Imbas Kembali 2010
Seminggu sahaja lagi, kempen MMU Premier League 2011 bakal berakhir. SRM FC sedang berada di landasan terbaik dalam perlumbaan memburu kejuaraan pertama mereka sepanjang 3 musim penglibatan kelab dalam arena bola sepak MMU.
Tahun 2010 meninggalkan banyak kenangan manis, masam, pahit dan pelbagai perasaan buat semua pemain SRM FC.
SRM FC tewas pada suku akhir MMU Champions League menentang musuh tradisi Black Emperor menerusi penentuan sepakan penalti. Kemudian sekali lagi tumpas 1-2, kali ini di tangan satu lagi musuh tradisi kelab, Fire&Flames ketika final MMU World Cup Tournament. Kekecewaan masih lagi berbekas di hati setiap pemain sehinggalah sekarang.
Tahun 2010 juga menyaksikan Kenneth naik ditabalkan menjadi kapten baru kelab apabila Luqman, kapten lagenda pertama SRM melepaskan tanggungjawab tersebut setelah berjaya memenangi pilihan raya untuk jawatan kerusi Presiden kelab, mengetepikan Wan Nasrul Ikhwan yang kini berkhidmat sebagai pengurus pasukan.
Seterusnya, di bawah pengelolaan baru, SRM mengumumkan jersi serba oren baru mereka sebagai penambah semangat buat semua pemain dan staff kelab. Jersi lama berwarna kelabu pula kini disimpan baik di Muzium SRM sebagai pameran buat generasi akan datang.
Daripada skop taktik pula, pihak pengurusan kelab, setelah dipersetujui Presiden Luqman, Pengurus Nasrul Ikhwan dan Kapten Kenneth Tan, menukar strategi formasi 4-4-2 kepada 4-1-3-1-1 yang nyata membuahkan hasil yang sangat memuaskan.
Haniff ditukarkan daripada posisi bek kiri kepada posisi sayap kanan manakala Shahrom yang sebelum ini mengisi posisi sayap kiri dievolusikan menjadi penyerang bantuan di belakang Nisham yang berperanan sebagai penyerang tunggal yang sebelum ini memegang posisi penjaga gol pasukan. Kapten Kenneth juga menyesuaikan diri dengan posisi baru, midfielder defensif melindungi barisan pertahanan beliau.
SRM FC juga tidak ketinggalan bergerak aktif mingintai pemain baru dalam setiap tingkap perpindahan. Setelah kehilangan bek kanan berpengalaman Raja yang memilih untuk meninggalkan SRM demi kerjaya beliau, bek kiri Ali yang bersara awal kerana kecederaan, penyerang Acap, Eddy dan Chap yang mencari haluan baru bersama kelab baru mereka, dan akhir sekali penyerang Danny yang kembali menyertai pasukan lama beliau iaitu Phlamze FC, pihak pengurusan kelab berjaya merekrut 4 pemain baru.
Sany, Shawn, Usamah dan Haziq disambut oleh lebih daripada 50 000 penyokong kelab semasa sesi memperkenalkan mereka di Stadium SRMirates. Sany yang boleh ditempatkan di kedua-dua bahagian sayap kiri dan kanan menyertai SRM serentak bersama-sama Shawn, bekas pemain Phlamze FC dan bekas pengurus Salsa FC yang mengisi kekosongan posisi penjaga gol. Usamah, pemain import SRM, mengisi cemerlang posisi sayap kiri namun kelibat beliau semenjak dua menjak ini jarang dapat dilihat atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Haziq pula, rekrut terbaru SRM yang boleh bermain sebagai bek dan sayap kanan pula disambar Presiden Luqman sendiri semasa sesi orientasi pelajar baru MMU.
Tahun 2010 juga menyaksikan peningkatan mendadak jumlah WAGS para pemain SRM FC. Diketua oleh 'The 12th Player' Rinie, wanita-wanita menawan(saya ikhlas) seperti 'Super Go-Lucky' Huda, 'Tremendously Cute' Kema, 'Big Apple Donut Girl' Amal, 'Sweet Candy Smile' Afifah, 'Not So-Spice Girls' Fatin, Syaza, Shaniza, dan Lisa(hahahaha..Baba punya.=p) dan 'Gumiho@Nine Tail Fox' Siti Kamarul(auto-inserted by Google and cannot be deleted.) menceriakan suasana dan atmosfera perlawanan. Mereka sentiasa hadir(sebenarnya kadang-kadang) memberikan suntikan moral kepada setiap pasangan mereka. Thank you very much girls!
Kesimpulannya, daripada 2 musim sebelum ini, kita sememangnya telah 2 kali dikecewakan namun logiknya di sini, kita semakin meningkat. Jika pada musim pertama kita berjaya melangkah ke suku akhir menewaskan kelab-kelab veteran yang lain, pada musim kedua pula kita berjaya maju ke perlawanan final meskipun tewas.
Mungkinkah musim ke 3 ini milik kita? Sama-samalah kita berusaha. Sekian.
Bak kata karam Singh Walia, terbakar kampung nampak asapnya, terbakar perut, pergilah berak.
Majulah SRM FC untuk MMU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment