Player Rating: SRM FC 4-1 Salsa FC

Pemain Terbaik Perlawanan, Pian.

Penulis me'rating'kan setiap persembahan pemain SRM pada kemenangan meyakinkan dua hari lepas.

Bobot - 7.5: Debut pertama beliau bersama kelab. Bobot membuktikan kepada semua mengapa beliau menjadi pemain yang paling dikejar SRM selama ini. Merupakan pembelian termahal kelab, Bobot tenang menampan dan mempertahankan gawang beliau. Bijak menyusun dan merangka gerakan pertahanan beliau, kematangan beliau begitu terserlah meskipun bolos sebiji gol.

Ezry - 6.5: Pemain termuda kelab diberikan posisi baru oleh pengurus Shawn sebagai bek kanan pertahanan. Walaupun agak gugup, namun beliau tetap memberikan komitmen 100% dalam permainan beliau.

Aziwan- 7.5: Seksi menawan. Dada semakin bidang, punggung kini agak tonggek. Bakal merampas gelaran pemain terseksi SRM daripada Kamarul. Memperolehi 1 assist.

Kenneth- 7: Kapten terpaksa turun sebagai tonggak pertahanan tengah di samping Sanji setelah Faris dan Shauqie datang lambat disebabkan masalah kesesakan lalu lintas. Tenang dan semakin lantang bersuara di dalam padang. Namun agak cuai apabila tertinggal but beliau di padang.

Sanjiv- 7: Pemain paling agresif dalam pasukan. Mengutip kad kuning ke entah berapa beliau. Sama seperti Kenneth, beliau sentiasa tenang menghadapi serangan lawan. Dominan di udara.

Ariff- 7.5: Merampas tempat Luqman sebagai pemain perancang. Merencanakan gol Pian, gol ke 4 SRM. Kelebihan beliau? Sangat rajin.

Laxg- 7: Siapa Laxg ni?*HAHAHAHA*

Aris- 8: Kecil jangan disangka tidak 'hebat' beraksi. Dua gol dan satu bantuan gol melayakkan beliau untuk dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan. Dribbling, shooting, goal! Simple.

Shahrom- 7: Beli but baru please.

Chap- 7: 1 miss dan 1 gol ala2 Beckham. Kerajinan beliau tiada tolok bandingnya. Sudahlah kaya, awek pula hot, duit banyak plus pemurah pulak tu. Khabarnya sedang mempersiapkan kejutan buat skuad SRM FC. Free jersey maybe?

Syafix- 7.5: Menjaringkan gol pada debut beliau. Sememangnya rajin berlari sama ada ketika menyerang mahu pun bertahan. Diharap beliau dapat memperoleh lebih banyak gol lagi selepas ini.

Nisham- 9.5: SENSATIONAL! Persembahan yang sangat mengagumkan. Memiliki stamina setanding Chap. Agak bernasib malang apabila kesemua 8 percubaan beliau berjaya diselamatkan penjaga gol Salsa dan 3 tendangan percuma beliau dinafikan tiang gol. Merupakan pre-assist kepada keempat-empat gol SRM. Sentiasa merendah diri walaupun rakan-rakan yang lain menggelar beliau Nishamovic kerana stail permainan yang hampir serupa dengan pemain AC Milan, Ibrahimovic.

Subtitution:

Faris, Shauqie, Aidel, Amiron, Kamarul, Ameen.

p/s: Rating dan komen di atas diberikan oleh Shawn. Penulis sekadar meng'copypaste' sahaja. Untuk pemain gantian, no rating are given by Shawn. Jahat gila Shawn ni. =(

No comments: