Usham: SRM Rumahku, Syurgaku.


"Ianya seperti mimpi menjadi kenyataan. Saya masih tidak percaya SRM berminat mendapatkan tandatangan saya. Saya berterima kasih sangat kepada KK." jelas pemain baru SRM, Usham yang bermain sebagai sayap kiri selepas ditanya tentang perasaan beliau menyertai SRM dan membuat penampilan sulung semalam.

"Semasa kecil, saya sering mengumpul duit untuk membeli tiket semata-mata untuk melihat pasukan SRM beraksi. Tidak pernah terlintas sekali pun di fikiran saya yang saya akan bermain di samping pemain-pemain pujaan saya seperti Luqman, Shahrom ataupun
Faris. Buat pengetahuan semua, saya mempunyai sebuah poster gergasi pasukan SRM 2009-2010 yang masih terlekat kemas di dinding bilik sampailah sekarang."

"Saya sangat puas hati bermain perlawanan pertama saya. Rakan-rakan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan melayan saya seperti telah bertahun kenal. Saya rasa inilah keistimewaan SRM FC. Semua orang sama tanp mengira kedudukan ataupun kekayaan. Pilihan saya memang tepat!"

Kehadiran Usham memberikan saingan sengit buat Kamarul. Kedua-dua mereka semestinya akan berusaha meningkatkan skil dan kemahiran bagi merebut posisi sayap kiri.

Lawan SRM di peringkat suku akhir adalah di antara Bahrain atau pun Kacang. Mampukah SRM menamatkan 'Sumpahan Suku Akhir'
yang sering membelengu mereka? Sama-samalah kita nantikan.

1 comment:

aniswarni said...

nisham pandai buat citer xD