii Nisham bagi mendapatkan penjelasan yang lebih tepat. Stay tuned.

No comments: