*gambar adalah ihsan dari Google.
Apa itu 'suap-menyuap'??
'Suap-menyuap' di sini bolehlah didefinisikan sebagai perbuatan 'memasukkan' makanan, contohnya kek, ke mulut seseorang, contohnya Aziwan, secara mesra pada hari-hari istimewa, contohnya hari jadi, dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. Perlu diingatkan bahawa 'suap-menyuap' mestilah dilaksanakan mengikut adab dan etika yang paling penting iaitu si penyuap mestilah berlawanan jantina dengan si 'disuap'. Jika bersamaan jantina, perlakuan tersebut bakal dipandang serong oelh masyarakat dan komuniti sekeliling.
Contoh ayat: Aziwan(bukan nama sebenar) saling 'suap-menyuap' kek dengan Zue(juga bukan nama sebenar) sempena hari jadi Aziwan(sekali lagi, bukan nama sebenar) bersaksikan kawan-kawan mereka di Oldtown.
No comments:
Post a Comment