SRM FC 2-0 Bahrain

Sejarah tercipta buat SRM FC apabila mereka berjaya layak ke separuh akhir MMU World Cup Tournament edisi 2010 setelah menundukkan pasukan
Bahrain 2-0 dalam perlawanan yang agak baran Selasa lepas.

Bijak mendominasi perlawanan, SRM melancarkan serangan kilat bertubi-tubi namun gagal mencari sebarang gol akibat gerakan penyudah yang kurang berbisa.
Gol pertama SRM dijaringkan Nisham, terima kasih kepada pertahanan pasukan Bahrain yang kalut sekaligus gagal mengeluarkan bola sepakan sudut dari Shahrom.
Separuh masa kedua pula menyaksikan gaya permainan SRM agak kurang teratur namun itu tidak bermakna mereka buntu
melancarkan serangan demi serangan ke atas pasukan lawan. Berkat semangat teguh dan kesepaduan, akhirnya gol kedua SRM hadir selepas
pemain gantian Sany, bijak memperdayakan lawan kemudian melorongkan bola kepada Nisham untuk beliau menolak mudah ke dalam tiang gol Bahrain.
SRM mempunyai sekurang-kurangnya 8 peluang untuk menjaringkan gol tetapi sayangnya disia-siakan.

Kejayaan melangkah ke separuh akhir amat bermakna sekali bagi skuad SRM kerana ini merupakan separuh akhir pertama mereka sejak kelab ini ditubuhkan
6 bulan yangg lalu. Musim lalu mereka membuat kejutan dalam arena bola sepak MMU namun tersungkur pada peringkat suku akhir di tangan Black Emperor.
SRM bakal bertemu pasukan Yemen atau pun musuh tradisi mereka, Black Emperor dalam saingan peringkat separuh akhir yang bakal diadakan 2 minggu lagi.

Tahniah kepada semua!

No comments: