MMUPL Review: SRM 2-0 Spirulina


SRM FC meneruskan rekod kemenangan 3 kali berturut-turut selepas mengalahkan Spirulina dalam perlawanan MMU Premier League mereka yang ke 6 semalam.

Gol SRM dijaringkan Kapten Kenneth dan Si Seksi Kamarul, kesemuanya dijaringkan semasa separuh masa pertama. 'Lampu-tinggi' (highlight) terbaik adalah gol KK, di mana beliau melakukan aksi tendangan separa 'basikal' yang berjaya memperdayakan penjago gol lawan, hasil daripada lorongan bijak daripada arkitek Luqman.

Perlawanan bermula agak lambat disebabkan kelewatan seorang daripada 3 pengadil permainan. Selepas wisel permulaan ditiup, Nisham ditimpa kecederaan. Kecederaan tersebut bukan berpunca daripada terjahan atau perlanggaran agresif daripada pemain lawan tetapi lebih kepada faktor geseran angin. Sebelum sempat menyentuh bola, Nisham terpaksa dikeluarkan pada seawal minit ke 10 permainan. Ammar dipertanggungjawabkan masuk menggantikan beliau.

Gol pertama SRM hadir selepas pengadil menghadiahkan sepakan percuma setelah Kamarul di'gangbang' oleh pemain Spirulina. Luqman pantas melorongkan bola ke hadapan, disambut baik oleh Kenneth yang berlari melolosi garisan ofsaid Spirulina, Kenneth mengawal bola dengan tenang, beliau mencari ruang keselesaan untuk menendang, dan akhirnya mem'basikal'kan bola itu terus ke dalam gawang dan GOAAAAAAAALLLL!!!! Beliau menjaringkan gol pertama dalam sejarah karier beliau bersama SRM dengan penuh bergaya!

Gol kedua SRM, iaitu gol Kamarul, tercipta hasil tangkapan kurang kemas goalie lawan semasa tendangan sudut. Tidak mahu mensia-siakan peluang, Kamarul melorongkan ke dalam tiang gol. Kamarul kini mengumpul 2 gol daripada 6 perlawanan, satu rekod yang patut dibanggakan.

Perlawanan selepas itu menyaksikan tiada sebarang gol dijaringkan. Kedua-dua pasukan seimbang walaupun terdapat sedikit kekasaran terjadi namu syukur, tiada pergaduhan. Faris dan Aziwan dilayangkan kad kuning pertama mereka musim ini.

Untuk perlawanan seterusnya. SRM bakal berkunjung ke Genki Noob untuk perlawanan ke 7 mereka. Di harap semua pemain bersedia, zahir dan batin.

Barisan pemain: Shawn, Meegan, Faris, Shauqie, Aziwan(Haziq), Haniff, Luqman, Kenneth, Kamarul(Sany), Shahrom, Nisham(Ammar).

No comments: