Player Rating: SRM FC 0-1 F&F

Shawn: 4 - Kesilapan ala-ala Ben Foster beliau menyumbangkan gol percuma kepada penyerang import F&F. Gagal menyusun barisan pertahanan beliau.

Aziwan : 6 - 'Bieber Boy' sekali lagi menunjukkan permainan yang agak tenang. Tiada lagi aksi 'hard tackle' atau aksi tarik-menarik baju. Peningkatan yang sangat ketara.

Shauqie: 6 - Kental seperti biasa. Penyerang import F&F buntu mencari jalan menembusi kekebalan beliau. Gandingan off-side trap beliau bersama-sama Faris tampak menjadi.

Faris: 6 - Kegagalan mengeluarkan bola daripada garisan gol mencacatkan persembahan menarik beliau. Gandingan mantap beliau bersama Shauqie tetap menjadi kebanggaan peminat.

Meegan: 6 - Kembali menyarung jersi SRM setelah membelot pada mini-minit terakhir musim lalu setelah menyertai pasukan kawan beliau. Kecil tetapi sentiasa alert setiap masa.

Kenneth: 7 - Bekerja keras melindungi 'back four' beliau. Sering memenangi foul malangnya gagal menginspirasikan rakan-rakan beliau melakukan 'comeback'.

Luqman: 5.5 - 'The Xavi' tidak begitu menyerlah pada perlawanan ini. Mungkin kerana keletihan, beliau ketandusan visi-visi untuk melakukan hantaran maut yang selama ini menjadi trademark beliau. Tetapi, tendangan percuma mengelirukan beliau hampir-hampir sahaja memberi igauan buruk kepada penjaga gol Bobot.

Hanif: 6 - Kawalan ketat ke atas beliau membataskan pergerakan dan aksi pemain muda ini. Meskipun memiliki pace seperti Nani, hantaran lintang beliau agak mengecewakan, tidak seperti sebelum-sebelum ini.

Usam: 6- Kaki off-side No 2 SRM. hahaha

Ammar: 5.5 - Tampak lesu dan kurang bertenaga. Tetapi peningkatan dari segi kerajinan beliau sangat ketara.

Nisham: 5 - Kaki off-side No 1 SRM. Mensia-siakan sekurang-kurangnya 3 peluang keemasan untuk beliau menjaringkan gol. Please improve boy!

Subtitutions:

Kamarul: 6 - Masuk menggantikan Hanif pada separuh masa kedua. Aksi lenggok menggoda beliau sedikit sebanyak menaikkan nafsu pemain lawan. Hantaran lintang cantik beliau daripada sebelah kiri padang gagal dimanfaatkan striker Nisham.

Shahrom: 5.5 - Balik Sabah la kau..Berapa kali jak kau pegang bola??hahahaha

No comments: