Rating: Genki Noob 0-2 SRM FC


Shawn- 7: Petang yang agak selesa untuk penjaga gol baru SRM ini. Menunjukkan tahap ketenangan yang tinggi walaupun pertama kali beraksi mewakili SRM. Melakukan tampanan hujung jari bagi menafikan percubaan penyerang lawan.

Aziwan- 7: Agresif dan keras. Berhubung sangat baik dengan Shauqie walupun kadang-kadang lari daripada posisi beliau. Memperoleh kad kuning pertama untuk SRM selepas tidak sengaja melakukan kekasaran.

Shauqie- 8.5: Pertahanan terbaik perlawanan. Berjaya mematahkan serangan demi serangan Genki. Kerap dikasari namun masih mampu bertahan. Gandingan beliau bersama Faris boleh dikatakan merupakan duo pertahanan terbaik MMU.

Faris- 8: Tidak boleh dinafikan lagi, bola di udara adalah milik beliau. Sangat-sangat boleh dipercayai oleh rakan sepasukan yang lain. Laju dan bertenaga, beliau menjadi punca mengapa serangan Genki kebanyakannya tidak menjadi.

Haniff- 7: Tenang dan bersahaja, beliau berjaya membuktikan bahawa seorang pertahanan yang berkualiti, tidak semestinya perlu keras ataupun kerap melakukan bentesan. Bijak mencari kelemahan lawan dan tidak terburu-buru. Juga merbahaya semasa membuat serangan.

Kenneth- 7: Menggalas tanggungjawab sebagai kapten baru SRM tidak menjadi maslah buat beliau bahkan beliau berjaya mengatur permainan dengan begitu baik sekali. Cuma agak kurang berkomunikasi dengan Luqman, tidak seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini di mana mereka berdua bermain bagaikan Iniesta dan Xavi. Anyway, congrats boss!!

Luqman- 9: Apa lagi yang mampu saya katakan?? Sepakan sudut beliau melencong cantik masuk ke dalam tiang gol. Beliau adalah fenomena alaf baru. Simply brilliant!

Shahrom- 7.5: Menjadi mangsa kekasaran kerana kerap men'dummy' kan lawan. Larian yang tepat, ditambah lagi dengan hantaran yang cantik memningkan pertahanan lawan. Tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol pada awal separuh masa pertama. Khabar angin mengatakan beliau mempunyai satu penyakit pelik?

Usham- 7.5: Pemain baru yang tinggi lampai ini berjaya memikat hati penyokong dengan kelajuan dan skil menggelecek beliau. Sememang nya pembelian yang sangat berbaloi. Cuma agak kerap melakukan ofsaid. Apa-apa pun, tahniah!

Nisham- 6.5: Bermain sebagai striker, beliau dilihat lebih banyak berjalan daripada berlari mengejar bola. Sentuhan prtama yang kurang baik, tandukan yang agak lemah, dan lambat membuat keputusan merupakan antara kritikan yang beliau terima. Perlu meningkatkan lagi stamina.

Danny- 7: Berperanan sebagai 'feeder', striker baru SRM ini nyata memberi nafas baru kepada corak serangan SRM berbanding musim lalu. Bijak membuka permainan dengan melorongkan bola ke kiri dan ke kanan padang. Beliau dikecewakan dengan permainan kurang bertenaga daripada partner beliau, Nisham. Anyway, nice bro!

Subtitutions:

Kamarul- 7: Masuk menggantikan Usham tetapi serta-merta mendapat tepukan dan sorakan gemuruh penonton. Bermain dengan seluar yang sangat pendek sehinggakan menampakkan paha putih beliau, menyebabkan pemain lawan sukar memberikan tumpuan dalam padang. SRM memperoleh gol kedua hasil kebijaksanaan beliau memperdaya pemain lawan, sekaligus membuka laluan untuk Luqman melorongkan bola kepada Ammar.

Ammar- 7.5: Menjaringkan gol beliau yang pertama sepanjang bergelar pemain SRM. Menyempurnakan bola hantaran Luqman dengan tenang dan penuh keyakinan. Tahniah!

Eddy- 7: Menjadi pengganti kepada Nisham, beliau bermain dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Rajin berlari mengejar dan mendapatkan bola malah memberi tekanan kepada pertahanan lawan.

Sany- 7: Memiliki bola lintang yang agak bagus, pengganti Shahrom ini bermain seperti bersantai di tepi pantai. Jelas sekali beliau gemuruh mungkin kerana pertama kali beraksi di peringkat antarabangsa. Juga merupakan pembelian berbaloi SRM.

1 comment:

Anonymous said...

Cuba lah kurang2 kan sikit merepek tu... hahahahahahahahaha!