Ada Apa Dengan Lambang SRM FC?


Mungkin ramai tidak tahu bahawa lambang atau pun dalam Bahasa Inggerisnya 'crest' bagi pasukan SRM FC sebenarnya direka sepenuhnya oleh Shahrom 2 tahun dulu. Dan penulis berani menjamin bahawa tidak seorang pun yang tahu makna setiap simbol dan warna dalam crest tersebut. Di sini penulis bakal menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci.

MAHKOTA
Lambang cita-cita dan impian kelab untuk merangkul setiap mahkota kejuaraan yang disertai namun setakat ini, jangankan mahkota, mangkuk pun belum dapat dicapai-capai lagi. Selain itu, mahkota juga melambangkan virginity atau pun keperawanan jitu Kamarul, simbol keseksian kelab.

WARNA HIJAU
Mewakili sifat mesra alam setiap pemain kelab di mana kebersihan alam sekitar hendaklah dijaga setiap masa. Ingin bukti? Cuba namakan pemain SRM FC yang merokok, mengotorkan udara segar bumi? Tidak ada bukan?

WARNA PUTIH
Lambang kemurnian dan ketulusan hati yang menjadi keutamaan para pemain sama ada di dalam atau pun di luar padang. Setiap pemain dikehendaki bersikap sopan dan berketimuran semasa bermain.

WARNA HITAM
Lambang kekentalan dan keberanian pemain dalam menghadapi pemain-pemain lawan yang diimport dari luar negara.

WARNA OREN
Warna rasmi jersi kelab.

No comments: