Pian and Sanjiv Rekrut Terbaru

Selamat datang ke SRMirates.

Petang tadi selesai sudah upacara menandatangani kontrak di antara pihak pengurusan kelab dengan dua bintang terbaru SRM, Pian dan Sanjiv.

Kontrak tersebut bakal menyaksikan mereka kekal bersama kelab untuk 5 tahun akan datang. Itupun kalau mereka tidak men'judas'kan diri berpindah ke kelab lain.


Pian, atau nama sebenar beliau Suffian, sebelum ini merupakan kapten Seryes FC di mana beliau bertindak sebagai penyerang tunggal. Pihak kelab sentiasa memantau perkembangan semasa beliau dan sebelum ini, telah 3 kali bidaan untuk membeli beliau ditolak mentah-mentah oleh Board Of Director Seryes. Berketinggian 160cm, pemain kelahiran Perak ini bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nisham selaku penyerang utama kelab. Welcome babe.


Dahulu Meegan, kemudian datang pula Shawn dan kini, seorang lagi pemain berbangsa India menyertai barisan pemain The Oranje. Beliau tidak lain, dan tidak bukan, rajnikanth Sanjiv! Meninggalkan kelab lama beliau, Phlamze bukan satu keputusan yang mudah namun demi masa depan dan wang, beliau tabah. Beliau memberi SRM dimensi baru dengan 'versatility' beliau yang boleh bermain di mana-mana posisi jua. Khabarnya beliau memilih untuk bermain sebagai bek kiri. Welcome mate!

Oh lupa nak beritahu. Perpindahan mereka berdua ini adalah percuma.

No comments: