SRM FC 4-1 Salsa FC


What a match!

Perlawanan pertama kelab dalam Liga Divisyen 1 musim ini menentang pasukan Salsa FC tadi berakhir dengan kemenangan bergaya 4 gol berbalas 1 buat SRM FC.

Meskipun 'playmaker' maestro Luqman tidak dapat turun beraksi kerana masalah pertindihan jadual, namun kesemua pemain baru dan lama memberikan persembahan bertenaga dan komited dalam setiap tugasan yang diberikan. Nazrin, rekrut terbaru pula tidak diturunkan kerana sedang dalam proses pemulihan akibat kecederaan koyak tendon Achilles minggu lepas.

Kehadiran pemain-pemain baru nyata memberi banyak manfaat buat pasukan. Ariff, Syafix, Bobot, Chap, Ameen dan Ron terbukti bukanlah pembelian yang sia-sia. Setiap seorang daripada mereka memberikan sumbangan yang besar dan yang lebih membanggakan, mereka menyarung jersi SRM dengan penuh semangat dan komitmen yang sangat tinggi. Syabas mere beta!!

Gol pertama SRM FC hadir menerusi gerakan solo daripada Pian The Smurf pada pertengahan babak pertama, diikuti oleh jaringan dari tengah padang oleh Chap pada minit ke 21. Ketinggalan 2-0, Salsa cuba bangkit apabila berhasil menembusi gawang SRM pada minit ke 29 menerusi jaringan Pytah, ayam import mereka, menjadikan kedudukan 2-1. Pian sekali lagi mencuri tumpuan apabila sekali lagi merobek gawang Salsa FC selepas menerima umpanan cantik daripada Aziwan 17 minit sebelum separuh masa pertama tamat.

5 minit selepas wisel babak kedua dibunyikan, SRM mengukuhkan kedudukan menjadi 4-1 apabila Syafix berjaya menjaringkan gol hasil hantaran daripada Pian. Perasaan menjaringkan gol pada debut pertama pastinya memberikan klimaks matang buat Syafix. Tahniah! Hasil pemerhatian penulis menerusi video rakaman perlawanan tadi, penulis menghadiahkan anugerah Pemain Terbaik Perlawanan kepada..................... Pian! 2 goal dan 1 'assist' melayakkan beliau untuk membawa pulang sebotol air mineral memandangkan wain haram di sisi agama.

Kesimpulannya, Kenneth dan Shawn sangat berpuas hati dengan mutu persembahan yang ditunjukkan pasukan SRM tadi meskipun terpaksa bermain dalam hujan lebat. Cuma beberapa perkara perlu diperbaiki lagi dan itu bakal dijelaskan Bobot dan Shawn semasa sesi latihan akan datang nanti.

p/s: Lain kali, siapa-siapa yang ada awek, kawan perempuan atau skandal tu, ajak-ajaklah turun sokong bersorak selak-selak kain.

No comments: