MMUPL: SRM FC vs Salsa FC

SRM FC vs Salsa FC
Monday, 13th December 2010
5.30 pm
MMU Field (Padang Belakang)
fees jgn lupa utk sape2 belom byr..
...Nisham special case, aku bagi free..
termasuk la jersi.. xyah bayar k Sham..


-Kenneth-



Itu Bukan Angkara Saya! - Nisham


Berikutan kekecohan mengenai artikel penuh kontroversi semalam, Nisham menafikan sekeras-kerasnya bahawa semua itu bukan digarap oleh beliau. Artikel mengenai temu ramah 'hooooooooooooottt' bersama Luqman tersebut mencetuskan kacau-bilau di mana kebanyakan jari-jemari serentak menuding kepada Nisham.

"Itu bukan angkara aku! Man, aku difitnah Man. Ada orang lain ceroboh masuk blog."

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa sayalah yang menulis artikel penuh memalukan itu. Kepada gerangan pemfitnah, awas! Saya tahu siapa anda."

"Tidak perlu untuk saya memohon maaf kepada mana-mana pihak di atas kesalahan yang bukan dilakukan oleh saya. Kepada Luqman dan Mama Huda, saya berjanji akan mencari dalang sebenar yang menganiaya anda berdua."

Siapakah yang sebenarnya menulis artikel panas tersebut? Adakah Nasrul? Atau mungkin Aziwan? Jika difikirkan, mungkin juga Mama Huda. Misteri, misteri dan misteri.

Bilakah persoalan ini bakal terjawab? *senyum*

Kenapa Saya Belum Ada Girlfriend?? - Luqman



Luqman, mantan Kapten SRM meluangkan sedikit masa ketika sedang berlatih untuk di temu-ramah wartawan MMU FourFourTwo.

W: Halo Man. Guane ni?

L: Never kecek Ganu if you are not Ganuians.*senyum*

W: Ok sorry. Luqman, apa perasaan anda setelah pasukan anda kalah di tangan gergasi F&F?

L: Sedih la jugak. Tetapi life must go on.*senyum*

W: Mengikut statistik, anda antara 'soloist' atau pun 'singular' yang agak hardcore dalam pasukan SRM FC. Sehingga kini, anda masih belum berpunya atau dipunyai bukan?

L: Hmmm. Soalan sensasi. Ya betul, saya masih solo.*senyum*

W: So, adakah belum tiba seru atau pun, minta maaf cakap, anda gay?

L: Wowowowo!! Bro, Ganuian don't do gay. Actually, saya masih belum bersedia untuk berpunya atau dipunyai.*senyum*

W: Alasan lapok. Ok Man, sumber kami mengatakan bahawa anda sekarang ini dilihat agak rapat dengan penyanyi bersuara lunak Mama Huda. Any comment?

L: *senyum*.......*senyum*

W: .................??

L: Okay2. Saya mengaku memang sejak dua tiga menjak ni kami rapat. Tetapi, kami just 'kawan mengawan' antara satu sama lain. Tak lebih tak kurang.*senyum*

W: Kami juga dikhabarkan yang kamu berdua pernah pergi camping BERDUA dekat Ulu Yam. Any comment?

L: Well, true BUT we just go there to menikmati mother nature. tak lebih tak kurang.*senyum*

W: Pandai buat alasan ye Man. Ok, nak tanya soalan maut ni Man. Apa itu girlfriend bagi anda?

M: Ermm. Bagi saya, girlfriend ni sebijik macam keropok lekor. Keropok lekor yang berkualiti susah nak cari kalau bukan dekat Ganu. Bila duduk luar Ganu, satu-satunya cara nak dapat lekor berkualiti adalah menunggu member-member Ganu balik bercuti daripada Ganu. Dengan itu, dapatlah kita memakan keropok lekor yang berkualiti.............................................................. Apa aku cakap ni??haha

W: Ok la Man. Soalan terakhir, macam mana agaknya ciri-ciri wanita idaman anda?

L: *senyum* Dia mestilah lebih tua daripada saya sebab saya mementingkan maturity dalam perhubungan. Pandai menyanyi untuk saya, lagi bagus kalau dia pandai masak. Hitam-hitam manis sebab saya tak suka wanita berkulit cerah. Paling penting, happy go-lucky dan pandai menghiburkan saya. Dan bonus kalau dia ada kereta Kancil, boleh drive bawa saya makan dekat Saba'.*senyum*

W: Wow. Hebatnya. Kepada ladies berumur di luar sana, Luqman is available. Thanks Luqman!

L: No problem la. Tak kesah pun. *pegang bahu pandang atas*(yup guys, imagine man buat macam tu..HAHAHAHA!!)

Player Rating: SRM FC 0-1 F&F

Shawn: 4 - Kesilapan ala-ala Ben Foster beliau menyumbangkan gol percuma kepada penyerang import F&F. Gagal menyusun barisan pertahanan beliau.

Aziwan : 6 - 'Bieber Boy' sekali lagi menunjukkan permainan yang agak tenang. Tiada lagi aksi 'hard tackle' atau aksi tarik-menarik baju. Peningkatan yang sangat ketara.

Shauqie: 6 - Kental seperti biasa. Penyerang import F&F buntu mencari jalan menembusi kekebalan beliau. Gandingan off-side trap beliau bersama-sama Faris tampak menjadi.

Faris: 6 - Kegagalan mengeluarkan bola daripada garisan gol mencacatkan persembahan menarik beliau. Gandingan mantap beliau bersama Shauqie tetap menjadi kebanggaan peminat.

Meegan: 6 - Kembali menyarung jersi SRM setelah membelot pada mini-minit terakhir musim lalu setelah menyertai pasukan kawan beliau. Kecil tetapi sentiasa alert setiap masa.

Kenneth: 7 - Bekerja keras melindungi 'back four' beliau. Sering memenangi foul malangnya gagal menginspirasikan rakan-rakan beliau melakukan 'comeback'.

Luqman: 5.5 - 'The Xavi' tidak begitu menyerlah pada perlawanan ini. Mungkin kerana keletihan, beliau ketandusan visi-visi untuk melakukan hantaran maut yang selama ini menjadi trademark beliau. Tetapi, tendangan percuma mengelirukan beliau hampir-hampir sahaja memberi igauan buruk kepada penjaga gol Bobot.

Hanif: 6 - Kawalan ketat ke atas beliau membataskan pergerakan dan aksi pemain muda ini. Meskipun memiliki pace seperti Nani, hantaran lintang beliau agak mengecewakan, tidak seperti sebelum-sebelum ini.

Usam: 6- Kaki off-side No 2 SRM. hahaha

Ammar: 5.5 - Tampak lesu dan kurang bertenaga. Tetapi peningkatan dari segi kerajinan beliau sangat ketara.

Nisham: 5 - Kaki off-side No 1 SRM. Mensia-siakan sekurang-kurangnya 3 peluang keemasan untuk beliau menjaringkan gol. Please improve boy!

Subtitutions:

Kamarul: 6 - Masuk menggantikan Hanif pada separuh masa kedua. Aksi lenggok menggoda beliau sedikit sebanyak menaikkan nafsu pemain lawan. Hantaran lintang cantik beliau daripada sebelah kiri padang gagal dimanfaatkan striker Nisham.

Shahrom: 5.5 - Balik Sabah la kau..Berapa kali jak kau pegang bola??hahahaha

Player Point: SRM FC 0-1 F&F

Shawn: 1

Aziwan: 0

Faris: 0

Shauqie: 0

Meegan: 0

Luqman: 2

Kenneth: 5

Ammar: 2

Hanif: 2

Usam: 2

Nisham: 2

Subtitution

Kamarul: 2

Shahrom: 2