Apa mereka buat?

Yang hidjau-hidjau itu Aziwannn, yang merah-merah djambu itu si *******. =)

Sementara menunggu musim baru bermula, mari kita skodeng apa yang budak-budak SRM buat sejak akhir-akhir ini.

Nasrul: Trimester terakhir beliau berada di MMU. Walaupun beliau agak sibuk sedikit namun tidak pernah sekali pun beliau alpa menyajikan rakan-rakannya dengan lekor 'original' dari Terengganu. Yup, season depan SRM terpaksa cari 'manager' baru. Good luck bro.

Atook: Insan paling bahagia sejak akhir-akhir ini. Tidak percaya? Sila lihat facebook beliau. Sentiasa statusnya di'update' dengan ayat-ayat manis belaka.

Hanafi: Abang kamera kini sedang giat mempromosikan Jus Mate 5 keluaran asli daripada DR Rozmey, penerbit filem pecah panggung RM40juta, Dua Alam. Ini fakta, beliau semakin kaya. Bukan tipu tapi benar.

Shawn: Sibuk dengan pelbagai aktiviti kampus seperti Sekolah@MMU lah, An Afternoon With President lah, MMu College Festival lah dan banyak lagi. Ini baru pemimpin! Well-played son!

Zumi: Abang JB(Johor Bahru) senyap tanpa khabar berita. Mungkin sedang dalam tempoh berkabung di atas kegagalan demi kegagalan pasukan pujaan Arsenal FC beliau. Takziah bang.

Faris: Baru pulang dari Bumi Kenyalang Sarawak mewakili MMU dalam MASUM Bola Sepak. Khabar gembira, beliau menjaringkan gol pertama beliau untuk MMU.............sebagai bek sayap kanan.

Shauqie: Baru sahaja membeli kamera berteknologi tinggipowersuperb DSLR. Seperti Faris, beliau juga baru pulang dari Sarawak mewakili MMU. Apa rasanya bila Muay Thai jumpa Muay Iban? hehe

Aziwan: Genap 21 tahun beliau hidup di muka bumi ini. Lupa nak wish, selamat harijadi Biebs. Kontroversi terbaru tentang beliau? Zou Mia.(Sila search dalam Facebook.) hehehe

Meegan: Selepas men'stalking' Facebook beliau, tidak banyak yang boleh diperkatakan. Beliau seperti biskut Oreo. Sekejap ada, sekejap tiada. Dan oh, panggilan manja beliau ialah 'Anna'. Anna Meegandranfali?? =\

Sanjiv: Jeng! Jeng! Jeng! Pemain baru SRM ini ligat meng'add' rakan sepasukan baru beliau. Jelas terserlah ketidaksabaran beliau untuk beraksi bersama yang lain. Nice!

Kamarul: Sudah tidak seksi lagi. Damn. =(

Hanif: Pemain paling rajin berlatih meningkatkan mutu keunggulan sepanjang cuti ini. Dia cakap ''Just wait for the new Haniff''. Bravo!

Kenneth: Kapten Kenneth lost in action. Siapa tahu dia di mana sekarang? Tak kan balik kampung lagi? Gong Xi Fa Chai kan dah lepas.

Ammar: Sunyi sepi. Mungkin masih kesedihan Arsenal di'triple' knockout dari 3 pertandingan. Jangan lupa lapor diri. Nanti nak timbang berat badan. Pastikan ko maintain dan tolong jangan bertambah lagi. =)

Luqman: Juga mewakili MMU untuk MASUM. Khabarnya, persembahan beliau dipuji coach. =)

Shahrom: Si Sabahan masih lagi hidup. Syukur alhamdulillah. Beliau baru pulang dari negeri di bawah bayu untuk bercuti bersama-sama keluarga. Dan sedang mencari kasut bola baru. =)

Nisham: Andai empangan sudah dibuka, mana kan dapat ditahan airnya.<<-- Masih terpengaruh dengan Hikayat Merongmahawagsa. Btw, movie tu not bad. Boleh tahan. Boleh tahan kualitinya, tapi bukan empangannya..=)

Pian
: Pun sama macam si Luqman, Faris dan Shauqie. Baru pulang dari rumah anak saudaranya, si Solimon. Di Banting. Dari menyelesaikan urusan kerjaaa. Kalau bisa dia ceritakan, pasti, PASTI, kalian tidak akan percayaaa!!

No comments: