Itu Bukan Angkara Saya! - Nisham


Berikutan kekecohan mengenai artikel penuh kontroversi semalam, Nisham menafikan sekeras-kerasnya bahawa semua itu bukan digarap oleh beliau. Artikel mengenai temu ramah 'hooooooooooooottt' bersama Luqman tersebut mencetuskan kacau-bilau di mana kebanyakan jari-jemari serentak menuding kepada Nisham.

"Itu bukan angkara aku! Man, aku difitnah Man. Ada orang lain ceroboh masuk blog."

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa sayalah yang menulis artikel penuh memalukan itu. Kepada gerangan pemfitnah, awas! Saya tahu siapa anda."

"Tidak perlu untuk saya memohon maaf kepada mana-mana pihak di atas kesalahan yang bukan dilakukan oleh saya. Kepada Luqman dan Mama Huda, saya berjanji akan mencari dalang sebenar yang menganiaya anda berdua."

Siapakah yang sebenarnya menulis artikel panas tersebut? Adakah Nasrul? Atau mungkin Aziwan? Jika difikirkan, mungkin juga Mama Huda. Misteri, misteri dan misteri.

Bilakah persoalan ini bakal terjawab? *senyum*

No comments: