Liga MMU 2011/2012!

Seperti yang telah diketahui ramai, Liga MMU 2011/2012 telah bermula pada trimester ini. Terbahagi kepada dua divisyen, Liga MMU ini dijadualkan bakal berlangsung selama dua trimester, bermula bulan ini sehinggalah bulan Mac pada tahun hadapan.

Liga MMU dibahagikan kepada dua peringkat divisyen iaitu Divisyen 1 dan Divisyen 2. Tidak faham? Begini, Divisyen 1 bolehlah diibaratkan sebagai EPL manakala Divisyen 2 pula sebagai Npower Championship League.

SRM FC telah ditempatkan dalam Divisyen 1 yang dianggotai oleh 8 lagi pasukan iaitu musuh tradisi Fire & Flames, Salsa FC, Saracen FC, Athletico Assasino, Kacang, Abu Dhabi, Staff FC dan Mantis FC.

Berikut adalah jadual SRM FC untuk musim ini. Sila ambil perhatian bahawa setelah dipersetujui dan diluluskan oleh pengurus, Shawn, kesemua pemain diwajibkan turun pada setiap latihan yang akan diadakan kelak.

1) 1/12/2011 vs Salsa FC 5.15 Padang Belakang

2) 15/12/2011 vs Athletico Assasino 5.15 Padang Belakang

3) 3/01/2012 vs Staff FC 5.15 Padang Belakang

Bukan apa kawan-kawan. Bukan berniat mahu mencuri masa tidur, dating atau pun gaming anda, apatah lagi masa belajar anda. Cuma pasukan kita belum cukup 'chemistry' kata orang putih. Banyak yang perlu dibaiki kata Shawn. Musim ini peluang untuk menang piala sangat cerah tetapi beberapa perkara perlu 'ditampal', 'diperah', 'dipicit-picit', 'didayung', atau lebih tepat, 'dihenjut' terlebih dahulu sebelum matlamat itu bisa dicapai. Lagi pun, jurulatih yang mengendalikan setiap latihan pasukan iaitu Bobot, bukan calang-calang orangnya. Tahukah kawan-kawan semua bahawa Bobot pernah masuk tv astro siaran Astro Arena? Dan yang menemubual beliau tak lain dan tak bukan, legenda pengulas negara, Haji Hasbullah Awang!
Mengagumkan bukan!

Tetapi sebagai pelajar, belajar adalah prioriti kita. Utamakan pelajaran terlebih dahulu. Sekiranya masa latihan 'bertindih' dengan jadual kelas, eloklah ke kelas terlebih dahulu dan maklumkan awal-awal kepada Shawn atau pun Danny atau pun Kenneth. Begitu juga dengan excuse yang lain. Maklumkan seawal yang mungkin.

Apa-apa pun, good luck perlawanan esok. Salam cemburu dari penulis.

No comments: