Pop Ying Pemain Paling Kaya Kelab

Taktik MLM: Promosi melalui Facebook.

Nazrin a.k.a. Pop Ying, bek kanan kelab mengungguli tangga teratas senarai pemain paling kaya SRM FC menurut kajian sebuah majalah terkenal Perancis, L'Equipe.

Beliau dilaporkan memperoleh pendapatan RM1k seminggu hasil perniagaan rim tayar beliau. Dikhabarkan lagi beliau mampu menjana RM600 untuk sepasang rim sahaja. Sumber penulis juga menambah bahawa selain perniagaan rim tayar, beliau juga menjual badan nasi lemak sebagai pendapatan sampingan. Namun begitu, jumlah gaji beliau sebagai pemain SRM kekal misteri sehingga sekarang.

Nazrin merupakan salah seorang rekrut terbaru Shawn, pengurus baru kelab yang sebelum ini berbelanja besar membeli beberapa pemain berprofil tinggi demi merealisasikan wawasan dan impian kelab untuk memenangi kejuaraan pertama setelah beberapa kali terbabas sebelum ini.

Terbaru, Nazrin dikatakan telah selesai membeli handphone baru berjenama Blackberry. Hal ini terbukti benar apabila beliau secara publicnya mendedahkan nombor BB pin beliau di dalam laman web Facebook rasmi beliau.

BBM Pin Blackberry beliau.

Mungkinkah selepas ini beliau secara murah hatinya akan memayung bekalan minuman untuk pasukan? Duit banyak, apa salahnya sponsor Red Bull 10-20 botol kan?

Update: Aziwan kantoi skandal dengan peminat. Nantikan laporan rasmi esok.

No comments: