SRM XMAS Award!!

Piala Anugerah sumbangan penuh ihsan daripada Google Image.

Anugerah Bidan Terjun Terbaik: Faris. Siapa yang boleh lupa persembahan kental beliau semasa menentang Cyberheat? Tampanan saat-saat akhir beliau dicanang sebagai Best Save Of The Season.

Anugerah Biskut Oreo Terbaik: Amir Hamzah. Sebagai lelaki tampan dan bekerjaya, memang agak sukar untuk beliau menghadirkan diri pada setiap kali perlawanan. Oleh itu, beliau sekejap ada, sekejap tiada, macam biskut Oreo.

Anugerah Punggung Comel Terbaik: Aziwan. *sigh*. SEXY DOWH!!!(Marul cakap).

Anugerah Nafas Kuda Terbaik: Shahrom. Lari laju macam kuda, nafas pun macam kuda. Tapi sayang, cepat semput. hahahaha

Anugerah Paul Robinson Terbaik: Shawn. (Shawn, this is just for fun okay. No hard feelings okay.hehehe)

Anugerah Tiang Lampu Putrajaya Terbaik: Usam. Nilailah sendiri. Cuma kekurangan sedikit element iaitu MENTOL..hahaha

Anugerah Kulit Mulus Terbaik: Kamarul. (Selalu buat aku horny time main bola. Dah la lari selalu manja menggoda. adehhhhh. Duniaaaaa zaman sekarang.)

Anugerah Manager Terpaling Komited: Nasrul. Walaupun digulingkan daripada jawatan Presiden, beliau tetap memberikan komitmen penuh menguruskan hal-hal kebajikan para pemain.

Anugerah Tangan Titanic: Haniff. Gemar mendepakan tangan sewaktu membawa bola, beliau mengingatkan kita kembali pada filem Titanic di mana hero dan heroin berpelukan di depan dek kapal. Oh ya, tidak lupa juga adegan hero melukis heroin 'bulat-bulat'.=)

Anugerah Handsome Macam Noh Hujan: Nisham. Sering dikaitkan dengan Chamakh dan Fabregas, beliau sering merendah diri apabila dipuji handsome mirip-mirip Noh Hujan.

Anugerah Datang Lambat Balik Awal: Ammar. Jika game start pukul 6, beliau akan turun pukul 6.05. Jika game tamat pada pukul 7, beliau hilang pada pukul 6.55. Renungkanlah.

Anugerah Pendatang Baru Terbaik: Haziq. Pembelian berbaloi SRM. Namun hampir mandul ketika bermain menentang Cyberheat. Susah nak diterangkan. Pendek cerita, penderitaan ditendang tepat ke 'lokasi' tersebut.

Anugerah Larian Ong Bak: Shauqie. Disaksikan hujan renyai, beliau mengaplikasikan Muay Thai ke dalam bola sepak. Hasilnya? Gol cantik kemenangan menewaskan Cyberheat.

Anugerah Selalu Demam Time Game: Meegan. Melihat kepada sejarah, penyakit demam sering menyerang beliau pada hari perlawanan. Kesiannnnnn...=)

Anugerah Muka 24 Jam Stim: Sany. Tengok mata pun tauuuuu.

Anugerah WAGS Rajin Datang: Awek Kenet(nama dirahsiakan) dan Huda The Diva. No komen.

Anugerah Donut Big Apple: Faris. Amal. Gadis Faris ini suka sponsor donut-donut yang sedap. Terima kasih Faris Amal!


Gambar-gambar semasa upacara Karpet Merah dan semasa penyerahan anugerah akan di'upload' sebentar lagi.

2 comments:

Shawn said...

Haha nice nice. Bila masa pula staff league Kita, Bukan victory ah?

Princesa3290 said...

yg kejap ade kejap takde bukan biskut chipsmore ker? oreo pun?! haha!