Peralihan Bahasa Pemangkin Negara!

Blog SRM FC dialih bahasa kepada Bahasa Melayu sebagai langkah menyokong saranan kerajaan ke arah memartabatkan bahasa Melayu..(sebab utama sebenarnya adalah penulis kehabisan idea dan English yang agak broken. Haha)

Mulai 13 Julai 2010, jurucakap SRM FC, Faris mengumumkan bahawa laman web rasmi pasukan SRM FC dialih bahasa daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu selaras dengan kempen kerajaan 'Cintai Bahasa Melayu" ketika sidang akhbar pertama untuk musim ini yang diadakan semalam.

Faris berkata "Perubahan ini dilakukan secara sukarela setelah mendapat keizinan daripada pengurus blog sebelum ini, Nisham dan perbincangan bersama Jawatan Kuasa Kelab(JKK) minggu lalu.".

"Sementara itu, beberapa pengumuman berkenaan perkembangan kelab bakal diumumkan dalam masa yang terdekat termasuklah pertukaran kerusi presiden SRM FC." tambah beliau lagi.

SRM FC bakal menentang Genki Noob Selasa minggu depan dalam saingan MMU World Cup Tournament bertempat di Noobie Park bagi merebut tempat ke suku akhir.

Selamat maju jaya SRM FC!

No comments: