REVIVE-SPORTSPLANET Ultimate Champions LEague 2010

Pada 10 Mac yang lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Kejohanan
Futsal REVIVE-SPORTSPLANET Ultimate Champions League 2010
yang bertempat di Sportsplanet Ampang. Majlis yang dihadiri oleh wakil
media & penaja itu telah disempurnakan pelancarannya oleh Pengarah
Eksekutif Sportsplanet Sdn. Bhd. iaitu En. Wong Horr Wai.

Kejohanan yang akan bermula pada 28 Mac 2010 ini, menawarkan hadiah
yang menarik pada peringkat Pusingan Awal di venue-venue Sportsplanet
dan seterusnya hadiah keseluruhan berjumlah RM14,000.00 pada peringkat
'Grand Final' pada 9 Oktober 2010 dengan yuran penyertaan hanya
RM150.00 bagi setiap pasukan. Johan & Naib Johan pada peringkat
Pusingan Awal disetiap venue akan melayakkan diri untuk ke peringkat
'Grand Final'.

Peringkat pusingan awal bagi Sportsplanet Ampang akan diadakan pada
16 Mei 2010 (Ahad). Mana-mana pasukan yang berminat, boleh menghubungi
Pengurus Kejohanan, En Ezzeim Zulfaqar di nombor 017-3077 036 /
03-2091 9595 atau datang terus ke kaunter pendaftaran Sportsplanet Ampang
bagi mendaftarkan pasukan anda atau untuk mendapatkan keterangan lanjut.

'MAJULAH SUKAN BERSAMA SPORTSPLANET'


For link, click here.

Thank you!

No comments: