Perlawanan esok bakal menentukan sama ada SRM berjaya layak ke separuh akhir ataupun sekadar mengulangi sejarah terkandas di suku akhir seperti musim lalu.
Walaupun berjaya menang selesa ke atas Genki minggu lalu, tetapi persembahan SRM agak hambar dan kurang meyakinkan. Presiden SRM sendiri, Luqman tidak berpuas hati di atas gaya permainan SRM yang beliau katakan sedikit lambat dan kurang komunikasi dalam padang.
Lawan SRM di suku akhir nanti yang bakal berlangsung pada petang esok, adalah Bahrain yang sebelum ini menang mudah ke atas Kacang FC. Selepas membuat sedikit tinjauan dan intipan secara sulit, KK mendapati bahawa kebanyakan pemain-pemain Bahrain adalah bekas pemain pasukan finalis Champions League musim lalu iaitu Victory FC.
Perbezaan paling ketara antara SRM dan Bahrain pastinya dari segi fizikal yang mana Bahrain dilihat mempunyai sedikit kelebihan. Tetapi jangan dilupa, SRM mempunyai pemain-pemain yang berbakat dan sukacita juga dinyatakan di sini bahawa skil dan kehebatan tidak berguna sekiranya tidak disertakan dengan taktik yang betul dan tepat.
Kombinasi bakat para pemain dan taktik jitu merupakan senjata utama SRM FC. Namun, senjata tersebut juga pastinya kurang berkesan tanpa kerjasama dan perpaduan dalam permainan. Kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri harus dimanfaatkan SRM sebagai penyuntik semangat juang ke arah kemenangan.
Oh ya, kepada yang belum menjelaskan RM10 kepada KK, sila jelaskan esok! Jangan sampai KK mengamuk. Perlawanan akan bermula pada pukul 5.30 petang. Oleh itu, persiapkan diri anda secepat yang mungkin15 minit sebelum perlawanan dan berada di atas padang selewat-lewatnya bermula bagi tujuan atas panas(warm-up). Pesanan Presiden Luqman pula, silalah memakai stoking panjang dan shin guard bagi menunjukkan tahap keprofesionalan pasukan SRM. Lagipun, esok ada photoshoot.
Sekian, selamat maju jaya!
No comments:
Post a Comment