Luqman + Senyum Sokmo = Babai Sir Nasrul!


Luqman diisytiharkan sebagai presiden baru kelab selepas menggulingkan empayar Sir Nasrul...

Setelah setahun diam-diam ubi berisi, akhirnya terjawab jua skandal perebutan kuasa presiden antara Luqman dan Nasrul. Luqman yang sebelum ini merupakan kapten berwibawa SRM FC dikhabar anginkan mempunyai agenda tersembunyi kononnya menyimpan keinginan mengantikan Nasrul sebagai presiden kelab.

Terkenal dengan senyum sokmo beliau, Luqman mengesahkan dirinya sebagai presiden baru semasa sidang akbar yang berlangsung di PWTC semalam. Kapten baru SRM FC bakal diumumkan melalui satu lagi sidang akhbar yang bakal diadakan esok secara langsung dari SRMirates melalui saluran ceria anda NTV7 dan sebuah lagi saluran tv yang pernah popular dengan drama bersiri Adamaya iaitu TV3.

Sementara itu, akhbar-akhbar di Malaysia sibuk meramalkan siapakah yang bakal mengisi kekosongan 'skipper' pasukan SRM FC. Nama-nama yang dijaja termasuklah Shahrom, Kenneth, Nisham dan yang paling mengejutkan Kamarul yang baru sahaja selesai menjalankan pembedahan pertukaran jantina.

Beberapa selebriti terkenal negara menyuarakan pendapat mereka mengenai calon-calon yang bakal mengetuai SRM FC musim ini.

Hj Hasbullah Awang(pengulas sukan): Saya memilih Kenneth kerana beliau memliki kredibiliti yang amat tinggi yang saya lihat mampu memacu pasukan SRM FC pergi lagi jauh musim ini berbanding musim lepas.

Aznil Haji Nawawi(selebriti): Semestinya Shahrom menjadi piliha saya. Beliau bukan sahaja berkarisma malah sentiasa menjadi inspirasi kepada rakan sepasukan beliau. Jangan dilupa ye bahawa Shahrom merupakan pemenang anugerah 'Remaja Contoh' pada tahun lalu.

Kelab Gay(errr...): OTK!!OTK!!! Kami nak Kamarul! Tiada sesiapa pun yang layak selain Kamarul! Kelembutan beliau merupakan senjata terpenting untuk pasukan SRM. Lihat saja gaya permainan beliau. Mempesonakan!

Mr Tandeko(bapak Nisham): Can I speak English? Thanks. I'll choose my beloved son. FYI, he is the captain of his other bro n sis. He got a big potential to be commercialised. As his father, I'll give him my full support! And please, increase his current wage.

Sekian, terima kasih. =D

No comments: