Shawn, Sany, Usham dan Danny gembira dengan sambutan yang diterima mereka..

Persis majlis perasmian Piala Dunia bulan lalu, upacara memperkenalkan empat pemain baru SRM FC yang diadakan semalam mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Kehadiran lebih 50 000 penyokong SRM FC yang datang entah dari mana, menggamatkan Stadium SRMirates. Upacara dimulakan dengan persembahan yang mantap daripada Shakira yang merancakkan lagi suasana dengan lagu Waka-Waka beliau. Hadirin semua menari, bergelek dan bergelak ketawa riang ria sungguh gembira mengikut rentak Waka-Waka. Selepas Shakira, dikir barat bimbingan Tok Pijie mengambil tempat. Gemersik alunan bunyi gong dan gendang ibu, ditambah lagi dengan pergerakan unik awak-awak, berjaya menambat hati penonton sekaligus mengembalikan nostalgia kegemilangan dikir barat pada zaman dahulu.

Sebelum empat pemain baru dipersembahkan, Presiden Luqman terlebih dahulu menyampaikan ucapan ringkas beliau. Beliau mengharapkan agar SRM FC lebih berjaya pada masa akan datang dan menyeru para penyokong supaya sentiasa kekal bersama SRM FC tidak kira susah atau senang.

" SRM FC mempunyai banyak potensi tersembunyi. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk mengetengahkan bakat dan membuktikan kemampuan kita. Perlihatkan keupayaan kita kepada umum. Nescaya selamat dunia akhirat. Para penyokong sekalian, sentiasalah bersama kami. Jatuh bangunnya kami, kami tetap memerlukan anda. Sekian."

Upacara ditamatkan dengan kesemua pemain-pemain SRM FC kecuali Nisham naik ke pentas mennyanyikan lagu tema MMU. Semangat dan keazaman yang teguh jelas terpampang pada muka setiap pemain. Ketiadaan Nisham menimbulkan seribu satu pertanyaan di kalangan penyokong-penyokong yang hadir.

Akhir sekali, majulah sukan mundurlah kemiskinan.

No comments: