This is our season!

Wajah baru SRMirates Stadium

Musim baru bakal bermula lebih kurang 2 minggu lagi. Pedih kekalahan final musim lalu, kekalahan pusingan akhir kedua SRM FC masih terasa namun tumpuan perlu difokuskan kepada musim ini. Setelah berjaya mengikat kontrak dua pemain baru, kapten Kenneth kembali optimis mengenai masa depan SRM musim ini.

"Sebelum ini, kami sangat ketara kekurangan 2 perkara penting dalam bola sepak. Mentaliti untuk menang dan pengalaman. Tetapi syukur, pengalaman kalah di final 2 kali berturut-turut memberi seribu satu pengajaran berharga buat kami."

"Kehadiran dua pemain baru bakal menjadi pelengkap kelemahan pasukan kami. Kepada para penyokong, teruskan kekal bersama kami. Piala musim ini kita yang punya!"

Kebanyakan staf dan barisan pemain masih lagi sedang bercuti sekarang bersama keluarga. Stadium SRMirates pula telah dinaiktarafkan dengan pembinaan sebuah gimnasium serba canggih, lengkap dengan pelbagai modaliti berteknologi tinggi atas permintaan Aziwan.

No comments: