Official: Four New Players For SRM FC!

SRM FC berjaya rekrut 4 pemain baru...

Sebagai mengotakan janji beliau, Presiden Luqman telah berjaya mendapatkan tandatangan daripada 4 orang ahli pasukan baru SRM FC hasil pantauan ketat dan berterusan daripada kapten Kenneth tengah hari tadi. Shawn, Sany, Usham dan Sany masing-masing bersetuju untuk terus kekal di SRMirates sehingga 2015. Yuran perpindahan mereka berempat masih belum didedahkan tetapi menurut satu sumber yang bole dipercayai, sejumlah RM90k telah dibelanjakan untuk mendapatkan mereka.

Bekas penjaga gol Phlamze FC, Shawn, menyertai SRM setelah dipujuk rakan senegara beliau yang juga merupakan kapten SRM, Kenneth. Shawn tampil 112 perlawanan mewakili Phlamze dan mempamerkan aksi yang mengagumkan. Paling dingati adalah aksi akrobatik beliau menyelamatkan bola rembatan kencang Dollah Salleh tidak lama dulu. Sany, pemuda beperwatakan malu-malu kucing pula disambar SRM semasa sesi ujibakat bersama KK bulan lalu. Anak kelahiran Johor ini mengakui bahawa kemahiran beliau dalam seni kuda kepang banyak mempengaruhi stail dan cara permainan beliau sebagai pemain sayap. Sebelum menyertai SRM, Sany berlatih bersama pasukan Salsa FC dan hampir mengikat kontrak bersama kelab tersebut namun mujurlah beliau berjaya dipujuk Nisham melalui pendekatan psikologi, seperti yang kita maklum, merupakan salah satu kepakaran Nisham.

Usham dan Danny pula bersetuju menjadi pemain SRM setelah mengadakan 'open discussion' bersama KK. Kewibawaan KK merupakan faktor utama memikat hati duo panas ini. Pada mulanya, mereka ragu-ragu untuk menyertai SRM tetapi selepas berjumpa dan bersemuka KK, mereka yakin bahawa SRMirates adalah pentas yang tepat untuk mencurahkan bakti kepada bangsa dan negara.
Tidak banyak yang diketahui tentang mereka tetapi yang pastinya mereka lelaki tulen, satu rahmat buat Kamarul.

Upacara memperkenalkan mereka berempat sebagai ahli baru SRM FC bakal diadakan malam ini bertempat di Stadium SRMirates. Presiden Luqman telah mengesahkan bahawa penyanyi Latin terkenal, Shakira bakal hadir membuat persembahan lagu waka-waka.
Selepas upacara tamat, sidang akhbar akan diadakan sebagai langkah merapatkan hubungan silaturrahim antara pemain-pemain baru dengan para wartawan.

Akhir sekali, majulah sukan undurlah kemiskinan.

No comments: