Sembang-Sembang: Boxing Day Bebeh!

Manchester United 2-0 Sunderland, Arsenal 3-1 Chelsea.

MU menamatkan tahun 2010 sebagai juara liga BUAT MASA INI setelah penyerang dulubodosekaranghero Berbatov menyumbat 2 gol membenam Sunderland. MU kini mengumpul 37 mata daripada 17 perlawanan dan perlu diingat bahawa mereka masih mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Arsenal pula memalukan Chelsea 3 gol berbalas 1 di Emirates hasil jaringan Song, Walcott, dan Fabregas. Tidak perlu diulas panjang, Arsenal memang terbaik. Mereka kini mengutip 35 mata daripada 18 perlawanan, menghuni tangga ke 2 EPL di belakang MU.

Khas buat peminat-peminat Chelsea, jom layan lagu ini;



No comments: