Sembang-Sembang: Malaysia vs Indonesia

Contohi semangat penyokong kental pasukan Kelantan.


Mari beralih kepada dunia bola sepak negara Malaysia tercinta.

Esok bakal menyaksikan pertempuran peringkat akhir pertama Piala AFF edisi 2010 di Bukit Jalil di antara Malaysia dan Indonesia.

Stadium Bukit Jalil(SBJ), stadium bola sepak ke 10 terbesar di dunia menjadi medan pertembungan dua negara kerdil dalam arena sukan bola sepak. Berkapasiti maksimum 100 200 tempat duduk, SBJ sekali lagi menerima kunjungan Indonesia selepas tahun 2004, di mana Malaysia dilunyaikan 4 gol berbalas 1. Mengikut ranking bola sepak antarabangsa, Malaysia menghuni tempat ke 144, di belakang Indonesia yang mengisi tangga ke 127 dunia.

Sebelum ini, di peringkat kumpulan Malaysia dimalukan Indonesia dengan keputusan Garuda 5, Harimau Malaya 0. KLCC menjadi tempat rakyat-rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia berkumpul, bersorak gempita di atas kemenangan mutlak negara mereka. Wak Jamani, Suparman, Suprianto, Mas Joko, Sukerti, Tanti dan ramai lagi warga-warga Indonesia di Malaysia bergembira meraikan pembelasahan skuad Harimau Malaya. Berlatar belakangkan air pancur naik turun KLCC Suria, mereka beramai-ramai mengambil gambar mengabdikan kenangan terindah tersebut. Bagi yang mempunyai akaun Facebook, semestinya tidak melepaskan peluang meng'upload' gambar-gambar mereka sambil meletakkan caption "Aku sayang Peterporn!!".

Bukan niat di hati mempersendakan mereka, apatah lagi me'racist'kan kaum kerabat sahabat handai mereka. Angaplah ini sebagai satu pembakar semangat buat kita rakyat Malaysia. Layak ke final dalam apa-apa pertandingan bukan benda biasa buat negara tercinta. Ini satu keajaiban yang jarang-jarang sekali datang.

Oleh itu, walaupun tidak mampu bertandang ke SBJ, pastikan saluran kegemaran TV2 anda dipasang tepat pukul 8.00 malam ini. Lagi bagus, kunjungi kedai-kedai mamak yang terdekat. Beri sokongan padu kepada pasukan kebanggaan kita.

Akhir kata, selamat maju jaya Malaysia!

p/s: Diharap pengulas perlawanan nanti senyap dan tidak merapu seperti sebelum-sebelum ini. Jangan merosakkan mood penonton dengan ulasan-ulasan menjengkelkan. Terima kasih.

No comments: